SIAPAKAH YANG MULIA RAJA PALSU ITU?
Sarawak Report mendedahkan secara
eksklusif keterangan diri ‘Yang Mulia’ si ‘penderma di-Raja’, yang diberikan
kepada AmBank sebagai sumber beberapa bayaran, termasuk US$681 juta yang
diterima ke dalam akaun peribadi Najib sebaik sebelum pilihanraya yang lepas.
Nama penderma di-Raja itu
dikatakan sebagai ‘Yang Mulia Saud Abdulaziz Majid al-Saud’.
Sarawak Report telah mempastikan bahawa
keterangan diri ini telah diberikan untuk menjelaskan bayaran asal US$100 juta,
yang dipindahkan ke dalam akaun Naijb di AmPrivate Banking di Kuala Lumpur pada
bulan Februari 2011 dahulu.
Bank telah meminta butir-butir
engirim dari seorang agen yang membuat pindahan bagi pihak Perdana Menteri dan
sepucuk surat telah dihantar dari pejabat individu ini kepada pihak bank.
Sumber-sumber maklumat kami
mengatakan bahawa surat ini, yang masih disimpan oleh bank, mengandungi
butir-butir yang kabur tetapi dikatakan dikeluarkan dari ‘Pejabat Peribadi Saud
Abdulaziz Majid al-Saud’, tanpa memberikan sebuah alamat ataupun nombor
telefon.
Surat itu ditandatangani oleh
‘Saud Abdulaziz al-Saud’.
Perkara itu menimbulkan
persoalan-persoalan mengenai proses-proses perundangan dan kepatuhan AmBank, di
mana 23% darinya dimiliki oleh ANZ Bank (Australia New Zealand bank) sebagai
pemegang utama saham-sahamnya.
Masa itu, CEO AMBank, Ashok Ramamurthy,
yang dipinjamkan dari ANZ Bank, telah meletakkan jawatannya dalam bulan Januari
lalu berikutan kerja-kerja audit kepatuhan ke atas hutang beberapa billion
ringgit untuk 1MDB – suatu isu yang masih menjadi bahan kritikan utama ahli-ahli
politik di Malaysia.
Hakikat bahawa bekas Perdana
Menteri dapat menerima derma peribadi yang meragukan dari si penderma
bermisteri telah mendatangkan masalah kepada bank itu.
Sarawak Report telah mengikhtiraf
bahawa perundangan anti pengubahan wang dan anti keganasan di Arab Saudi
(kerana mengaitkan nama Saud) bermakna bahawa semua rakyatnya perlu memberikan
pengesahan paspot bagi sebarang individu yang terbabit dengan pemindahan wang
untuk sekian-sekian jumlah. Ini termasuk mana-mana rakyatnya yang menggunakan
syarikat luar negara di BVI.
Sebarang surat tanpa alamat
pengirim dan tanpa dokumen-dokumen pengenalan boleh menjadi bahan ketawa dan
sesiapa boleh menjangkakan bahawa ianya telah dilepaskan oleh bank kerana
penerimanya merupakan seorang Perdana Menteri Malaysia(ketika itu), yang kini
telah diletakkan dalam kategori rasa risau yang tinggi bagi orang politik yang
didedahkan.
Untuk selama beberapa tahun
AmBank yang berkembang sebagai bank kegemaran Najib Razak dan juga untuk
beberapa kepentingan negara, termasuk 1MDB.
Sarawak Report juga difahamkan bahawa
sekurang-kurangnya empat bayaran telah diterima masuk ke dalam akaun Najib
disertai dengan pengenalan diri pengirimnya antara 2011 dan 2013, termasuk dua
lagi bayaran masuk yang menjadikan jumlahnya US$681 juta, seperti didedahkan
oleh Sarawak Report dalam bulan Julai yang lepas.
Pemindahan itu melibatkan
sejumlah US$200 juta, yang bermakna sejumlah satu billion telah dipindahkan
masuk oleh kononnya raja Arab Saudi kepada UMNO ke dalam akaun peribadi Najib.
Maklumat ini disahkan oleh pihak
SPRM dalam bulan Julai 2015, apabila para penyiasatnya mendakwa mereka telah
membaca empat surat daripada penderma yang sama kepada bank itu.
Ini menunjukkan bahawa penderma
ini telah memindahkan wang yang sangat banyak ke akaun Najib lama sbelum
pilihanraya umum, alasan asalnya, untuk kegunaan yang bersigat lebih luas yang
tidak jelas.
Perkara itu telah menyelubungi
beberapa pihak penguatkuasaan undang-undang anti pengubahan wang antarabangsa,
dengan Australia dan New Zealand dan juga Arab Saudi menghadapi tuduhan
melanggari undang-undang asas perbankan mereka dan juga undang-undang anti
keganasan.
Dalam pada itu, inkuiri-inkuiri
kami ke dalam identiti seorang tokoh ‘Di-raja Arab Saudi’ telah beroleh
maklumbalas sifar. Nama Saud Abdulaziz Majid al-Saud merupakan variasi nama
biasa bagi raja-raja Arab Saudi, tetapi tidak merujuk pada mana-mana tokoh yang
spesifik.
Namun Zahid Hamidi mendakwa telah
bertemu “Raja dan Putera” dari Timur Tengah yang dikatakan sebagai “keluarga
penderma”, sebaik selepas mengambil alih kedudukannya dari Muhyiddin Yassin(ketika
itu), yang telah mempersoalkan kesahihan derma itu sebelum disingkirkan oleh
Najib.
Begitu juga pihak SPRM dikatakan
telah melaporkan bahawa para pegawai mereka telah diperkenalkan kepada beberapa
individu yang kononnya sebagai penderma yang telah mengutuskan surat-surat yang
mereka lihat dalam AmBank.
Kenyataan SPRM ketika itu jelas dengan
dokumen-dokumen bank yang diperolehi oleh Sarawak Report, yang merujuk pada
pemindahan US$681 juta daripada syarikat Tanore Finance Corporation sebagai
“bayaran” selain sebuah sumbangan derma.
Dongeng mengenai penderma dari
Arab Saudi itu menjadi lebih sukar dipercayai setelah semakan asas dilakukan
pada keluarga-keluarga di-Raja Arab Saudi dan Timur Tengah secara terperinci.
Terdapat beberapa orang Raja dan
Putera raja yang memerintah di Timur Tengah – dan raja Arab Saudi iaitu Raja
Abdullah yang masih hidup semasa kehadiran ‘derma’ itu telah mangkat dalam
bulan Januari sebelum mesyuarat yang kononnya berlangsung dalam bulan Julai
bersama orang-orang dari luar negaranya seperti Zahid Hamidi.
Namun Raja Abdullah, yang berada
di tangga ke-empat dalam senarai pemilikan harta golongan di-Raja, hanya
mempunyai US$18 billion. Ini bermakna sumbangan US$1 billion kepada Najib
adalah terlampau besar dikeluarkan dari kekayaannya. Malah, Zahid Hamidi pula
mencadangkan bahawa negara-negara Islam lain juga turut menerima sumbangan dari
baginda.
Ini bermakna jika keluarga
penderma itu merupakan keluarga di-Raja yang kurang kaya dari kalangan
raja-raja kemungkinan mereka untuk menyumbangkan jumlah yang terlampau besar
secara sembunyi-sembunyi itu adalah hampir mustahil, dan tidak masuk akal.
Sarawak Report telah mendapati bahawa tiada
seorangpun dari kalangan orang-orang kaya Arab yang mempunyai nama atau darjat
yang serupa dengan penderma seperti pada surat daripada Saud Abdukaziz Majid
al-Saud dan individu yang berada di tangga ke-50, Aman Hariri, hanya memiliki
kekayaan berjumlah US$2 billion, menurut laman web Arabian Business.
Adakah seseorang yang mempunyai
US$2 billion atau kurang sanggup memberikan separuh daripada kekayaannya kepada
Najib Razak hanya kerana pendiriannya terhadap itu atau ini?
Atau adakah penderma itu datang
dari kerabat di-Raja, sebuah entiti rahsia?
Sebenarnya, putera Arab Saudi
terkaya, Putera Alwaleed jelas mengatakan bahawa dia akan memberikan kesemua
kekayaannya untuk tujuan yang baik, dan dia telah dijadikan contoh dermawan
yang baik dari orang-orang Timur Tengah yang menggemari Najib oleh para
penyokong BN.
Namun dia sendiri bernilai US$34
billion menurut Forbes. Maka pada siapakah BN/Najib menentukan kadar tujuan
satu billion dollar itu?
Banyak inkuiri telah dibuat di
Kedutaan Arab Saudi di London dan menghasilkan banyak persoalan.
Jabatan protokol mereka telah
menjelaskan bahawa di samping nama yang didaftarkan dalam AmBank adalah serupa
dengan nama beberapa nama dari kalangan di-Raja Arab Saudi, ianya kekurangan di
segi formaliti penting – nama itu harus mengandungi perkataan ‘bin’, di
sepanjang nama ‘bin Abdulaziz dan ‘bin Majid’, memberikan kurangnya kesungguhan
dalam ketulenan nama-nama kaum keluarga sheikh dan geralan Pejabat Peribadinya.
Telah dijelaskan bahawa tokoh
di-Raja yang namanya hampir serupa dengan Saud Abdulaziz Majid al-Saud
merupakan bekas Gabenor bagi wilayah Madinah, Abdulaziz bin Majid, cucu kepada
bekas Raja Arab Saudi.
Tokjoh di-Raja ini mempunyai
seorang putera yang sama nama iaitu Putera Saud bin Abdu Aziz bin Majed
al-Saud. Namun tiada bukti menunjukkan bahawa keluarga ini merupaka dermawan
ataupun nama-nama mereka disenaraikan di kalangan orang-orang kaya Arab sepadan
dengan US$2 billion.
ABJ menyeru agar dermawan yang
telah sudi menghulur berbillion-billion dollar, berurusniaga
dengan seorang raja Arab yang palsu, dibesar-besarkan untuk menjelaskan jumlah
bayaran yang teramat besar jumlahnya ke dalam akaun peribadi Najib?
ABJ: Terperangkap lagi…
Comments
Post a Comment