RIZA BEBAS ‘HADIAH’ DARI SIAPA?
AMARAN KERAS: ini bukan tulisan politik tetapi adalah tulisan untuk menilai bagaimana kita menerima dan mengkaji sesuatu dari sudut fakta.
Isu pembebasan tanpa dilepaskan anak tiri DS Najib Razak, Riza Abdul Aziz daripada tuduhan penggubahan wang haram bernilai AS$248 juta (RM1.25 bilion) sebagaimana yang diumumkan minggu lalu, terus menjadi pertikaian ramai.
Pada mulanya, pembebasan Riza itu dimaklumkan oleh DS Gopal Sri Ram yang merupakan Timbalan Pendakwaraya Kanan kes tersebut.
Katanya, ia adalah berikutan suatu persetujuan telah dicapai antara pihak pendakwa dengan tertuduh di mana Kerajaan Malaysia akan menerima sejumlah wang daripada penyelesaian tersebut.
SPRM dalam kenyataan medianya kemudian mengumumkan bahawa jumlah wang yang akan diterima oleh Kerajaan Malaysia daripada penyelesaian itu adalah berjumlah AS$107.3 juta atau RM465.3 juta.
Tertuduh juga dikehendaki membayar sejumlah kompaun kepada kerajaan sebagaimana dibenarkan di bawah Seksyen 92 Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang mana ia adalah bersifat punitif sebagai alternatif kepada pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
SPRM turut memaklumkan, persetujuan membebaskan Riza itu adalah keputusan yang telah dipertimbangkan dan dipersetujui oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.
Bagaimanapun, hanya beberapa ketika selepas kenyataan SPRM itu, Bekas Peguam Negara, TS Tommy Thomas telah tampil menafikan sebarang penglibatannya dalam membebaskan Riza?
Sebelum kita terus menyelidik dan mencari fakta lagi, cuba kita imbas kembali siapakah yang membuat keputusan menggunakan kuasa budi bicara bagi memberhentikan prosiding perbicaraan terhadap 12 individu kerana didakwa terlibat dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)? Boleh bayangkan pihak polis bekerja keras bagi mendapatkan bukti-bukti untuk menunjukkan mereka terlibat sebagai pentaksub atau penyokong individu atau organisasi dikaitkan aktiviti keganasan tiba-tiba prosiding dihentikan. Atau kerana diantara 12 individu tersebut terdiri daripada orang-orang DAP?
Siapakah pula yang melepas dan membebaskan bekas Menteri Kewangan yang pada masa itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo? Adakah kerana pendekatan ‘fresh eye’ yang diamalkan almaklumlah bekas anak guam?
Ingatkah kita pada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim? Siapa mengetepikan prosiding perintah komital yang difailkan? Dimana janji-janji dan jaminan untuk meneliti dan meneruskan prosedur undang-undang berhubung kes kematian anggota bomba tersebut? Senyap…
Dipendekkan cerita, siapakah disebalik semua ini? Bukankan Tommy Thomas yang ketika itu adalah Peguam Negara? Jika bukan ini bermakna Perkara 145 dicabul.
Bukankah hanya Peguam Negara yang berkuasa menarik balik sesuatu kes jenayah?
Seksyen 3 Perkara 145 memperuntukkan Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.
Adakah ini tidak benar? Persoalannya...Adakah Peguam Negara mempunyai perangai sama sahaja dulu,kini dan selamanya??...Baik Apandi atau Tommy?…
Jika diingatkan kembali pada 4 Mac lalu juga Tommy mengakui percaturan untuk mengundurkan diri adalah selari status jawatannya yang dibuat secara lantikan politik yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan ini jelas menimbulkan rasa negatif kepada masyarakat kerana timbul persoalan sama ada Tommy membuat keputusan sebelum ini dengan pengaruh politik turut ‘berlegar’ di fikiran…?
Satu lagi persoalan yang bermain difikiran tentang twitter mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM.. Apa maksudnya?
Bukankah penerimaan representasi ini bukan perkara baru. Lupakah Tan Sri tentang ‘deal’ Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dengan Jho Low yang hanya dapat pulangan yang lebih ciput pada masa itu? Apa yang Tan Sri buat masa itu? Mungkin sibuk di Bali. Abaikanlah…21 soalan dulu pun masih belum terjawab.
Bila sebut SPRM ini, simpati juga buat SPRM…simpati kerana masyarakat masih lagi tidak dapat membezakan kuasa eksekutif, kehakiman dan penguatkuasaan. Ada pengasingan tugas antara yang menyiasat dan yang mendakwa.
Masyarakat menyerang SPRM yang tidak mempunyai kuasa pun untuk menarik balik dalam sesuatu kes di mahkamah, niat SPRM hanya memperjelaskan isu juga telahh disalah faham.
ABJ: There's no smoke without fire...let's see!!!
Comments
Post a Comment