KEMBALINYA KESATERIA SPRM
Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya
(Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri
Abdull, hari ini diumumkan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad, yang membuat pengumuman itu, berkata beliau akan menggantikan Tan Sri
Dzulkifli Ahmad, yang memohon menamatkan kontrak perkhidmatannya dengan SPRM
Isnin lalu dan melapor diri untuk bertugas di Pejabat Peguam Negara pada hari
berikutnya.
"Mohd Shukri dilantik
menerajui SPRM kerana mempunyai kredibiliti, selain menunjukkan tentangan
kepada Datuk Seri Najib Razak (dalam siasatan berkaitan rasuah) sebelum ini dan
beliau juga berpengalaman serta mempunyai banyak maklumat.
"Selain itu, kita juga
sedang mempertimbangkan peranan yang boleh dimainkan oleh Tan Sri Abu Kassim
(bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM) kerana beliau juga banyak kepakaran dan tahu
mengenai kesalahan yang dilakukan," katanya pada siding media tersebut.
Tambah Perdana Menteri, keputusan
melantik Mohd Shukri itu masih tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong,
Sultan Muhammad V.
Comments
Post a Comment