KAMI MAHU CALON BERINTEGRITI, BEBAS RASUAH
Sebagai pemilih, ABJ percaya golongan
pengundi di negara ini idamkan calon pilihan raya yang mempunyai tahap
integriti yang tinggi, serta tidak akan mudah terpengaruh dengan gejala rasuah.
Hanya calon yang berintegriti dan
bebas rasuah sahaja dapat dijadikan sebagai pemimpin yang mampu meminimumkan
soal ketirisan, terutamanya dalam agenda pembangunan negara.
Integriti dan rasuah ini menjadi
pertimbangan atau concern di kalangan
informan sebab yang pertama, untuk menjadi sebuah negara yang maju, seharusnya
bebas daripada rasuah, dan ada integriti tinggi.
Dengan kepimpinan itu, maka
negara akan menjadi lebih pesat, dan tidak timbul soal seperti ketirisan, dalam
pembangunan, penyalahgunaan kuasa, dan ketidakcekapan kerana isu seperti rasuah
ini boleh menyebabkan satu projek pembangunan negara itu gagal atau tidak dapat
beri hasil maksima kepada rakyat dan negara.
Dalam Indeks Persepsi Rasuah
(CPI) 2016 yang dikeluarkan tahun lepas, kedudukan Malaysia merosot daripada
tangga 54 kepada 55 daripada 176 buah negara.
Menurut indeks yang dikeluarkan
oleh Transparency International (TI) Malaysia itu, ukuran skor Malaysia juga
merosot kepada 49 berbanding 50 pada tahun lalu.
ABJ percaya golongan pengundi
mempunyai pandangan yang kritis serta tidak mudah terperdaya dengan persepsi
negatif yang cuba ditimbulkan pihak tertentu dalam usaha mempengaruhi
kecenderungan mereka memilih calon yang diketengahkan.
Setiap persepsi yang dibawa, atau
yang menjadi mainan media itu, mereka akan lihat dengan kritis, dan bukan
terima bulat-bulat.
Dan mereka faham dalam konteks
realiti semasa, realiti sebenar, isu perundangan sebenar, dan mereka tahu apa
langkah-langkah yang seterusnya.
ABJ: Semestinya mahu calon
berintegriti dan bebas rasuah!
Comments
Post a Comment