ADAKAH KITA MEMAHAMI BUAH TANGAN TERAKHIR ALLAHYARHAM SANUSI JUNID?
Minggu lepas
negara dikejutkan dengan berita kematian bekas menteri kabinet, Allahyarham Sanusi Junid yang dilaporkan
meninggal dunia secara mengejut di rumahnya.
Beliau
dilaporkan menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas mengambil air
sembahyang dan ketika sedang menunggu masuknya waktu solat Subuh.
Secara
ringkasnya, Allahyarham Sanusi bukan saja meninggal dunia pada hari Jumaat,
tetapi juga dalam keadaan berwuduk dan ketika menanti untuk menunaikan
kewajipan sebagai seorang hamba kepada Tuhannya.
Lebih daripada
itu, beliau juga meninggal dunia ketika dalam perjuangan yang belum selesai
untuk menyelamatkan negara ini.
Untuk itu,
mudah-mudahan roh Allahyarham Sanusi ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh serta
beroleh syurga sebagai balasannya.
Secara
kebetulan, seminggu sebelum ini iaitu pada 2 Mac 2018 lalu, beliau telah
menulis dalam blognya sebuah artikel yang agak panjang berkaitan politik negara
menjelang PRU 14 akan datang.
Tulisan
berkenaan adalah "buah tangannya" yang terakhir untuk tatapan kita
bersama dalam menuju perubahan dalam negara ini.
Marilah kita
hayati tulisan itu dan sama-sama berazam meneruskan perjuangan itu sehingga ke
titik akhir, meskipun beliau tidak sempat menyaksikan hasilnya.
Juga, marilah
kita sama-sama menyedekahkan Alfatihah kepada rohnya dan semoga semangat
perjuangan dan buah fikirannya terus segar serta berguna untuk kita semua di
masa hadapan.
KENAPAKAH UMNO
PERLU DIKALAHKAN DI SABAH
Tajuk ini saya
pilih berlandaskan faktor sejarah yang akan saya huraikan.
Tujuan Sabah dan
Sarawak menyetujui untuk bersama dengan Semenanjung Tanah Melayu dalam sebuah
negara Malaysia ialah untuk mencapai kemerdekaan. Ternyata pemimpin-pemimpin
Sarawak sekarang ini, sekurang-kurangnya dalam kenyataan-kenyataan akhbar,
lebih merdeka dari pemimpin-pemimpin di Sabah. Kemerdekaan ini wujud kerana
UMNO tidak ada di Sarawak dan pemimpin UMNO tidak memimpin Sarawak.
Pemimpin-pemimpin
Sarawak juga, walaupun berada dalam cabinet, tidak nampak mengabdikan diri
kepada pemimpin kerajaan pusat sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin Sabah,
dari UMNO, yang ditugaskan untuk berbuat demikian.
Parti Bumiputra
Bersatu di Sarawak ialah sebuah parti tempatan dan pemimpinnya, yang juga
pemimpin kerajaan di Sarawak mewakili kepentingan dan memberi keutamaan kepada
Sarawak kerana ianya bukan cawangan dari sebuah parti bersifat nasional seperti
UMNO. Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sabah, hanyalah seorang sahaja dari antara
12 orang pemimpin UMNO negeri, 11 darinya dari negeri dan wilayah di
Semenanjung dan Labuan.
Begitu juga
kedudukan dalam kabinet persekutuan. Menteri dari Sabah, yang lemah wataknya,
lebih mewakili kerajaan pusat untuk mengikat Sabah dan bukan Menteri yang
berani mewakili Sabah dalam kabinet persekutuan. Keadaan ini berbeza dari
keadaan di zaman Tun Dato' Mustapha menjadi menteri pusat atau di waktu Dato'
Seri Shafie Apdal menjadi ahli kabinet. Malahan kita tahu bahawa Dato' Seri Shafie
Apdal telah dipecat dalam usahanya menyelamatkan Malaysia dari belenggu hutang
1MDB dan bukan khusus kerana menimbulkan masalah di Sabah. Lain kedudukannya
dengan Menteri dari parti-parti di Sarawak yang tidak merupakan cabang dari
UMNO.
PAHLAWAN SILAM
DI SABAH DAN SARAWAK
Walau pun di
Sabah dan Sarawak sudah lama ada pahlawan, pejuang dan berbagai pergerakan yang
menentang penjajahan sehingga ramai yang terkorban seperti Rosli Dhobi dan
Awang Rambli, tetapi kebijakan pemimpin dan tokoh di ketiga wilayah ini untuk
mencapai persetujuan bagi Sabah, Sarawak dan Semenantjung Tanah Melayu dengan
cara bergabung dalam sebuah negara Malaysia bermula kerana keadaan politik di
Indonesia dan Singapura di waktu itu.
BRITISH TAKUT
PADA INDONESIA DAN SINGAPURA
Pihak British di
zaman Indonesia dipimpin oleh Soekarno telah merasa bimbang dengan pengaruh
komunis di Indonesia di bawah pimpinan D. N. Aidit yang begitu rapat
mendampingi Soekarno.
Di Singapura
pula, pemimpin parti PAP Lee Kuan Yew, yang di kala itu mirip kepada fahaman
sosialis, juga bimbang jika perjuangan parti PAP yang semakin berpengaruh akan
memaksa pihak British untuk memerdekakan Singapura dari penjajahannya.
Faktor
sebenarnya yang membimbangkan pihak British adalah berkaitan adanya Selat Melaka
sebagai saluran lautan bebas yang menghubungi lantan India dengan lautan China.
Antara Singapura
dan Indonesia, kerana jauhnya antara dua daratan dari dua negara ini tidak luas
maka tidak ada laluan bebas antarabangsa yang boleh dilalui oleh kapal-kapal
dari Lautan India ke Lautan China tanpa izin melalui lautan salah satu dari dua
negara ini.
Oleh itu pihak
British perlu menghalang kemungkinan dua buah negara ini, jika merdeka,
bekerjasama atas dasar fahaman komunis/sosialis sehingga mereka boleh menutup
laluan Selat Melaka dari dilalui oleh kapal dari negara yang dianggap anti
komunis/sosialis.
Pada mulanya
pihak British telah menawarkan kepada Malaya untuk menerima Singapura sebagai
sebahagian dari negara Malaysia yang baru. Dengan kemasukan Singapura ke dalam
Malaysia pihak British mengharapkan pemimpin-pemimpin di Malaya dapat menjamin
tidak merebaknya fahaman sosialis di Singapura kerana Malaysia boleh mengguna
ISA sebagai akta yang boleh menghalang kemaraan fahaman komunis/sosialis itu.
GABUNGAN MALAYA
DAN SINGAPURA SAJA AKAN MELEBIHKAN UNDI CHINA
Walau bagaimana
pun pemimpin-pemimpin Melayu di Malaya tidak bersetuju untuk bergabung dengan
Singapura kerana takut jumlah pengundi etnik China akan melebihi Melayu dalam
negara baru Malaysia.
Oleh kerana pada
waktu yang sama perjuangan untuk kemerdekaan Sabah dan Sarawak juga semakin
membara, walaupun tidak sekencang perjuangan untuk kemerdekaan Singapura, maka
hasil perundingan dengan pemimpin-pemimpin di Sabah dan Sarawak maka satu
persetujuan telah tercapai untuk
bergabung sama dengan Singapura dalam Malaysia.
KONSEP
BUMIPUTERA DIKETENGAHKAN
Walaupun
sebahagian besar dari penduduk Sabah dan Sarawak terdiri dari bukan Melayu dan
bukan Islam, untuk menjadikan penubuhan Malaysia sebagai satu wadah yang tidak
membimbangkan maka kalimat BUMIPUTERA telah dikeramatkan. Dalam kalimat
BUMIPUTERA terangkum suku Kaum Asli di Sabah dan Sarawak yang bukan Melayu dan
bukan Islam atau beragama Kristian. Dalam kalimat BUMIPUTERA ini termasuk
penduduk Sabah dan Sarawak yang berugama Islam tetapi terdiri dari kaum yang
bukan Melayu.
Walaupun dalam
negara Malaysia jumlah Melayu tidak lagi menjadi majoriti tetapi melalui
kalimat BUMIPUTERA, besama dengan penduduk asli di Sabah dan Sarawak kita
menjadi majoriti, atau sekurang-kurangnya BUMIPUTERA melebihi kaum China
apabila Singapura digabungkan dalam Malaysia.
BRUNEI
TERSELAMAT DARI BELENGGU KLEPTOKRASI
Di peringkat
awal Brunei juga telah dirancangkan untuk turut sama bergabung dalam Malaysia.
Tetapi, oleh kerana kebijaksanaan pemimpin Brunei, khususnya Raja yang
memerintah, Brunei telah tidak turut serta. Kebijaksanaan ini terserlah kini
memandang Brunei terselamat dari kongkongan pemimpin kleptokratik di Malaysia
masakini. Jika Brunei turut serta dalam Malaysia sudah tentu nama Brunei tidak
akan seharum namanya sekarang ini sebagai sebuah negara Melayu, Islam dan
Beraja.
TUNKU ABDUL
RAHMAN PUTRA MENGELUARKAN SINGAPURA DARI MALAYSIA
Apabila
Singapura berada dalam Malaysia, fahaman sosialisma parti PAP telah menular
sehingga menjadi ancaman kepada politik UMNO di Malaysia.
Lantaran itu
Tunku Abdul Rahman Putera telah mengeluarkan Singapura dari Malaysia.
'SOCIALISM THAT
WORKS'
Bila sudah
Merdeka Singapura tidak lagi menganut fahaman sosialis dalam pemerintahannya.
Sosialisma Singapura sebenarnya merupakan satu jembatan untuk menghakiskan
feudalisma dan kronisma Melayu.
Oleh kerana Lee
Kuan Yew terkenal sebagai seorang sosialis di kalangan pelajar-pelajar di
Britain sebelum Singapura merdeka, maka dalam satu pertemuan dengan
pelajar-pelajar Malaysia dan Singapura di London ada pelajar yang bertanya Lee
Kuan Yew atas sebabnya beliau tidak mengamalkan sosialisma dalam negara
Singapura yang merdeka di bawah pimpinannya; sedangkan beliau sibuk dengan
sosialismanya waktu di bawah British dan di waktu berada dalam Malaysia.
Saya terdengar
jawapan Lee Kuan Yew: 'Di akhir hayatnya Lenin sendiri tidak yakin dengan
sistem ekonomi komunis yang diperkenalkannya di Russia sehingga Lenin menjadi
revisionis dan menggubal dasar baru yang dinamakan DASAR EKONOMI BARU dan
memperkenalkan STATE CAPITALISM.'
Harry Lee (nama
timangan Lee Kuan Yew) menyambung, 'Di Singapura kita tidak membina kapitalis
dari kalangan rakyat Singapura, walaupun ramai kapitalis dari kalarangan rakyat
Malaysia dan Indonesia di Singapura, tetapi kami mendirikan TEMASIK sebagai
sebuah syarikat milik negara yang juga bererti milik rakyat Singapura.
TEMASIK, yang
mewakili Singapura dalam dunia kapitalisma, menjadi menjadi kaya, tetapi rakyat
Singapura mendapat gaji dan kemudahan hidup yang lumayan dengan mutu hidup yang
tinggi dan membanggakan. Itulah 'SOSIALISMA YANG BOLEH BERJAYA' (Socialism that
works). Saya telah hadir dalam perjumpaan di mana Lee Kuan Yew berkata demikian
walaupun terjemahan saya kurang lengkap sebagaimana yang diketengahkannya.
NEGERI YANG
BERNASIB BAIK DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Jelas kelihatan
sekarang ini dua buah negeri di Semenanjung yang sangat bernasib baik kerana
diperintah oleh bukan UMNO/BN, iaitu negeri Selangor dan Pulau Pinang. Dua buah
negeri ini, selain Sarawak di timur, mempunyai tabungan 'reserve' wang yang
begitu banyak. Seandainya UMNO/BN yang memerintah ketiga buah negeri ini sudah
tentu nasib tabungan mereka akan terancam seperti terancamnya FELDA, LUTH,
FELCRA, KWSP, KWAP, LTAT, MARA, PROTON, BNM, TANAH-TANAH BERHARGA DI KUALA
LUMPUR dan LANGKAWI, GLCs dan lain-lain lagi.
TRENGGANU
BERNASIB BAIK DAPAT SELAMATKAN TELAGA MINYAK MEREKA DARI GADAIAN
Trengganu
bernasib baik kerana KDYMM Tuanku Sultan sempat menghalang konsesi minyak
dilaut tidak dijadikan harta cagaran untuk pinjaman TIA (Trengganu Investment
Authority) sehingga akhirnya nama TIA ditukar menjadi 1MDB dan hutangnya
dijamin oleh Kerajaan Malaysia, yang akhirnya ditanggung oleh rakyat jelata.
NEGERI YANG
PERNAH DIPERINTAH OLEH PAS
Walaupun
Trengganu pernah sekejap diperintah oleh PAS tetapi dua buah negeri lain yang
pernah diperintah oleh PAS ialah Kedah dan Kelantan, yang sehingga sekarang
masih di bawah pemerintahan PAS.
PAS di Trengganu
tidak begitu kuat, kerana tiada zakat padi, dan besar bergantung kepada karisma
Dato' Haji Hadi Awang.
TEORI 3 P
PAS di Kedah dan
Kelantan, subur kerana banyaknya pondok yang biaya untuknya datang dari zakat
yang dibayar kepada guru pondok oleh penanam padi. Padilah, yang pada mulanya
menjadi sumber kewangan yang menyuburkan pertumbuhan sekolah ugama rakyat atau
pun pondok (Teori 3 P = Padi, Pondok dan Pas). Itulah sebabnya di kawasan yang
ada padi saja wujudnya pondok di seluruh Semenanjung. Di kawasan-kawasan FELDA
terdapat PAS yang benihnya telah menetas di sana di waktu Presiden PAS Dato'
Asri bin Haji Muda menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar di waktu
PAS berada dalam Barisan Nasional.
UMNO tidak
untung dengan menguasai negeri yang miskin seperti Kelantan dan Kedah.
LANGKAWI BAKAL
MENJADI MANGSA JIKA BN MENANG (NA'UZUBILLAH)
Walau bagaimana
pun, dengan jasa Tun Dr. Mahathir, Langkawi sudah menjadi kumpulan pulau yang
sangat berharga. Maka ianya menjadi sasaran kleptokrat yang berhasrat menjadikannya
pusat pelancongan berlandaskan maksiat seperti di Monaco. Di Monaco di dapati
banyak pusat judi kasino, pelacuran. LGBT dan merupakan pusat pelancongan untuk
selebriti dunia.
Langkawi juga
boleh menjadi 'second home' bagi rakyat asing yang mampu membeli condominium
yang mahal yang di luar kemampuan penduduk Langkawi dan Kedah untuk membelinya.
Penghalang besar kepada tercapainya hasrat ini ialah Dato' Seri Mukhriz
Mahathir.
Walaubagaimana
pun apabila Dato' Seri Mukhriz dapat disingkir tokoh kleptokrat terhalang dari
melaksanakan programnya kerana kuasa Istana yang anti judi. Tunku Abdul Rahman
pernah meluluskan lesen kasino untuk diadakan di Langkawi Island Resort milik
Low Yatt, pemilik Federal Hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Siap hotel dibina
lesen kasino dipindahkan ke Genting Highland kerana bantahan KDYMM Tuanku
Sultan, iaitu kekanda kepada Tunku Abdul Rahman sendiri.
ANCAMAN TERHADAP
PULAU-PULAU SEPANJANG PANTAI DI KEDAI
Rancangan kasino
ini mungkin boleh dilaksanakan jika Langkawi dikeluarkan dari Kedah sebagaimana
Labuan dikeluarkan dari Sabah. Rakyat Kedah perlu sedar atas kemungkinan ini
kerana 5 buah pulau sepanjang pantai Kedah, iaitu Pulau Bidan, Pulau Telor,
Pulau Bunting, Pulau Songsong dan Pulau Payar adalah sasaran bagi pelabur bukan
kita dari luar negara.
KETUA UMNO
BAHAGIAN DI KELANTAN BERUNTUNG JIKA BN KALAH SEANDAINYA MEREKA TIDAK MENJADI
CALON
Ketua-ketua UMNO
Bahagian di Kelantan, jika tidak dibenarkan bertanding, atau tidak menang jika
menjadi calon, lebih suka negerinya diperintah oleh PAS. Dengan demikian,
perbelanjaan untuk kawasan-kawasan Parlimen akan disalurkan oleh Menteri
Kerajaan Pusat, khususnya dengan pengaruh Menteri yang ramai berasal dari
Kelantan, kepada Ketua-Ketua UMNO Bahagian.
Ketua UMNO
Bahagian akan beruntung jika PAS memerintah Kelantan. Tetapi, dalam keadaan
UMNO/BN besar kemungkinan akan kalah dalam PRU ke 14, maka satu sistem silap
mata sedang diatur sesama UMNO/PAS kerana UMNO tidak mahu kalah lagi di
Kelantan dan PAS juga ingin mengekalkan penguasaannya ke atas Kelantan.
Oleh kerana dana
yang banyak diperlukan oleh PAS untuk bertanding dalam pilihanraya maka
Presiden PAS Dato' Haji Hadi Awang, yang tidak menguasai mana-mana negeri untuk
dijadikan sumber dana, terpaksa mencari dana dari sumber yang banyak wang,
walaupun wang itu dari sumber hutang yang
bertimbun yang kononnya derma halal dari sumber negara di mana
terletaknya Kaabah.
Jika PAS di satu
masa dulu sanggup menggadai tanah di Selatan Kelantan kepada Taukeh di
Singapura untuk mendapat biaya pilihanraya, apatahlagi jika ada pihak yang
sanggup bermain silap mata dengan PAS asalkan ada biaya untuk PRU ke 14.
Sekurang-kurangnya PAS boleh meletak calon untuk dikekahkan atau kalah ditempat
yang PAKATAN HARAPAN bertanding supaya ada tempat untuk melarikan undi jika
pengundi sudah muak untuk memangkah BN/UMNO.
PILIHLAH DENGAN
BIJAK - ASAL BUKAN BN ATAU PAS
Kesimpulannya,
penulis menyeru supaya rakyat Sabah akan memilih parti tempatan, WARISAN, dalam
PRU ke 14, Pulau Pinang dan Selangor akan kekal di bawah PAKATAN HARAPAN.
Langkawi akan diselamatkan dengan mengalahkan UMN/BN di Kedah. Kelantan akan
menolak UMNO dan PAS untuk memilih PAKATAN HARAPAN di Kelantan. Johor akan
menunjuk taringnya dan tidak merestui Tan Sri Muhyiddin Yasin, mantan Menteri
Besar Johor dan mantan Timbalan Perdana Menteri dihina dengan pemecatan
semata-mata kerana bertanya fasal 1MDB untuk mencari jalan supaya Malaysia
dapat diselamatkan. Tambahlah majoriti kemenangan BN di Negeri Sembilan di mana
BN tersangat lemah kerana adanya Rosmah, Khairy Jamaluddin, Azalina dan projek
'pemeliharaan lembu dalam kondo' yang gagal di Gemas. Rakyat hendaklah tidak
mengundi BN untuk selamatkan kekayaan di negeri PERAK.
Peneroka FELDA
dan anak cucu peneroka hendaklah menolak BN yang telah mencabul warisan Tun
Abdul Razak. Veteran tentera dan polis jangan lupa kepada pengalaman mereka
mempertahankan negara dari ancaman komunis yang tidak bertuhan. Sebagai umat
Islam kita perlu protes menentang sikap baru kerajaan terhadap Zions Yahudi
Israel yang dibenarkan masuk secara rasmi ke Malaysia sedangkan mereka sedang
menyembelih rakyat Palestin.
Kita perlu buang
sifat TAKUT kepada China yang bukan komunis, dan kita perlu BERANI berkawan
dengan China yang menjadi rakyat Malaysia dan sesiapa saja yang kuat MENENTANG
RASUAH, apatahlagi jika yang rasuah itu ialah dari kalangan bangsa kita sendiri
yang telah menipu kita selama ini.
Apabila Warisan
menang di Sabah, Pakatan Harapan menang di Semenanjung dan mereka yang menang
di Sarawak boleh menyertakan Warisan dan Pakatan Harapan untuk menubuhkan
kerajaan pusat maka dapatlah kita hapuskan segala gejala yang menyusahkan
rakyat seperti GST, dapatlah kita membaiki institusi amanah yang kini sudah
ternoda, dan dapatlah kita menuntut balik harta kita yang disita atau dirampas
di Amerika Syarikat, di Singapura, di Switzerland, di mana saja, termasuk di
Bali, di mana sebuah kapal termahal milik Jho Teik Low bersembunyi.
KITA PERLU MENJADI BANGSA YANG BERANI BERUBAH
KERANA SUDAH TERLALU LAMA PERASAAN TAKUT KITA DISALAHGUNAKAN OLEH MEREKA YANG
KITA PERCAYAI UNTUK MEMBANGSATKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA KITA SENDIRI.
Dipetik daripada
blog sanusijunid.blogspot.my bertarikh 02 Mac 2018.
Comments
Post a Comment