APA YANG KITA TAHU DENGAN JAWATAN MENTERI KEWANGAN???
Kabinet Tanah Melayu (kemudiannya
Malaysia) bermula dengan konsep mudah iaitu "Cina jaga duit". Jadi
diserahkan tugas menteri kewangan yang pertama kepada Tun HS Lee.
Selepas Tun HS Lee bersara tahun
1959, jawatan tersebut dipegang oleh Tun Tan Siew Sin.
Tun Tan Siew Sin terkenal sebagai
seorang menteri yang sangat cermat. Terlalu banyak kisahnya melibatkan Tunku
Abdul Rahman dan Tun Razak.
Pada satu ketika, Siew Sin ingin
bercuti untuk tempoh yang agak lama sebagai menteri kewangan dan meminta
kebenaran Tunku. Tunku membenarkannya. Siew Sin bertanya Tunku, siapa yang akan
memangku tugas saya nanti? Tunku menjawab, sayalah.
Siew Sin yang mengenali Tunku
sebagai seorang yang murah hati (sebenarnya, boros), terus menarik balik
permohonan cuti beliau.
Dalam satu peristiwa lain, Tunku
menulis surat kepada Siew Sin memohon agar Siew Sin menolong kawannya yang
dikejar oleh LHDN (pada ketika itulah). Mudah-mudahan Siew Sin dapat memberi
sedikit pertimbangan. Siew Sin yang berang dengan tindakan Tunku pergi berjumpa
Tun Dr Ismail (ketika itu menteri perdagangan dan industri) dan marah-marah,
apa ni Tunku suruh buat benda bukan-bukan.
Tun Dr Ismail kata Tunku tulis
surat tu sebagai seorang kawan untuk seorang kawan dan sebagai kawan, dia sudah
laksanakan tugas dia. Dan kamu apabila menolak permintaan Tunku telah
laksanakan tugas kepada negara, sambil Tun Dr Ismail merenyukkan surat Tunku
dan membuangnya ke dalam tong sampah.
Kemudian di zaman Tun Razak pun
sama. Sewaktu menjadi PM, semua lawatan Tun Razak ke luar negara dia akan
pastikan isterinya Tun Rahah tak ikut. Kalau nak, kena bayar sendiri. Kalau
Rahah ikut nanti, apa saya nak jawab kat Siew Sin?
Apa saja perbelanjaan negara,
pertimbangan Tun Razak ialah "Nanti Siew Sin kata apa?"
Begitu kuasa seorang Menteri
Kewangan.
Ini di zaman 70'an bila petroleum
belum ada dan pejabat kerajaan serta balai polis terpaksa recycle kertas-kertas
lama dan gunakan dua-dua belah muka (double sided) kerana kekangan peruntukan.
Apabila Siew Sin bersara pada
tahun 1974, jawatan Menteri Kewangan diserahkan kepada Tun Hussein Onn yang
merupakan TPM. Masih terkawal lagi pada waktu itu.
Apabila Tun Hussein menjadi PM
pada tahun 1976, beliau melantik Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) sebagai
Menteri Kewangan. Tun Hussein tahu 'hukum' pada waktu itu. Pada waktu ini masih
OK lagi.
Keadaan mula berubah apabila Tun
M menjadi PM pada tahun 1981.
Apabila Tun M menjadi PM, berlaku
kekosongan untuk jawatan TPM. Musa Hitam bersaing dengan Ku Li untuk jawatan
Timbalan Presiden Umno. Tun M memang kurang berkenan dengan Ku Li kerana
walaupun Ku Li ialah "PM's material" tetapi Ku Li bukanlah "TPM's
material". Dengan darah diraja Ku Li, susah Ku Li nak dengar cakap Tun M.
Meskipun menjadi Menteri
Kewangan, Ku Li tewas di tangan Musa Hitam untuk jawatan Timbalan Presiden
Umno.
Tahun 1984, Ku Li mencabar Musa
Hitam lagi untuk jawatan yang sama dan sekali lagi Ku Li tewas.
Melihatkan situasi ini, Tun M
'menurunkan pangkat' dan mengubah portfolio Ku Li dengan melantiknya menjadi
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) manakala jawatan Menteri
Kewangan diserahkan kepada "orang luar", seorang tokoh korporat muda
bernama Daim Zainuddin.
Daim tidak bercita-cita tinggi di
dalam politik, maka jawatan Menteri Kewangan yang dipegangnya seiring sejalan
dengan wawasan Tun M. Jawatan itu dipegang Daim selama 7 tahun (asalnya cuma 3
tahun) dan Daim akhirnya bersara pada tahun 1991.
Diganti pula oleh Anwar Ibrahim.
Semuanya cantik saja di permulaan sehinggalah kegawatan ekonomi menimpa pada
tahun 1997/1998. Perbezaan ketara Mahathir - Anwar (Gabenor Bank Negara di
belakangnya) dalam menyelesaikan kegawatan ekonomi menyebabkan Gabenor dan
Timbalannya meletakkan jawatan, seterusnya Anwar juga dipecat.
Mahathir memegang jawatan sebagai
Menteri Kewangan buat seketika (1998 - 1999) dan mewujudkan portfolio Menteri
Kewangan Kedua (disandang oleh Datuk Mustapa Mohamad) sebelum melantik Tun Daim
semula sebagai Menteri Kewangan Pertama (1999 - 2001). Oleh kerana terdapat
banyak sangat "cerita bukan-bukan" mengenai Daim yang enggan
dinafikan sendiri oleh Daim, Daim memilih untuk letak jawatan sebagai jawatan
Menteri Kewangan Pertama. Tun M terpaksa mengambil alih jawatan tersebut
sehingga bersara.
Model Menteri Kewangan Pertama
dan Kedua ini asalnya untuk menangani krisis ekonomi yang bersifat sementara
dan sepatutnya ditamatkan selepas Tun M bersara pada November 2003.
Sebaliknya, Pak Lah menyambung
pula legasi yang 'salah' ini. Beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan
Pertama dan Menteri Kewangan Kedua disandang oleh Tan Sri Jamaluddin Jarjis,
kemudiannya digantikan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Di dalam biografi Tan Sri Nor,
Tan Sri Nor memberitahu bahawa dialah sebenarnya "de facto" Menteri
Kewangan kerana Pak Lah terlalu sibuk dengan urusan PM dan sering ke luar
negara, sesuatu yang dianggap menjadi punca kejatuhannya. Banyak urusan Menteri
Kewangan Pertama ditangani oleh Menteri Kewangan Kedua.
Legasi salah itu diteruskan lagi
oleh Najib Razak sehinggalah beliau tumbang di dalam PRU-14.
Maka jadilah seperti ungkapan Mat
Sabu "Najib mintak duit daripada Najib dan diluluskan oleh Najib untuk
kegunaan Najib".
Secara tradisinya, memang PM
tidak menjadi Menteri Kewangan kecuali di zaman kegawatan ekonomi 1997/1998.
Malangnya, sama ada disengajakan atau tidak, legasi salah itu diteruskan.
Kalau pun jawatan Menteri
Kewangan dipegang oleh bukan PM, jawatan itu tetap tidak boleh dipegang oleh
parti yang sama (seperti Umno). Aku rasa model asal zaman merdeka apabila Cina
MCA (kini Cina DAP) menjadi Menteri Kewangan merupakan model yang terbaik.
Selama Kementerian Kewangan duduk
di bawah pemimpin Umno, sama ada disengajakan atau tidak, portfolio itu
dijadikan batu loncatan untuk pimpinan Umno untuk melobi tender dan kontrak
lalu menyuburkan satu bala lain iaitu politik wang dan rasuah.
Budaya jahanam inilah yang
membawa kepada kemusnahan Umno sekarang - politik wang dan rasuah. Melantik
Cina DAP merupakan satu isyarat jelas mengenai kesilapan Tun M yang lepas.
Semuanya berakar dari legasi yang salah inilah.
ABJ: Restorasi yang dilakukan oleh Tun M ibarat kembali kepada asolah.
Mudah-mudahan ada kebaikannya, kita doakan.
Comments
Post a Comment