JANGAN DIBIAR TERLALU LAMA
Berbual-bual dengan anak-anak
muda yang pertama kali mengundi, tetapi belum mempunyai pekerjaan,
kadang-kadang memberikan kita perspektif yang berbeza mengenai pemikiran mereka.
Memang golongan ini merupakan
antara penyumbang kepada kejayaan Pakatan Harapan menumbangkan BN, tetapi
tersingkirnya Datuk Seri Najib Razak daripada persada kuasa seakan-akan belum
lagi mencukupi bagi anak-anak muda itu.
Mereka kini tidak sabar menunggu bila
lagi Najib akan didakwa serta apakah bentuk hukuman yang bakal diterimanya.
Kata mereka, Najib bukan saja
patut disingkirkan dan seterusnya didakwa serta dihukum kerana skandal 1MDB
atau kesalahan-kesalahan yang dilakukannya, tetapi bersekali dengan pembaziran
dan kemewahan yang dilakukannya itulah yang menyebabkan mereka sukar mendapat
pekerjaan sebaik tamat pengajian.
Mereka rata-ratanya gembira
dengan tiada lagi Najib tinggal di Seri Perdana, sambil berharap selepas ini
ada cahaya yang akan menyuluhi laluan masa depan mereka.
Pemikitan anak-anak muda ini
nyata berbeza dengan kebanyakan golongan berusia yang merasakan apabila Najib
telah dapat disingkirkan, ia sudah memadai bagi mereka.
Bagi mereka ini, setelah Najib
tersingkir, cukuplah sekadar itu saja dan selepas ini biarlah anak Tun Razak
itu menikmati kehidupan seperti rakyat biasa tanpa perlu diambil sebarang
tindakan terhadapnya.
"Mana boleh...." kata
anak-anak muda tersebut apabila dilontarkan pendapat bahawa kerajaan baru
Pakatan Harapan tidak perlu mengambil apa-apa tindakan terhadap bekas Perdana
Menteri itu.
"Disebabkan deretan skandal,
selain pembaziran, kemewahan dan terlalu ramai lantikan politik yang dibuat
Najiblah yang membuat kami susah mendapat pekerjaan sehingga sekarang.
"Beliau patut menerima
hukuman atas perbuatannya," kata mereka lagi.
ABJ: Persoalan sekarang, bila lagi Najib mahu dibawa ke mahkamah dan
didakwa? Apa Khabar Datin Seri Rosmah hari ini di SPRM? Jangan dibiar terlalu
lama, nanti anak-anak muda mula kecewa!!
Comments
Post a Comment