BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK KERJA SIA-SIA
Zaman ajak orang pergi berhimpun
untuk raih sokongan politik ini sudah berakhir.
Apa terjadi akhirnya?
Sedikit pun kita tidak hairan
mengapa sebuah perkumpulan yang katanya ada 3 juta ahli, tak sampai 50 yang
datang untuk menunjukkan sokongan pada Najib hari ini.
Terpekik terlolong lah Lokman Adam
dan kawan-kawan minum kopinya itu ditepi jalan. Rata-rata samada mereka
ditertawakan atau tidak diendahkan langsung.
Mereka ini tidak sedar bahawa
disebalik keributan maklumat yang terdapat kini, masyarakat telah kembali ke
asas membuat sesuatu keputusan.
Mereka mahu yang benar sahaja.
Pendakwaan Najib adalah kehendak rakyat!
Tidak ada di media perdana
Malaysia, mereka cari kebenaran di media antarabangsa. Akhirnya media tempatan
langsung tidak berpengaruh lagi dan kerajaan yang mereka pertahankan tumbang.
Bersungguh-sungguh Lokman Adam
mengajak masyarakat bersolidariti bersama Najib melawan SPRM itu, namun ia
tidak dapat sambutan.
Pada masyarakat, mereka lebih
rela tunggu kebenaran sebenarnya, iaitu yang akan di bawa oleh sistem
perundangan negara.
Sementara itu, mereka tonton lah
pertandingan bolasepak Piala Dunia di TV.
ABJ: Anak Najib relak je kat
Taiwan. Tak de hal punya nak saman2.
Comments
Post a Comment