RASUAH POLITIK DAN POLITIKKAN RASUAH



Setiap kali tiba pilihan raya, jumlah aduan rasuah naik mendadak dan kebanyakan laporan dibuat ini dihebahkan dulu di blog, akhbar dan sebagainya selepas itu barulah sampai kepada SPRM.

Inilah ciri-ciri orang yang cuba politikkan rasuah, menyebabkan SPRM sukar menjalankan siasatan dan dapat keterangan kerana pada masa itu, saksi-saksi penting akan hilang sebelum kita datang buat siasatan.

Jika benar mahu hapuskan rasuah, ABJ berpendapat kita seharusnya perlu memberi kuasa sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan.

Orang ramai perlu sedar hari ini SPRM adalah suruhanjaya bebas. Mana-mana ahli politik pun, tidak kiralah kerajaan mahupun pembangkang, sekiranya ada buat salah semestinya SPRM akan menjalankan siasatan.

ABJ: Jadi janganlah politikkan masalah rasuah ini kerana kelak nanti yang akan rugi ialah rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

21 SOALAN BUAT TAN SRI DZULKIFLI AHMAD

TAHNIAH DATUK SERI TUN ABD. MAJID