SIASATAN DITUTUP? TIADA BUKTI KUKUH?



Kita tidak tolak kemungkinan besar gambar berdua-duan Ketua Pesuruhjaya SPRM dengan apa yang dikatakan isteri orang adalah palsu atau agenda menjatuhkan beliau.

Minggu lepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo jelas menerangkan siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang didakwa mempunyai hubungan sulit telah ditutup kerana tiada bukti kukuh untuk meneruskan siasatan hal tersebut.

Maka dengan erti kata lain Tan Sri Dzulkifli adalah bersih.

Namun adalah melucukan apabila sebahagian media tidak melaporkan isu ini? Kenapa? Risau jika dilaporkan maka akan ada serangan terhadap Tan Sri Dzulkifli dan dianggap sebagai serangan ke atas integriti SPRM.

Media harus boleh membezakan antara integriti sebuah suruhanjaya dengan integriti individu.

Dalam isu ini, integriti SPRM tidak terjejas kerana ia bukan skandal membabitkan organisasi tetapi merupakan skandal seorang individu.

Menyatakan Tan Sri Dzulkifli telah berjaya melakukan banyak tangkapan kes besar adalah satu permainan persepsi sahaja.

Kenapa persepsi???

Apa yang ada sekarang hanyalah kenyataan demi kenyataan mengenai tangkapan membabitkan berbilion ringgit dan menumpukan kepada ahli politik tertentu.

Apa yang dilakukan oleh SPRM sekarang ini ialah menganjurkan “sarkas media” dengan memalukan individu-individu tertentu untuk menaikkan imej SPRM.

Maka ditumpukan kes-kes politik melebihi kes rakyat.

Hari ini dadah sudah menjadi satu wabak yang sangat menakutkan walaupun kita ada hukuman gantung.

Apakah anda percaya tiada rasuah ketika berleluasanya pengedaran dadah? Namun ini bukan kerja glamour dan mudah. SPRM tidak begitu berminat.

Berbalik kepada skandal yang didakwa fitnah ini. Jika benar tuduhan tersebut telah digugurkan di dunia biarkanlah, tapi ingat yang pasti ia merupakan satu kesalahan dari sudut undang-undang negara dan agama.

Tidak boleh kerana SPRM menyiasat beberapa kes besar semasa di bawahnya, maka ia menjadikan beliau kebal undang-undang.

Tidak patut sama sekali jika ada menteri sokong KP SPRM membuta tuli kerana takut jadi sasaran SPRM.

SPRM bergerak sebagai satu pasukan bukan kerana kehebatan individu. Justeru tidak boleh kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

ABJ: Tidak manis bercakap soal integriti orang lain sedangkan diri sendiri tidak memimpin melalui teladan.

Comments

Popular posts from this blog

21 SOALAN BUAT TAN SRI DZULKIFLI AHMAD

TAHNIAH DATUK SERI TUN ABD. MAJID

RASUAH POLITIK DAN POLITIKKAN RASUAH