Posts

Showing posts from May, 2020

RIZA BEBAS ‘HADIAH’ DARI SIAPA?

Image
AMARAN KERAS: ini bukan tulisan politik tetapi adalah tulisan untuk menilai bagaimana kita menerima dan mengkaji sesuatu dari sudut fakta. Isu pembebasan tanpa dilepaskan anak tiri DS Najib Razak, Riza Abdul Aziz daripada tuduhan penggubahan wang haram bernilai AS$248 juta (RM1.25 bilion) sebagaimana yang diumumkan minggu lalu, terus menjadi pertikaian ramai. Pada mulanya, pembebasan Riza itu dimaklumkan oleh DS Gopal Sri Ram yang merupakan Timbalan Pendakwaraya Kanan kes tersebut. Katanya, ia adalah berikutan suatu persetujuan telah dicapai antara pihak pendakwa dengan tertuduh di mana Kerajaan Malaysia akan menerima sejumlah wang daripada penyelesaian tersebut. SPRM dalam kenyataan medianya kemudian mengumumkan bahawa jumlah wang yang akan diterima oleh Kerajaan Malaysia daripada penyelesaian itu adalah berjumlah AS$107.3 juta atau RM465.3 juta. Tertuduh juga dikehendaki membayar sejumlah kompaun kepada kerajaan sebagaimana dibenarkan di bawah Seksyen 92 Ak...

LUKIS PUN MASIH KONPIUS BOSSKURR

Image
Dah lama  rasanya tidak  menulis pasal 1MDB. Hari ni ternampak tulisan DS Najib Razak mengenai kes Rriza Aziz. Terkejut baca kerana tulisannya penuh dengan putarbelit dan perkara yang tak betul. Dan bila scroll lagi, rupanya dah ada banyak tulisan dia mengenai 1MDB yang penuh dengan putarbelit.... Wow. Faktanya adalah duit yang masuk ke akaun syarikat Red Granite Capital (milik Riza Aziz) yang berasal dari 1MDB tidak ada kena mengena dengan sebarang pelaburan dari mana-mana syarikat atau pihak. Tidak ada sebarang perjanjian pelaburan diantara Red Granite mahupun Riza Aziz dengan Aabar ataupun AL-Husseiny ataupun IPIC ataupun 1MDB. TIDAK ADA SEBARANG PERJANJIAN PELABURAN. Tidak ada sebarang pembayaran balik pelaburan kepada syarikat-syarikat yang disebut diatas. Tidak ada pembayaran balik pulangan pelaburan kepada Aabar atau Alhusseiny atau IPIC atau 1MDB. Balance sheet bagi syarikat Red Granite Pictrures dan Red Granite Capital menunjukkan tidak ada sebara...