MEMALI DAN CERITA 'AKAL' RAKYAT



Di saat si Bapa Permodenan ini turun padang buat julung kalinya di kerusi pembangkang, ramai mula menempelak mengungkit segala macam kesalahan yang masih sampai ke hari ni tak dapat di buktikan apa-apa lagi. Isu memali mula di mainkan konon Si Bapa ini pembunuh. Bunuh Ulama. Mereka beri pandangan dari sudut mata rakyat, padahal kalau dia duduk di sudut mata pemimpin boleh jadi keputusannya tetap sama seperti yang pernah jadi sebelum ini.

Bukan kita tak tahu semua perkara yang mengancam keselamatan, kemungkinan untuk jadi kepada bunuh itu sangat tinggi. Contohnya pihak polis dapat arahan supaya tahan salah seorang dari kumpulan kita kerana disyaki terlibat dengan gangster bagai. CUMA DISYAKI. Bila polis datang nak ambil, kita pula keluarkan parang dan lari meluru ke arah polis. Anda rasa polis nak main elak-elak tepis parang macam dalam video tape diri membohong tu ke atau nak lepaskan peluru?

Anda boleh kata kenapa tak tembak kaki? Kenapa nak kena bunuh? Padahal dalam keadaan terancam macam tu, macam-macam kemungkinan boleh jadi. Sama ada polis mati atau kita mati. Ini lumrah bila kita duduk di sudut yang melihat. Kita menilai ikut suka kepala bana kita.

Dan kita juga faham kalau yang di tembak itu orang rambut kuning, pakai rantai, maka matinya diredhai ramai manusia. Walaupun orang tu cuma mencuri roti di seven eleven. Dan berbeza dengan penerimaan kita bila yang mati tu pakai kopiah, pakai serban tapi meragut sampai ada yang hilang nyawa. Kita akan mula pertikai dek sentimen keagamaan tu mula masuk dalam jiwa. Penerimaan kita berbeza kerana penampilan sahaja.

Contoh paling simple. Kita letak dua orang penjenayah. Sorang pakai baju melayu, berkopiah, berjanggut dan muka baik. Mulut tak lekang berbicara tentang jihad. Sorang lagi rambut panjang, pakai baju gambar tengkorak dan muka macam orang pecah rumah. Dua-dua ini terlibat dengan kes yang sama iaitu kes bunuh. Bezanya yang kopiah bunuh dua orang. Yang rambut panjang bunuh sorang. Dan kita letak dua sahaja hukuman yang kena pilih. Sorang penjara dan sorang lagi tembak sampai mati.

Secara jujurnya, anda rasa siapa yang anda akan pilih untuk tembak sampai mati?

Islam itu adil. Bukan sekadar lihat pakai mata, pakai simpati, tapi perlu dilihat dari pelbagai aspek. Bukanlah kita setuju dengan pembunuhan yang berlABJ, cuma kita kena tahu segala provokasi melampau selalunya pengakhirannya memang sadis. Sesiapa saja pun. Tahu tentang Perjanjian Hudaibiyah? Kalau dulu Rasulullah SAW pilih untuk berkeras menentang Andam Musyrikin yang menghalang mereka menunaikan umrah di Mekah, waktu tu mungkin dah jadi perang bersenjata. Apa tindakan Rasulullah SAW waktu tu? Negosiasi! Berbincang dengan Pihak Musyirikin dan mengadakan satu Perjanjian yang mana di Pihak Islam waktu itu merasakan itu satu perjanjian berat sebelah yang berpihak pada Andam Musyirikin. Kesannya pada hari ini macam mana?

Untuk pengetahuan anda, Al Maunah juga antara militan yang cuba bawak mood yang sangat ekstrim dalam menentang kerajaan dan Yang dipertuan Agong satu masa dahulu. Siap pergi masuk kem tentera tu rompak senjata api dan lain-lain. Bukan biasa-biasa. Segala bom pun diorang sapu. Pun ramai yang berkopiah dan bawa sentimen agama. Siap ada beberapa orang polis yang di tawan juga habis dibunuh tanpa simpati. Sorang askar kalau tak silap. Siap hancur daging mangsa yang ditawan di tembak bertalu-talu. Hancur! Di saksikan sendiri oleh sahabat si polis ni. Dan untuk pengetahuan anda, itu juga zaman Tun Mahathir.

Berapa ramai askar dan polis dikerah untuk kepung kubu Al Maunah ketika itu. Pelbagai cara dilABJkan untuk memujuk supaya serah diri, dan pengakhirannya apa? Tiada nyawa yang melayang sewaktu operasi. Semua selesai dengan baik dan akhirnya pemimpin Al Maunah di berkas. Kenapa Pro militan seperti Al Maunah tak di tembak padahal dah terangan bunuh anggota polis waktu itu? Sebab tiada provokasi melampau dan percubaan menyerang pihak berkuasa waktu tu sehingga keadaan jadi tak terkawal. Semua selesai cara baik dengan kesudahannya mereka semua di berkas. Dan untuk pengetahuan anda, sebelum diberkas pun sebenarnya ada percubaan mengancam keselamatan juga di lABJkan oleh Pemimpin Al Maunah. Yang mana percubaan menembak pihak yang sedang negosiasi dengannya dari jarak dekat tapi berjaya di tepis. Itu pun tindakan provokasi di lABJkan oleh dia seorang sahaja. Bukan ahli yang lain. Lepas berjaya di patahkan, dia terus di berkas. Dia tak terus melawan dan cuba untuk serang lagi.

Segala operasi ada prosedurnya. Bukan boleh main sebarang tembak apatah lagi membunuh.

Anda rasa anda boleh faham tak? Kita melayu ni lain. Kita ada sentimen simpati dan hormat sesama sendiri tu tinggi. Dan paling payah bunuh orang melainkan merasakan nyawa terancam. Melayu jarang bunuh orang yang dah angkat bendera putih. Jiwa kita lain.

Jadi untuk pentaksub agama yang selalu dibeli dengan jiwa simpati, jangan benci perkara yang kita tak tahu menahu. Simpati bukan kayu ukur untuk mengukur kebenaran. Jangan mudah menolak salah total pada perkara yang kita nampak zalim.

Zalim tak bererti salah. Yang alim tidak bermakna betul.

Kira-kira ini mudah kalau kita tahu ilmu neutralkan jiwa dalam melihat segala macam situasi. Bukan kita jumpa family mangsa, kita tengok family mangsa nangis teresak-esak mengulang ayat yang ayahnya seorang ayah yang penyayang buat keluarga, lalu kita pilih untuk terus tolak segala kesalahan dan kezaliman itu pada pihak pemangsa disebabkan kasihan kita pada family tanpa kita ambil tahu pun apa si ayah punya kesalahan. Tak boleh macam tu! Kasihan boleh tapi tetap perlu berprinsip dalam membuat sesuatu penilaian. Pandangan sisi bagi setiap situasi itu berbeza.

Orang pakai kopiah dan mahir berbicara agama di tangkap berzina. Siap ada bukti, kita dengan mudah tolak. Kita kata ini percubaan fitnah untuk golongan agamawan. Orang yang berpenampilan biasa-biasa langsung tak nampak macam beragama ni pulak bila di tangkap kononnya berzina padahal salah orang. Habis di lanyak, dan di label macam-macam. Tanpa perlu lihat bukti pun.

INILAH KEGILAAN AKHIR ZAMAN.

Betapa powernya agama di gunakan sebagai alat untuk menangkis segala hukuman yang sepatutnya di jatuhkan. Jangan risau, orang melayu punya sentimen pada agama maha dasyat. Anda lari pergi ke arah orang sambil laung Allah huakbar dan tikam india tanpa sebab pun, orang kata anda Pahlawan islam. Bila anda kena tetak mati time tu oleh orang kenalan india tadi di saat kepala anda ada kopiah dan jerit Allah huakbar, maka mati anda mati Syahid. Selamba punya Matematik Agama ciptaan orang melayu.

Ini bukan masa untuk cari siapa yang dosa. Fokus dakwah berikan kefahaman pada ramai manusia. Itu lebih baik.

Semoga semua mangsa yang terlibat dalam peristiwa berdarah Memali di tempatkan dalam kalangan mereka yang beramal soleh. Kita percaya waktu itu pertembungan sengit antara islamisasi PAS dan Sekularnya UMNO waktu itu perangnya sengit. Tak seperti hari ini yang perangnya lebih terbuka dan ada batas.

Kesilapan tetap ada pada dua Pihak. Yang dikerah dan yang mempertahankan.

ABJ : Nak sensitif boleh, tapi biar berpandukan akal. Salah tetap salah. Betul tetap betul. Mentaliti sampah pada pakaian agama ini perlu diubah. Supaya tak ramai yang rasa diri itu dah konfem masuk syurga dan lebih mulia dari orang yang tak mahir agama seperti dia. Ke Syurga itu sendiri atas Redha Allah. Bukan sebab anda tahu cakap Arab. Bukan sebab anda pergi haji 10kali. Bukan sebab anda hari-hari mengaji. Walaupun ini antara faktor mendapat Redha.

Comments

Popular posts from this blog

21 SOALAN BUAT TAN SRI DZULKIFLI AHMAD

TAHNIAH DATUK SERI TUN ABD. MAJID

PEMIMPIN PENDUSTA YANG PALING DILAKNATI???