WHATSAPP SI PUAKA DAN…
Dulu kita ingat, kena tikam
dengan kawan baik tu sebenarnya satu kesakitan yang paling pedih. Senak jantung
ni bila nak berdepan pengkhianatan gila babi tu. Dulu kita ingat, dicurangi
oleh pasangan yang paling kita sayang tu satu azab dalam kehidupan yang tak
tertanggung. Lemas dalam kesakitan. Dulu kita ingat, bila kita kena carut
dengan mak bapak kita tu satu penghinaan yang sangat teruk. Sampai kita rasa
melayang di buang jauh.
Zaman berubah, teknologi kian
canggih. Dan hari ni, baru ABJ belajar sesuatu. Rupanya setakat kena khianat,
kena carut, kena hina, dicurangi bagai takda lah sakit mana. Macam semut api
gigit je. Tak pun rasa macam belut letrik lintas dekat celah kelengkang je.
Rasa sakit yang sangat basic. Kira kalau budak darjah enam yang ponteng sekolah
agama dan lepak cyber cafe tu kena pun, silap-silap diorang boleh rileks je
sambung smule. Tak sakit!
Anda tahu apa yang paling sakit
dalam hidup ni bila anda kena? Sakit, pedih, rasa terhina, rasa maruah anda
berkecai di ludah air ice lemon tea. Dan boleh buat anda murung seminggu sampai
buang semua kenalan anda. Sampai anda rasa nak berhenti kerja dan bawa diri ke
Palestin.
Tahu tak apa?
Bila anda excited whatsapp kawan,
anda taip panjang-panjang bercerita dekat dia, anda taip penuh sampai retak
screen anda tu. Lepas anda sent je, HP anda terpadam pulak. Betery habis. Anda
pun lari lah pergi masuk bilil nak ambik charger. Tak sabar nak tunggu respon
kawan anda yang dapat whatsapp tadi. Kebetulan adik anda pulak tengah guna
charger tu. Anda mintak, adik anda cakap tak boleh sebab dia nak guna. Anda pun
ambik kuali, anda terus libas belakang badan adik anda. Meraung adik anda.
Hah padan muka. Perangai macam
burger benjo. Tak reti hormat abang! Dah ABJ mintak tu bagi je lah. ABJ ada
benda penting nak pakai HP ni. Tu okey lagi belakang badan tu ABJ libas pakai
kuali, kalau ABJ libas pakai akal? Boleh kebas otak anda nanti.
Anda pun capai charger, terus
cucuk ke HP.
Tutt..tutt.. okey HP dah menyala.
Punya dup dap anda nak tunggu jawapan daripada kawan anda tu. Tak sabar-sabar!
Siap anda capai bantal lagi lah buat peluk tutup muka masa nak buka whatsapp
member anda tu.
Nak dijadikan cerita ni lagi
suspen, kawan anda typing bukan main lama. Nak 10minit anda tunggu. Suspen beb
nak tunggu respon kawan anda untuk whatsapp panjang anda tu.
Fuhh, akhirnya. Balas jugak!
Perlahan-lahan anda bukak
whatsapp dia. Fokus. Fokus.
" K "
" K " je anda balas?
Lepas ABJ libas belakang adik ABJ pakai kuali? Lepas ABJ berlari macam orang
gila cari charger dalam bilik? Allahu. Terima kasih wahai Kepala Bana. Tanpa
rasa sikit pun bersalah kan? Beri harapan kemudian hancurkan. Setan. Iblis.
Orang bunian. Puih.
ABJ : Selain balik ke pangkal jalan dengan mengerjakan solat lima waktu
sehari, apa lagi yang anda akan buat bila anda kena situasi mcm ni?
Comments
Post a Comment