SYABAS PROFESOR ADJUNG DATUK SERI MUSTAFAR
Tahniah dan syabas AMJ ucapkan
kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Profesor Adjung Aikol Datuk Seri
Mustafar Ali yang telah dilantik sebagai Profesor Adjung Kulliyyah
Undang-Undang Ahmad Ibrahim (Aikol) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM).
AMJ berpendapat pelantikan Profesor
Adjung Aikol Datuk Seri Mustafar adalah sejajar dengan kepakaran serta
pengalamannya dalam bidang perundangan.
Setahu AMJ, Profesor Adjung merupakan
gelaran kehormat kepada golongan profesional dan tokoh korporat yang mempunyai
kepakaran serta berpengalaman luas dalam sesuatu bidang.
Pelantikan Profesor Adjung Aikol
Datuk Seri Mustafar sesuai berdasarkan pengalaman dan kepakarannya dalam bidang
keselamatan serta sumbangan kepada masyarakat terutamanya dalam usaha memerangi
rasuah dan juga perihal penguat kuasaan imigresen.
Semoga pelantikan beliau ini akan
menjadi sumber inspirasi penguasa undang-undang yang lain.
ABJ: Bila pula KP SPRM akan dilantik Profesor Adjung UIAM? Bukankah
beliau Alumni Undang-Undang UIAM. Mustahil beliau tidak layak???
Comments
Post a Comment