KONTRAK PENJAWAT AWAM DITAMATKAN
Orang Putrajaya geleng kepala dan
gelak membaca prihal pekerja kontrak diberhentikan kerja ini.
Dalam pejabat PM, TPM, Menteri, Timbalan
Menteri adanya staf yang dilantik oleh YB sendiri atau pinjaman kakitangan
tetap. Yang dilantik YB2 kebanyakan dari
saudara, rakan2 atau penyokong kuat dari Pejabat Parlimen atau negeri YB
tersebut.
Contohnya jawatan, Setiausaha
Sulit Kanan(SUSK), Setiausaha Sulit (SUS), Pegwai Tugas2 Khas (PTTK), Setiusaha
Politik(SUPOL), Setiusaha Akhbar (SUA), dan beberapa Pegawai Khas(PK).
Ade yang lantik kontrak ini, terus
memperolehi gaji dan gred 41, 44, 48, 52
dan 54 malahan ada yang bergelar JUSA. Sedangkan kakitangan tetap pun bertahun untuk
mendapatkan gred2 tersebut.
Sebelum PRU mereka telah sedia
maklum dan bersiap sedia kemas2 barang sebab.... kalau YB mereka:
i. Menang : (Kalau kekal jadi
Menteri di tmpt yang sama, maka selamatlah mereka)
ii. Menang : (Tapi dapat jadi
Menteri di kementrian lain, mereka akan mengikut YB itu ke kementrian lain)
iii. Kalah : (tamat lah kontrak mereka
dan YB lain masuk ke pejabat dengan staf lantikan kontrak yang YB tersebut
inginkan)
Mana2 YB pun ada pengikut2 untuk
dibawa, tidak kisahlah parti mana. Tapi mana yang pandai tu, time keje dengan
YB, boleh lah dapatkan sokongan dan
mohon jawatan tetap.
SANGAT BERBEZA ANTARA STAFF
LANTIKAN JPA DENGAN STAFF LANTIKAN POLITIK. STAFF LANTIKAN JPA AKAN KEKAL TAK
KIRA PARTI MANA MEMERINTAH MELAINKAN KAU BUAT KESALAHAN TATATERTIB YANG LEVEL
SUPER PUNYA BUT LANTIKAN KHAD POLITIK AKAN BERAKHIR MENGIKUT KEPERLUAN DARIPADA
MENTERI ATAU YB ATAU PEGAWAI KHAS YANG JUGA DILANTIK ATAS KAPASITI POLITIK.
Di Putrajaya tu, bukan semua
kakitangan awam yang dilantik melalui proses yang sah dan ikut prosedur.
Disebut penjawat awam kerana bekerja di pejabat kerajaan! Ada yang masuk ikut
pintu belakang, ada yang masuk atas tiket politik sebab mereka adalah balaci
Umno! Jadi, mereka hanya berkontrak selagi BN berkuasa.
Kenapa melalak bila PH
memerintah, kontrak kamu ditamatkan? Kamu semua itu menghabiskan dana kerajaan
sedangkan tugasnya tidak setanding dengan gaji yang dibayar, masuk pulak tanpa
melalui pemilihan biasa pengambilan kakitangan awam.
Cuba congak, berapa ramai lagi
calon di luar sana yang benar-benar layak untuk diambil bekerja telah
diketepikan hanya kerana kamu ada kabel politik.
Dah la khabarnya gaji SPEECHWRITER PUN 5 ANGKA, KALAH GAJI KSU!
Gaji SETIAUSAHA AKHBAR bertaraf
menteri. Dan ntah apa lagi.
Patutlah belajawan tahunan
negara..puloh billion untok bayar gaji je kpd keturunan puak pencuri yg tidak
di perlukan langsung . Mereka ni yg menguasai gentera pentakbiran negara. Bukan
nya penjawat awam yg di lantik kerajaan. Bawak masuk geng sampai yak boleh
ditegur sebab kroni. Gaji dibayar oleh duit rakyat, tapi mereka buat kerja
Umno.
Patutlah menteri2 Umno x tahu apa
berlaku kpda Rakyat dan Negara, lepaskan tanggungjawab dgn orglain.
Astagafirullah Al Azim..
Selama ini nasib Rakyat dan
Negara Malaysia di terajui org2 yg tiada kelayakkan patut pun srmua tunggang
langgang.
Lagi 1, kontrak dpt KUARTERS? Klu
btl la, leh x bg nama tu, nk gak check kt BPH sb kuartes tuk kakitngan tetap
shj, klu btl kontrak ade yg dpt mngkin dri saluran yg xbtl dan blh mntk BPH
claim balik pembayaran kuarters ikut hrga semasa rmh di sekitar ptrjya iaitu
1500 sbln bkn 3++ yg kakitangan tetap byr. Even kwn2 sy yg tetap d Putrajaya nk
dpt kuarters pun Q smpai bertahun2 n ade tu yg PjJ ngn hsbnd tp xdpt kuarters,
duk sewa bilik dgn baby kecik die sb tggu kuarters xdpt.
Jaga jaga rakyat. Jangan main
percaya je blog2 dan page2 yg tulis mcm2. Sejak 2 hari ni lambakan post2 dan
page sponsored disyakki cybertrooper pembangkang dikesan. Nak kenal senang je,
post di page asal mesti SPONSORED punya.
ABJ: Sila baca guna akal, bukan guna nafsu.
Comments
Post a Comment