Posts

Showing posts from September, 2020

APABILA MEREKAYASA FITNAH RASUAH JADI MODAL POLITIK

Image
Hampir setiap hari muka hadapan akhbar-akhbar utama di Malaysia panas membicarakan isu politik. Yang uniknya di Malaysia, hampir semua kejadian yang berlaku dikaitkan dengan politik dan dijadikan modal untuk menyerang satu sama lain. Telah menjadi resam politik di seluruh dunia, serangan bersifat peribadi bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti musuh-musuh politik semakin menjadi-jadi. Apa yang membezakan senario politik di Malaysia berbanding negara-negara maju ialah kempen dan serangan bermotifkan politik ini tiada musimnya. Dalam erti kata lain, ia berlaku hampir sepanjang masa tidak mengira pilihan raya atau hari raya atau terjumpa hantu raya. Hari ini rasuah dan politik ibarat isi dengan kuku. Sudah menjadi kelaziman apabila menyebut politik pasti dirantai dan dikaitkan dengan   rasuah. Menyentuh isu imej dan kredbiliti pemimpin atau parti politik pula, rasuah merupakan senjata bahaya yang mampu meragut pemimpin dan kepimpinan yang ada. Ada tiga strateg...