GEMPUR… GANYANG…TERBALIKKAN MEJA!!!
"Jika ada kedai kopi yang
menjadi sarang memfitnah kerajaan, gempur kedai kopi tersebut, ganyang dia,
terbalikkan meja dia.
"Kena tangkap dengan polis,
saya jamin. Jangan bagi muka dengan pembangkang, hentam pembangkang."
Itulah antara kata-kata yang
dilafazkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan ketika
melancarkan jentera gerak gempur Pemuda BN Rembau yang turut dihadiri oleh
Khairy Jamaluddin di mana videonya telah tersebar dengan meluas di media-media sosial.
Kenapa Datuk Seri Mohamad Hassan berkata
demikian???
Kalau pun beliau tertekan dengan
kemungkinan BN kalah di negeri itu dan beliau akan hilang kuasa, apakah wajar
kata-kata sedemikian dilafazkan?
Begitukah budi bahasa, adab dan
pekerti seorang ketua kerajaan negeri?
Cuba juga perhatikan wajah dan
air muka Datuk Seri Mohamad Hassan ketika melafazkan kata-kata itu, apakah
boleh dipercayai ia sekadar gurauan dan mahu melawak saja?
Tindakan beliau ini boleh
mencetuskan provokasi, kekecohan dan huru-hara dalam pilihanraya akan datang.
Kata-kata beliau jelas menghasut
dengan menggalakkan ahli Pemuda UMNO untuk mencetuskan kekecohan,
menterbalikkan meja dan sedia menjamin mereka jika ditangkap oleh polis.
Apa akan jadi jika anak-anak muda
yang dengar ucapannya tu take it
literally yang its okay jika mereka terbalikkan meja dikedai kopi???
Apakah Datuk Seri Mohamad Hassan
fikir negara kita ini negara komunis yang tidak memberi kebebasan kepada rakyat
untuk bersuara?
Apa dan di mana salahnya bagi
rakyat mengkritik kerajaan di kedai-kedai kopi sehingga perlu beliau
mengarahkan ahli Pemuda UMNO menterbalikkan meja mereka?
ABJ: Kita tegur MB Negeri Sembilan ini bukan apa. Beliau seorang ketua.
Yang dengar tutur kata dia itu pengikutnya. PRU14 ini pertandingan pemilihan
saja. Siapa menang dia menang lah. Macam main golf lah. Yang kalah balik practice lah lagi. Tidak perlulah sampai
habis pulak padang golf tu digali sebab nak menang atau sebab dah kalah. Rosak
la padang tu.
Comments
Post a Comment