BILA PERASUAH BERIKRAR LAWAN RASUAH???
Adakah pengumuman CPI 2017 membuktikan kegagalan SPRM dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab selama ini?
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli tidak perlu
berdolak dalik dengan menyalahkan data CPI TI-M atau mencadangkan mewujudkan indeks
rasuah khas 'ala SPRM'.
Cadangan beliau bukan boleh selesaikan masalah, tetapi
sekadar melarikan diri dari masalah.
Sepatutnya beliau fokus dengan masalah yang dibangkitkan,
iaitu selesaikan kes-kes berat yang menyebabkan rasuah negara jatuh merudum dan
bukan untuk melarikan diri.
Perhatikanlah apa yang SPRM lakukan hanya majlis tandatangan
dan ikrar bebas dan lawan rasuah sedangkan sebahagian yang berikrar adalah
perasuah.
Penyumbang terbesar kejatuhan CPI negara adalah dengan
membiarkan perasuah memimpin negara dan berikrar lawan serta bebas rasuah
diwaktu mereka itu adalah pemakan najis rasuah.
Apa yang sepatutnya dilakukan oleh SPRM ialah tindakan
kepada perasuah negara bukannya meminta perasuah berkuasa berikrar lawan
rasuah. Ambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin berprofil tinggi termasuk
mereka yang berjawatan menteri hatta Perdana Menteri sendiri.
Jangan hanya garang dan agresif terhadap penjawat awam,
pemimpin pembangkang dan ahli politik pertengahan tetapi apabila berhadapan
dengan jerung, SPRM ‘kecut perut’ dan diam membisu.
ABJ tidak percaya SPRM mengamalkan sikap berpilih-pilih terhadap
rasuah.
Tetapi yang pasti menjadi realiti indeks rasuah negara akan terus jatuh merudum walaupun mereka menangkap
beratus orang sehari tetapi membiarkan perasuah kekal yang bersembunyi dibalik ikrar bebas rasuah terus berleluasa melakukan
rasuah.
SPRM perlu buktikan kepada rakyat dan dunia bahawa Malaysia
bebas dari kepompong pemimpin klaptokrat, korup, menindas, menyeleweng, rasuah
dan salah guna kuasa.
SPRM mesti tegas dan bertindak adil kepada semua pihak,
tanpa mengira siapa dan latar belakang mereka.
Tidak ada nilai Malaysia menjadi sebuah negara maju atau
membangun, tetapi dari sudut integriti kualiti Malaysia sama seperti negara
dunia ketiga sahaja.
Jika Malaysia berterusan dalam keadaan begini, bukan CPI ala
SPRM yang perlu dibentuk, tetapi 'SPRM baru' dengan struktur, peranan,
tanggungjawab yang lebih telus dan bebas perlu dibentuk.
SPRM wajib memerangi rasuah tanpa pilih kasih.
SPRM mesti bangkit dan memerangi kleptokrat yang
bertanggugjawab terhadap hak-hak
ketelusan dan integriti dalam tadbir urus kerana gagal menjalankan tugas dengan
baik serta merosakan nama baik Malaysia.
ABJ: Oktober 2017, KP
SPRM pernah berjanji akan mengeluarkan senarai ‘top 10’ kementerian paling
banyak menerima aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa selewat-lewatnya
hujung tahun lepas. Adakah KP SPRM mungkir janji atau KP SPRM masih menunggu
masa yang sesuai untuk mendedahkannya kepada umum???
Comments
Post a Comment