APA AKAN TERJADI HARI INI?



Apa yang akan terjadi kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah boleh diagak.

Kecuali dia lari kerana kecuaian kita atau dijadikan “invisible man” oleh pawang dan bomoh, dia terpaksa ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) di Putrajaya hari ini.

Kemungkinan dia akan ditahan, dibawa ke mahkamah untuk dikenakan reman dan dipakaikan kemeja-T oren SPRM.

Itu permulaan saja. Jemputan ke Ibu Pejabat SPRM bukan berkaitan 1MDB tetapi berkaitan SRC International Sdn Bhd. 

Syarikat milik Kementerian Kewangan ini pinjam RM4.4 bilion duit pencen kakitangan awam daripada KWAP kononnya untuk melombong arang batu di Mongolia, negeri Antantuya Shaariibuu.

Kemungkinannya Najib akan didakwa di mahkamah atas tuduhan menerima atau menggunakan duit SRC untuk tujuan peribadi. Jumlah duit SRC yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib dianggarkan antara RM40 juta hingga RM70 juta.

Soalnya sekarang ialah, kalau Najib mempunyai begitu banyak duit, jongkong emas dan intan permata di dalam negara, bayangkan banyak mana pula yang sudah pun dibawa keluar atau yang dibeli dan disimpan di luar negara.

Sebab itu amat penting kerajaan baru memulakan proses membawa balik harta curi 1MDB dengan meminta bantuan negara-negara yang sudah pun menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang terbabit menyamun duit 1MDB dan membersihkannya di luar negara.

Harap-harap dengan tindakan pantas SPRM itu, kemelut SRC dapat ditamatkan, yang bersalah dihukum dan harta yang dicuri itu diperoleh semula.

Wallahuaklam.

ABJ: Adakah orang curi ayam, larikan peri duit masjid dan mengendap perempuan mandi ketika Ramadan tidak boleh diambil tindakan?

Comments

Popular posts from this blog

21 SOALAN BUAT TAN SRI DZULKIFLI AHMAD

TAHNIAH DATUK SERI TUN ABD. MAJID

PEMIMPIN PENDUSTA YANG PALING DILAKNATI???