BARANG KEMAS RM60 JUTA TIDAK DIBELI TAPI DISIMPAN?
Berikutan saman oleh sebuah firma
tukang emas di Beirut terhadapnya, DS Rosmah Mansor, melalui peguamnya bukan
saja menolak dakwaan menggunakan wang curi daripada dana 1MDB untuk membeli 44 unit barang kemas bernilai hampir
RM60 juta dan sedang dituntut itu, malah juga menafi melakukan pembelian kepada
barangan tersebut.
Sebaliknya, peguam isteri bekas Perdana Menteri itu berkata, barangan itu hanya diperlihatkan saja kepada
Rosmah.
Alamak, apa sudah jadi?
Beli atau tidak beli? Benarkah
diperlihatkan saja?
Jika tidak dibeli, kenapa
barangan kemas bernilai hampir RM60 juta tersebut yang dihantar kepada Rosmah
pada 10 Februari, masih lagi disimpan di kediamannya sehingga ia dirampas oleh
pihak polis dalam serbuan selepas kejatuhan Najib Razak dalam pilihanraya 9 Mei
lalu?
Kenapa tidak segera dipulangkan
sebaik saja selesai melihat-lihat atau membeleknya dan jika benar, tidak mahu
membelinya?
Berapa lama Rosmah mahu menyimpan
barangan kemas itu di kediamannya?
Apakah proses melihat-lihat dan
membelek barangan kemas tersebut memerlukan tempoh masa lebih 3 bulan?
Adakah mana-mana kedai emas sedia
membiarkan barangannya disimpan di rumah pelanggan dalam tempoh begitu lama
tanpa sebarang bayaran atau dibeli sebahagiannya?
Global Royalty Trading SAL dalam
samannya semalam, memohon perisytiharan mahkamah bahawa semua barangan yang
dirampas pihak polis itu adalah milik sah mereka dan perlu dikembalikan atau
alternatifnya, Rosmah perlu membayar kembali keseluruhan nilainya.
Mungkinkah barangan itu
sebenarnya memang dibeli oleh Rosmah, cuma bayarannya saja belum dijelaskan?
Jika tidak, mengapa ia berada
dalam simpanan Rosmah melebihi tempoh 3 bulan?
ABJ: Troll-troll sekalian yang mewakili Rosmah, cakaplah betul-betul -
beli atau tidak barangan kemas tersebut? Jangan pula tunding jari kepada
penyiasat 1MDB.
Comments
Post a Comment