MELAYU KITA MASIH TAKUT-TAKUT
Kita bangsa yang selalu bercerita
tentang nasib bangsa. Kita bangsa yang selalu bercerita tentang mempertahankan
agama. Masuk pula tentang tanah air, lagi bengis kita di buatnya. Pantang betul
bila ada orang permainkan 3 perkara ni. Nak taknak, akan ada yang melantun,
kemudian diikutilah ramai suara yang lain. Ini biasa. Melayu tak pandai mula
dulu. Kena ada sorang yang bersuara, lepas tu diikuti seorang dua, kemudian
baru lah ramai-ramai akan bersama.
Kita masih takut-takut.
Kita masih dengan sopan santun.
Kita masih kuat pegang pada jaga
hati orang.
Kita takut orang terasa hati
dengan kita. Kita risau orang pandang kita ini penentang. Kita risau orang
pandang kita ini asing. Bukan main risau nak mampos. Padahal bini kita setia
dekat rumah dan kita keluar berjimak dengan betina lain tu kita tak pernah
kisah pun pasal hati bini kita.
Lalu kita pilih jadi orang yang
pekak dan serba salah.
Kita benci sesuatu tindakan yang
dilakukan guru kita, bagi kita tindakan itu sangat biadab. Kita diam, kita
pendam dan kita cuma tahu bercerita di belakang bersama kawan yang lain. Kita
risau, kalau tegur nanti nampak macam nak mengajar guru pulak, kang terasa pula
hati orang tua ni. Dah terasa, sentap pulak.
Kita benci sesuatu tindakan yang
dilakukan saudara mara kita, yang bagi kita tindakan dia tu sangat zalim. Kita
diam. Kita kata itu hal diorang lah. Malas masuk campur. Tegur nanti macam tak
sedap pulak. Kang mulalah terasa bagai, lepas tu terus tak rapat.
Kita benci sesuatu tindakan yang
dilakukan Ketua kita. Bagi kita tindakan ketua kita ini sangat tidak jujur dan
akan merosakkan sesebuah organisasi. Kita diam. Kita risau kalau kita tegur
nanti kita kena buang. Jadi kita guna pakai alasan 'taat pada ketua' untuk
halalkan segala kerosakan ini. Kita ambil langkah jaga-jaga. Kita taknak orang
lain pandang kita ini cuba menentang ketua, dan kita pilih untuk buat tak tahu
macam takda apa-apa berlaku.
Eh kepala bana?
Demikian lah melayu kita. Kita
terlalu sibuk fikir kesan-kesan yang belum tentu pun betul. Kita jawab
pertanyaan kita sendiri. Kita kalah dengan adab. Kita kalah dengan sopan
santun. Lalu kita pilih untuk jaga hati orang sampai kita halalkan segala
kerosakan ini berlaku depan mata. Kita cuma pandai bercerita di belakang. Dan
bila kita lihat ada yang bangkit berceritakan kebenaran, kita mula rasa orang
ini keterlaluan dan biadab. Sudah lah tak berani nak cakapkan kebenaran, lepas
tu rasa orang lain biadab pulak bila orang lain sampaikan kebenaran.
What da hek? Muka dah rupa sukun,
tapi masih dengan mentaliti benak. Bodoh punya kura-kura.
Kita dah penakut, jangan halang
orang berani bawa kebenaran. Sampai bila nak jaga hati orang dan halalkan
segala kesesatan ini terus selamba badak lalu depan mata? Kau tahu tak badak ni
apa? Tak tahu? Bangang! Badak pun tak tahu. Badak ni binatang yang ada lapan
tangan duduk dalam laut tu lah. Kalau terancam, dia sembur asap hitam tu.
Takkan tak pernah tengok National Geograpic? Allahu, periksa dapat No.1 dekat
kelas, tapi pengetahuan asas lemah nak mampos. Kau kaki ketum ke?
Kau pernah ambil tahu apa
kesannya pada sekeliling yang rapat bila kau pilih untuk main playsafe untuk
berterus terang? Kau juga dikira bersubahat kalau disebabkan kesesatan yang
dibawa diorang ini akhirnya menganiaya orang sekeliling! Semua disebabkan sifat
jaga hati kau. Apa kau nak takut tegur orang? Pernah orang kisah pasal hati kau
ke?
Kita jangan takut-takut lagi.
Kalau kena buang disebabkan kau cakap benda betul, pedulikan. Sekurang-kurangnya
mesej kau tu sampai. Dan boleh jadi, kesan daripada mesej kau tu akan
menyelamatkan ramai lagi kumpulan penakut yang pilih untuk main permainan jaga
hati. Takpa lah, yang penting kau bercakap benar dan menyelamatkan ramai orang.
Hidup ini kejar untuk buat jasa. Bukan main kejar-kejar dekat blok B Sekolah
Menengah Padang Tembak berdekatan kelas awek-awek Tingkatan 4 Neptune.
Itulah kau. Zaman sekolah lagi
dah sibuk nak perhatian awek je 24jam. Kau bukan tak tahu, awek-awek sekolah ni
lepas masuk Universiti nanti dia akan jumpa jantan yang lagi ada masa depan
daripada kau. Lepas tu dia bagi alasan yang dia nak fokus study untuk putus
dengan kau.
Ok sori terpanas lebih pulak.
Zaman takut-takut dah patutnya
pupus. Dan kerana budaya takut-takut inilah yang dah melahirkan ramai
pengkhianat pada bangsa. Semua main permainan selamat. Semata nak selamatkan
diri, maka kau korbankan orang yang begitu berjasa. Biar nampak bangsat,
asalkan tak guris hati ketua. Hati semua yang bersama.
Kawan, kalau kita masih pegang
sentimen ini. Kita dah boleh berhenti cerita tentang Agama, bangsa dan tanah
air. Apatah lagi nak cerita tentang keluarga besar. Tak sesuai. Nak sembang
pasal Freemason? Tak payah. Aku dah bosan dengar. Kau pergi borak dengan
bebudak yang baru tengok The Arrival dekat youtube tu.
Bercakap jujur itu bukan bangsat.
Bercakap jujur itu bukan khianat. Bercakap jujur itu bukan menjatuhkan maruah.
Bercakap jujur itu sebenarnya sahabat. Bercakap jujur itu sebenarnya membina
kuat.
Ya, kebanyakan melayu masih bacul
dengan bahasa terus terang. Walaupun mulut kita tak lekang cerita tentang tegur
jika silap, tapi jiwa kita belum bersih lagi tentang makna pada teguran yang
terus terang. Kita masih rasakan bahasa terus terang itu projek bunuh karekter
dan satu penghinaan pada diri. Woi brader, kau pernah tengok betapa terus
terangnya bahasa Tun Mahathir bila berdepan dengan Steven Sackur di BBC Hard
Talk dulu? Takda sembang ambik hati, straight bagi lipatan gunting. Padu kena
jantung Steven Sackur masa tu. Tergeliat otak Steven Sackur nak jawab balik
masa tu. Bahasa terus terang ni bina jati diri. Dia buat kau lebih berprinsip
dalam hidup.
Sampai bila nak duduk dalam
permainan takut-takut? Berapa ramai lagi yang nak terbunuh dengan permainan
kita?
Ingat..
" Menjadi penakut itu
memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan sebab Si penakutlah yang
banyak melahirkan pengkhianat yang akan dipuji ramai manusia. "
ABJ : Sekurang-kurangnya kita
berani untuk cakap, "Bang, kalau boleh janganlah lagi ambik hak orang. Tak
baik.". Berbanding main jalan selamat dan cakap, "takpa lah bang,
lagipun abg ada hak sebab abg bos.."
Comments
Post a Comment