SPRM AKAN TAHAN BEKAS PERDANA MENTERI?
Semalam SPRM telah menyerahkan notis supaya bekas Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke pejabat suruhanjaya itu Selasa
ini.
Menurut sumber, notis perintah kehadiran tersebut telah
diserahkan kepada bekas Perdana Menteri itu hari ini yang memerlukan beliau
untuk hadir ke ke Pejabat SPRM pada Selasa minggu depan.
Jelasnya, ini adalah bagi membantu siasatan berkaitan
skandal penyelewengan dalam SRC International Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat
1Malaysia Development Berhad ( 1MDB).
Katanya, surat berkenaan diserahkan melalui lapan pegawai
SPRM yang mengunjungi kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, pada jam 3.50
petang semalam.
Lapan pegawai itu menaiki dua kereta Proton Preve berwarna
perak dengan membawa beberapa beg bimbit.
Semua pegawai berkenaan meninggalkan kediaman itu pada jam
5.40 petang.
Sebelum ini, bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi
Ali, mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan bekas
Perdana Menteri berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC
International.
Malah, kertas siasatan yang berkaitan dikembalikan kepada
SPRM selain mengarahkan ketiga-tiga kertas siasatan ditutup.
ABJ: Rakyat Malaysia
akan mengetahui kebenaran apabila tiba masanya. SPRM perlu mengotakan janji
mereka!
Comments
Post a Comment