HISAP GAM TAK HABIS LAGI? KALAH KERANA EGO… MENANG KERANA NEGO?



Kita boleh tengok macam mana sindiran-sindiran dilakukan oleh pihak macai-macai UMNO merangkap macai-macai pembangkang kepada rakyat Malaysia yang inginkan perubahan.

Ada yang buat-buat gelakkan rakyat, kononnya simpati pada nasib rakyat dikencing oleh pemerintahan hari ini, digelakkan, di sindir habis-habisan, dan pelbagai lagi.

Kita pula jadi kasihan. Apakah macai-macai ini cuma mahu lepaskan marah dan masih taknak berubah???

Kekalahan UMNO sebelum ini juga mereka kena tahu, antara peratusan terbesar yang menyebabkan UMNO kalah tersungkur sampai termakan tanah di sebabkan perangai macai-macai yang lemau macam ini.

Perangai kebudak-budakan dan hujah yang macam budak sekolah yang hisap gam.

Tiada isu kena kencing. Tiada isu rakyat salah pilih kerajaan. Rakyat tiada pilihan waktu itu dan pihak macai-macai pembangkang hari kena terima hakikat yang mentaliti lemau mereka antara punca terbesar kegagalan UMNO hari ini.

Disini saja kita boleh lihat, bagaimana pihak Pakatan harapan susun atur strategi untuk menangi hati rakyat. Bermakna strategi PH lebih efisien berbanding cara marketing kuno pihak pembangkang hari ini.

Sepatutnya pihak macai-macai pembangkang kena lihat dari banyak segi dan perlu buat persiapan untuk PRU akan datang.

Dengan mengubah segala cara marketing kuno, sindiran level sekolah rendah hisap gam ini. Ambil kira kenapa rakyat boleh pilih untuk ubah Parti Gergasi yang tak pernah kalah sejak Merdeka.

Semudah itu kah? Kerana kesilapan setahun dua kah?

Jangan sombong lagi perasan boleh baca keinginan rakyat kalau masih dengan watak sombong dan macam pandai. Berapa ramai lagi tokoh yang baik akan jadi mangsa dek kedangkalan kalian?

Untuk realiti, tanyalah mana-mana rakyat yang pernah menyanjungi UMNO satu masa dulu, apakah mereka betul-betul rela menerima DAP sebagai antara pemerintah hari ini?

Ramai yang terlalu berat hati kerana memikirkan pelbagai isu lagi-lagi berkaitan agama dan bangsa. Tapi masing-masing nekad, semata untuk ajar UMNO. Ini bukan keputusan bodoh.

Keputusan inilah yang akan buat UMNO belajar untuk jadi lebih kuat dan tak jumud seperti yang lepas-lepas. Biarlah apa jadi pun. Kita hadap.

Sepatutnya macai-macai UMNO berterima kasih pada rakyat. Kerana rakyat jugalah yang membuatkan UMNO melakukan perubahan drastik dan mula fokus pada tujuan penubuhan UMNO itu sendiri.

Dulu masa ABJ di interview oleh XXX TV. Dia ada tanya ABJ satu soalan untuk selamatkan UMNO. ABJ jawab,

"UMNO perlu di bersihkan. Buang semua yang dah tua bodoh sombong di dalam UMNO dan gantikan dengan orang muda yang lebih berwawasan. Kalau tak, kita terpaksa ambil keputusan paling berat. Keputusan yang risikonya besar. Tapi takpa, kalau itu sahaja cara yang ada. Kita akan buat. Pengorbanan paling besar untuk generasi kita. Apa sahaja kesannya, kita terpaksa terima. Untuk ajar UMNO yang mula riak dan takbur.."

Orang Muda yang ABJ maksudkan dalam tu pun bukan lah muda usia. Tapi fokus lebih pada muka baru yang rekodnya baik.

Macai-macai UMNO, belajarlah dari kegagalan ini. Jangan salahkan rakyat yang tiada pilihan dan terpaksa ambil keputusan salah. Salahkan kita yang masa gah dulu lupa diri sombong dengan rakyat. Samseng dengan rakyat dan terlalu pandang rakyat ini di level najis. Masih ingatkah macam mana semua yang menentang di sabitkan dengan pelbagai kesalahan? Segala NGO di tekan habis-habisan sampai dikenakam dengan tindakan-tindakan kerana tak bersetuju dengan pimpinan tika itu.

Ingat, masa kecil dulu kita selalu di ceritakan kisah Arnab yang sombong takkan boleh dikalah oleh kura-kura, akhirnya tewas lumba lari dengan kura-kura.

Tak logik tapi tak Mustahil.

Ini posting tentang isu sindiran Macai-macai UMNO. Bukan isu Tun Mahathir baik dengan Anwar ibrahim yang pernah dipenjarakan dulu, bukan isu Tun Mahathir pernah gelar Lim Kit Siang bapak rasis ke. Peduli lah. Sedangkan Ex kita yang pernah tinggalkan kita kerana syok berjimak dengan lelaki kaya pun kita boleh maafkan dan terima kembali, inikan pula lelaki dengan lelaki.

ABJ : Kalau duduk di tempat tinggi, turunlah ke bawah dengar suara bawahan. Semua perkara boleh nego. Jangan ego. UMNO kalah kerana EGO. Dan PH menang kerana NEGO. Belajarlah, kalau tidak kita akan di ajar lagi.

Comments

Popular posts from this blog

21 SOALAN BUAT TAN SRI DZULKIFLI AHMAD

TAHNIAH DATUK SERI TUN ABD. MAJID

RASUAH POLITIK DAN POLITIKKAN RASUAH