BILA ORANG TAK BELI BARANGAN KITA, JANGANLAH MARAH…



Ada rakan-rakan bertanya tentang langkah Kementerian Pelajaran memberhentikan langganan akhbar Utusan Malaysia.

ABJ rasa ada terbaca yang pihak kementerian mengambil keputusan tersebut kerana hendak menjimatkan kos. Lagipun, kepada yang nak terus membaca Utusan mereka boleh baca versi online.

Jika ada sebab lain, itu ABJ tak tahu lah. Apa yang ABJ tahu ialah akhbar ini adalah satu barangan pengguna (consumer goods). Dari segi komersial ia tidak ada bezanya dengan sebuah kereta mahupun satu tiub ubat gigi.

Sekarang ini ubat gigi ada macam-macam jenama dan dalam satu jenama itu pula ada macam-macam perbezaan lagi. Ada yang untuk putihkan gigi, ada yang untuk jaga kesihatan gusi, untuk kuatkan gigi, yang mahal dan yang murah, dan seribu satu macam lagi.

Bila kita nak beli ubat gigi ini, kita pilihlah yang menepati kehendak kita. Jika kita pilih ubat gigi jenama Colgate, jenama lain tak boleh lah kata kita telah menganiaya Jenama Darlie misalnya.

Jenama Darlie itulah yang kena berusaha untuk menandingi jenama Colgate itu didalam menarik kita sebagai pengguna untuk membelinya.

Jual suratkhabar atau jual apapun didalam pasaran bebas ini pun begitu jugalah.

Bila orang tak beli barangan kita, jangan marah. Dapatkanlah maklumat kenapa mereka tak beli.

ABJ: Kalau kita marah pengguna, mereka boleh saja berpaling pada kita dan kata, "Apa kau peduli? Duit aku suka hati akulah nak beli ke tidak".

Comments

Popular posts from this blog

21 SOALAN BUAT TAN SRI DZULKIFLI AHMAD

TAHNIAH DATUK SERI TUN ABD. MAJID

RASUAH POLITIK DAN POLITIKKAN RASUAH