UANG KORUPSI, EQUANIMITY DISITA POLISI DI BALI!



Tanpa berselindung, sebuah majalah terkemuka Indonesia, Tempo, menamakan Jho Low yang merupakan pemilik kapal Equanimity yang dirampas baru-baru ini adalah individu yang rapat dengan M01.

Dalam laporan muka depannya yang bertajuk “Pesiar Rasuah 1MDB”, tajuk kecilnya pula ditulis, “Diduga dibeli dengan uang korupsi, kapal Malaysia disita polisi di Bali, pemiliknya orang dekat MO1”.

ADAKAH INI BERITA PALSU?

Jika begitu, beranikah Malaysia, bukan sekadar menafikan, bahkan mengambil tindakan undang-undang terhadap majalah berkenaan?

Yang nyata, hanya kerana adanya Jho Low dan 1MDB di Malaysia, kita dimalukan sekali lagi, kali ini oleh tetangga dekat kita sendiri.

Sampai bilakah kita sanggup dimalukan sebegini?

Untuk itu, jika tidak mahu terus dimalukan, jangan kita lepaskan peluang melakukan perubahan melalui saluran yang dibenarkan dalam pilihanraya yang bakal diadakan tidak lama lagi.

ABJ: Di mana penguatkuasa kita? Mungkin di Bali juga tetapi dengan misi lain…misi ADAM 50 barangkali.

Comments

Popular posts from this blog

21 SOALAN BUAT TAN SRI DZULKIFLI AHMAD

TAHNIAH DATUK SERI TUN ABD. MAJID

PEMIMPIN PENDUSTA YANG PALING DILAKNATI???