CPI JATUH MERUDUM JIKA PERASUAH KEKAL SEBAGAI PERASUAH!!!
Baru-baru ini negara dikejutkan seperti terkejutnya Ketua
Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad tentang kedudukan Malaysia yang jatuh
sebanyak tujuh tangga dalam indeks rasuah dengan kini berada di kedudukan ke 62
di bawah Greece daripada 180 buah negara amat memalukan dan menjatuhkan maruah
Malaysia.
Kedudukan ini menjadikan prestasi negara menjadi yang
terburuk dalam tempoh lima tahun lepas.
Malaysia hanya mencatat skor 47 daripada 100 dalam tinjauan
CPI tahun lalu, menurun dua mata berbanding 49 pada 2016 dalam Indeks Persepsi
Rasuah (CPI) 2017 yang dikeluarkan oleh Transparency International Malaysia
(TI-M), sebuah badan yang mengkaji tahap rasuah di negara-negara di dunia ini
yang berpangkalan di Berlin, Jerman. Pertubuhan ini mentakrifkan rasuah sebagai
"penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan untuk keuntungan peribadi".
Walaupun Malaysia berada pada kedudukan ke tiga dalam
kalangan 10 buah negara Asean, namun ia masih jauh ketinggalan daripada
negara-negara lain.
Menghairankan apabila KP SPRM, Tan Sri Dzulkifli memberi respons terkejut dengan pengumuman
kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menunjukkan beliau sebenarnya gagal memahami peranan sebenar KP SPRM atau
buat-buat tidak faham dengan alasan data tersebut ‘tidak berpijak di bumi yang
nyata' kerana SPRM telah bertindak agresif dengan pelbagai tangkapan yang
dilakukan oleh pihaknya sejak dua tahun lalu tetapi pengumuman CPI negara
membuktikan usaha SPRM itu tidak memberi kesan dalam menurunkan kadar rasuah
negara dan kedudukan ke-62 setaraf negara komunis Cuba.
Dalam hal ini, elok jika Tan Sri Dzulkifli belajar daripada
Pengerusi TI-M, Datuk Akhbar Satar yang mana dalam kenyataannya beliau
menjelaskan kegagalan Malaysia untuk
menyelesaikan skandal rasuah berskala besar membabitkan RM2.6 bilion, SRC
International, 1MDB, Tabung Haji, skandal Felda serta Jabatan Air Negeri Sabah
menyumbang kepada prestasi buruk Malaysia.
ABJ: Percayalah
kedudukan CPI Malaysia akan terus jatuh setiap tahun jika
skandal yang membabitkan dana awam ini tidak diselesaikan segera. Ayuh
bangkitlah SPRM!
Comments
Post a Comment