NAJIB TERIMA RM42 JUTA HASIL AKTIVITI HARAM?
Bekas perdana menteri Datuk Seri
Najib Razak berdepan tiga lagi pertuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta
hasil daripada aktiviti haram yang mana wang itu milik SRC International Sdn
Bhd, dalam dua akaun miliknya, empat tahun lepas.
Najib, 65 tahun, mengaku tidak
bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi
di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.
Bagi pertuduhan pertama hingga
ketiga, Najib didakwa telah menerima wang masing-masing berjumlah RM27 juta,
RM5 juta dan RM10 juta yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, melalui
Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities (RENTAS) dalam dua akaun
AmIslamic Bank Berhad miliknya bernombor 2112022011880 dan 2112022011906.
Beliau dituduh melakukan kesemua
kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan AmBank Group, No. 55, Jalan
Raja Chulan di sini antara 26 Dis 2014 dan 10 Feb 2015.
Pendakwaan dikemukakan mengikut
Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan
Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001
yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan
hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada
lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, atau peralatan
kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta atau mana yang lebih
tinggi, jika sabit kesalahan.
Pada 4 Julai lepas, Najib mengaku
tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap tiga pertuduhan pecah amanah
(CBT) dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta
milik SRC International Sdn Bhd.
Pendakwaan diketuai Ketua
Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Pejabat Peguam Negara, Datuk Mohd Hanafiah
Zakaria, sementara pembelaan diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Mohd Hanafiah meminta ketiga-tiga
pertuduhan dibicarakan bersama dengan empat pertuduhan lain di Mahkamah Tinggi
3 sebelum ini.
Muhammad Shafee berkata, empat
pertuduhan terdahulu merupakan 'predicate offences' dan tiga hari ini
'subsidiary offences', dan Mahkamah Tinggi 3 telah menyatakan penyatuan tuduhan
ini wajar.
Hakim Datuk Azman Abdullah
bersetuju memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi 3 untuk pengurusan jaminan dan
perbicaraan.
ABJ: 'Mencuri' ni adalah salah satu perbuatan yang paling tak ada
kelas. Rasuah juga serupa. Keduanya ini perbuatan hina dan sama level dengan
dasar kolam kumbahan najis.
Comments
Post a Comment