APABILA DIINTAI…MAKA ADA SINAR TERANGNYA…
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan pasukan khas untuk memantau pengagihan peruntukan RM250 bilion yang diumumkan kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.
Langkah itu diambil bagi memastikan tidak berlaku ketirisan terhadap dana yang diperuntukkan.
Alhamdulillah, Terima kasih SPRM…
Bukan niat membodek jauh sekali untuk mengampu… Pendekatan SPRM yang tegas, drastik dan disulami elemen-elemen yang mengujakan memungkinkan SPRM kini dianggap agensi paling sayangi.
Lihat sajalah kes-kes SRC International, RM2.6 bilion, 1MDB, kes melibatkan Felda, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), dan beberapa kes lagi terutamanya dalam kes melibatkan dana rakyat dan salah guna kuasa…
Tiada yang terselamat semuanya SPRM bertindak dalam lingkungan bidang kuasa perundangan yang dimilikinya…
Tindakan agresif suruhanjaya ini dalam membendung rasuah dan penyelewengan juga telah membantu Malaysia dalam capaian kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2018, antara CPI terbaik Malaysia.
Ingatlah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan ibarat virus… seteruk COVID-19…
Kerana rasuah, salah guna kuasa dan penyelewenganlah menjejaskan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.
ABJ: Percayalah amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dana rakyat terutamanya membawa pelbagai impak negatif seperti keruntuhan moral dan penindasan di kalangan masyarakat, kerosakan dan ancaman kepada negara, serta menggugat keselamatan dan keamanan…
Comments
Post a Comment