SERUMIT MENYIASAT SKANDAL 1MDB?
Diam tak diam dan tanpa kita
sedari, siasatan pihak polis yang dipantau pasukan petugas khas terhadap bekas
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad atas dakwaan mempunyai hubungan
terlarang dengan wanita yang dikatakan sudah bersuami, dibuka semula.
Menurut sumber, sebelum ini tiga
kertas siasatan telah diserahkan oleh pihak polis kepada Peguam Negara namum
dipulangkan semula bagi tujuan siasatan lanjut.
Tahun lepas, beberapa video
mengenai Dzulkifli tersebar luas dan ada laporan polis dibuat mengenainya,
beliau kini disiasat di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat wanita
yang sudah bersuami bagi tujuan persetubuhan haram.
Dalam hal ini, kenapa dlulu
ditutup?
Apa agaknya siasatan yang tiada
bukti oleh polis?
Agaknya kes ini terlalu rumit,
melebihi kes jenayah lain yang biasa disiasat oleh pihak polis, malah mungkin
menyamai skandal 1MDB dan sebab itulah kes yang ditutup dibuka semula selepas
tiga kali kali kertas siasatan dipulangkan semula oleh Pejabat Peguam Negara.
ABJ: Kita sabar jelah yaa....
Comments
Post a Comment