RAMADAN KALI INI…

Usaha mengekang pandemik Covid-19 kini memasuki frasa ke-3 dan bilangan korban terus meningkat. Kita hanya mampu berusaha sebaik bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac dan kini dilanjutkan hingga 28 April depan. Berbezalah suasana Ramadan kita kali ini. Tiada siapa yang mengetahui. Mungkin kali ini, kita diinginkan supaya mengimarah rumah-rumah sendiri yang sekian lama tiada solat berjemaah dan sunyi tanpa kedengaran alunan merdu al-Quran. Sesungguhnya kita semua sedang diuji oleh Allah SWT dan ujian-Nya datang dalam pelbagai bentuk termasuklah pandemik Covid-19. Sebaiknya langkah terbaik membendung wabak Covid-19 ini adalah dengan kita kembali menghayati ajaran Islam yang merupakan Addin atau cara hidup atau jalan menuju kejayaan dunia dan akhirat. Pada masa sama, Islam mendidik umatnya mentaati ulil amri atau pemerintah terutama dalam soal menjaga nyawa dan harta. Marilah kita patuh kepada PKP untuk mengelak kita ...