TAHNIAH DATUK SERI TUN ABD. MAJID
Mahkamah Tinggi Shah Alam
mengenepikan hukuman bon berkelakuan baik dengan jaminan RM20 ribu yang
dikenakan terhadap seorang yang dipercayai bergelar Datin, Rozita Mohamad Ali
oleh Mahkamah Syesen Petaling Jaya sebelum ini atas kes kesalahan mendatangkan
kecederaan parah terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia.
Sebaliknya, beliau hari ini
dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun atas kesalahan tersebut.
Dalam waktu yang sama, mahkamah
juga memerintahkan hukuman itu berkuatkuasa pada hari ini dan menolak
perlaksanaannya ditangguhkan sehingga menunggu rayuan.
Keputusan ini berikutan Mahkamah
Tinggi Shah Alam membenarkan semakan kehakiman yang dibuat oleh pihak
pendakwaan berhubung hukuman Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sebelum ini.
Pertuduhan dibuat mengikut
Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan
denda.
Hukuman bon berkelakuan baik yang
dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sebelum ini telah menimbulkan
rasa tidak puas hati pelbagai pihak, malah blog ini juga ada membangkitkan
perkara yang sama dalam postingnya pada 17 Mac lalu.
Serentak dengan rasa tidak puas
itu, sebuah petisyen yang mendesak hukuman berat dijatuhkan terhadap Datin
berkenaan juga diwujudkan dalam talian dan telah mendapat sambutan hangat
daripada pelbagai pihak yang cintakan keadilan.
Dengan hukuman oleh Mahkamah
Tinggi Shah Alam ini, seluruh rakyat Malaysia tentunya berasa lega dan lapang
dada bahawa sekurang-kurangnya keadilan telah ditegakkan dengan sewajarnya.
Tahniah kepada Mahkamah Tinggi
Shah Alam dan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Tun Abd. Majid
Tun Hamzah atas keputusan yang melegakan
ini.
ABJ: Teruja dengar nama Datuk Seri Tun Abd. Majid Tun Hamzah yang telah
lama menyepi beberapa tahun… Mungkin ada yang tersedak dengan kembalinya Datuk Seri Tun Abd. Majid?
Comments
Post a Comment