WARTAWAN RAKYAT VS WARTAWAN TRADISIONAL



Minggu lepas ABJ hadhiri dua siri dari program Jelajah Pakatan Harapan. Kesimpulan utama yang ABJ boleh buat ialah media tradisional sudah hilang monopoli penyebaran maklumat.

Disebalik ceramah-ceramah yang mendapat sambutan hangat dari masyarakat berbilang kaum, jelas kelihatan segolongan besar yang hadhir juga mempraktikan satu naluri manusia biasa iaitu menyebarkan pula apa yang mereka alami dikedua ceramah itu.

Panggillah ia tular ke, bular ke atau apapun, yang jelas ialah kewartawanan rakyat sudah mengenepikan wartawan berita tradisional.

Nampaknya para pengguna media sudah tidak lagi membenarkan polisi redaksi (editorial policy) untuk menentukan apa yang mereka mesti baca dan tonton.

Mereka sebaliknya sudah mengambil keputusan, 'BIAR KAMI YANG CARI BERITA SENDIRI'.

Itulah sebabnya walaupun berbagai cara diambil oleh media tradisional khususnya yang pro-kerajaan untuk memperlekehkan program ceramah ini, tetap beribu-beribu rakyat yang hadhir.

Dikedua sessi ceramah yang ABJ hadhiri, ABJ mengambil posisi yang agak strategik (vantage point) bagi meneliti perlakuan para hadhirin.

Beribu yang setidak-tidaknya sekali yang mengangkat talipon pintar mereka samada untuk merakam gambar atau video.

Ada yang kemudian duduk semula lalu terbongkok-bongkok pula menghantar gambar dan video tersebut kemana-mana menerusi media sosial.

Diudara pula berlegar drone-drone fotografi untuk merakamkan peristiwa dibawah. Walau tiada van penggambaran berita dari mana-mana stesen telivisyen pun, gambar serta video-video ini tetap sampai pada orangramai.

Dan yang lebih menggembirakan para pengguna media ialah semua maklumat-maklumat mutakhir ini percuma sahaja. Cuma perlu ada line talipon dan tak perlu beli akhbar bercetak mahupun yang atas talian.

Apa akan jadi akhirnya pada media tradisional ini, pasaranlah yang akan tentukan.

Setelah berpuluh-puluh tahun mereka melontarkan keluar tingkap maklumat-maklumat mengikut kehendak mereka, yakin bahawa masyarakat diluar tingkap itu akan menelan bulat-bulat apa yang mereka taburkan, kini media tradisional terpaksa berhadapan dengan satu persoalan yang akan menentukan hidup-mati mereka.

ABJ: Akan ada lagi kah orang diluar tingkap itu kelak?

Comments

Popular posts from this blog

21 SOALAN BUAT TAN SRI DZULKIFLI AHMAD

TAHNIAH DATUK SERI TUN ABD. MAJID

RASUAH POLITIK DAN POLITIKKAN RASUAH