IJOK: SPRM TANGKAP DUA DATUK TAPI KE MANA MENGHILANGNYA DATUK SERI KHAIRUDDIN ABU HASSAN???
Ketika pendedahan dibuat oleh
beberapa pihak tentang skandal tanah peneroka Ijok, nama Datuk Seri Khairuddin
Abu Hassan turut disebut sama. Khairuddin merupakan antara orang yang terlibat
dalam pengambilan tanah peneroka dan kemudian menjualnya kepada pihak ketiga.
Datuk Seri Khairuddin
bagaimanapun cuba menafikan pembabitannya dan menolak andaian serta
pendedahan-pendedahan yang dibuat terutamanya oleh portal Selangor-Leaks.com.
Bahkan, Datuk Seri Khairuddin mengancam untuk menyaman sesiapa sahaja yang cuba
mengaitkannya dengan skandal tanah peneroka itu walaupun pada masa yang sama,
dia turut membela Datuk Seri Azmin Ali dalam isu yang sama.
Terbaharu, Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan enam orang dalam satu operasi besar yang
berkaitan dengan urusniaga tanah Ijok.
Sumber-sumber menyatakan, mereka
yang ditahan termasuklah pemilik dua syarikat 'kroni' selain pemilik-pemilik
serta pengurusan firma perunding pihak ketika yang dipercayai telah menerima
sekurang-kurangnya RM260 juta daripada RM1,18 bilion bayaran untuk kesemua plot
tanah di Ijok.
Sekurang-kurangnya lima buah
syarikat menjadi sasaran dalam operai tersebut.
Menurut sumber lagi, SPRM masih
lagi memburu seorang Datuk yang dipercayai telah melarikan diri ke negara jiran
sebelum serbuan itu dilakukan.
SPRM telah mengesahkan
penangkapan berkenaan.
Menurut laporan, tanah di Ijok,
Selangor telah dianugerahkan kepada para peneroka lebih 20 tahun lalu menerusi
program Kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Dua syarikat yang mempunyai
kaitan dengan Khairudin Abu Hassan - LBCN Development Sdn. Bhd dan Mujur Zaman
Sdn. Bhd - telah memperolehi kebenaran untuk memajukan tanah peneroka itu pada
tahun 1998 tetapi telah gagal membina rumah dan wang pampasan RM180,000
sebagaimana yang dijanjikan.
Pada 2009, Menteri Besar Selangor
pada waktu itu, Tan Sri Khalid Ibrahim merampas tanah tersebut dairpada
syarikat pemaju mengakibatkan kedua-dua syarikat tidak berpuas hati dan
mengheret Kerajaan Negeri ke mahkamah tetapi kalah. Syarikat pemaju tersebut
kemudian membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.
Pada 2016, Azmin Ali yang berjaya
menggulingkan Khalid Ibrahim menfailkan perjanjian penyelesaian dan menyerahkan
kembali tanah tersebut kepada kedua-dua syarikat tanpa menunggu keputusan
Mahkamah Persekutuan dan walaupun sebelum itu, mahkamah telah memenangkan
Kerajaan Negeri Selangor.
ABJ: Dengar-dengar tanah Ijok dijual kepada pihak ketiga dengan harga
RM1.18 bilion. Benarkah SPRM?
Comments
Post a Comment