UMNO SUDAH JADI PAPA KEDANA?
Adakah UMNO sudah papa kedana
ketika ini?
Baru tidak sampai sebulan
kehilangan kuasa dalam kerajaan yang dipegang sejak lebih 60 tahun lalu, UMNO
kini seolah-olah sudah hilang daya untuk menggerakkan parti itu dengan
menamatkan serta-merta penyaluran kewangan bulanannya yang lazim diterima
sebelum ini.
Dalam surat yang ditandatangani
oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor, ia menyebut setelah
meneliti kedudukan kewangan, parti ingin memaklumkan yang mana penyaluran
peruntukan bulanan kepada pihak Bahagian
dan Pergerakan Sayap-sayap Bahagian terpaksa ditamatkan bermula Mei 2018.
Dalam surat itu juga meminta agar
pihak Bahagian dan Pergerakan Sayap-sayap Bahagian dapat meneruskan
pengoperasian parti seperti kebiasaan meskipun tanpa peruntukan tersebut.
Kenapa hanya baru tidak sampai
sebulan kehilangan kuasa, UMNO tiba-tiba sudah jadi miskin dan papa kedana
sehingga tidak mampu lagi menyalurkan peruntukan bulanan kepada bahagian dan
sayap-sayap?
Apakah UMNO tidak mempunyai wang
langsung dalam akaun banknya?
Ke mana wang parti yang dikumpul
sejak 60 tahun berkuasa selama ini?
Adakah hanya pemimpin UMNO saja
kaya raya, tetapi parti sebenarnya miskin dan papa kedana?
Tiadakah mereka yang kaya raya
itu sanggup untuk menghulurkan derma kepada parti sendiri sedangkan mereka
mengaut kekayaan pun atas nama UMNO?
Kenapa pemimpin yang menerajui
UMNO sekarang tidak cuba meminta wang
derma yang kononnya daripada Pak Arab yang pernah diterima oleh bekas Presiden
UMNO, Najib Razak?
Bukankah Najib ada menyatakan
walaupun wang itu disalurkan atas nama akaun peribadinya, tetapi ia bukanlah
kepunyaannya?
Kesian UMNO....belum sebulan
hilang kuasa, sudah begini jadinya!
Bagaimana agaknya nasib parti itu
selepas setahun atau lima tahun akan datang?
Dengan keadaan tiada wang seperti
yang ditunjukkan sekarang ini, bolehkah UMNO terus bernyawa lagi untuk
menghadapi pilihanraya seterusnya?
ABJ: Atau UMNO memang sedang menuju kematiannya?
Comments
Post a Comment