JEMBALANG, BERITA PALSU DAN PROPAGANDA
Sejak beberapa hari kebelakangan
ini, muncul satu jembalang yang dikatakan sangat menakutkan. Sangat bahaya
kepada negara dan rakyat jelata. Darjah bahayanya memaksa banyak pihak bercakap
tentang jembalang ini. Jembalang yang dimaksudkan ialah berita palsu.
Pada zaman moden apa lagi semakin
hampir dengan pilihan raya, berita palsu diangkat sebagai jembalang yang mesti
diperangi oleh semua pihak; pihak kerajaan dan penentangnya. Selepas mengikuti
semua pandangan, sesuailah dipanggil jembalang kerana semuanya menolak
jembalang ini.
Joseph Goebbels (kanan) dan
Hitler
Sesuatu yang palsu wujud selepas
tidak wujud lagi yang asli. Yang palsu selalunya menggantikan yang asli dalam
satu vakum. Maka untuk mengekang atau membanteras berita palsu perlulah
perbanyakkan berita asli. Tujuannya supaya vakum itu terisi dengan yang benar
dan asli, tidak ada tempat untuk yang palsu.
Bagaimanapun dalam politik,
berita yang dikatakan palsu sukar untuk dicegah kerana inilah elemen asas bahan
propaganda. Propaganda ialah satu seni mengalih persepsi dan keterujaan manusia
kepada satu yang lain. Propaganda adalah kepalsuan yang diperagakan atau
dipersembahkan seolah-olah benar.
Tidak ada politik yang menolak
peri pentingnya propaganda. Propaganda ini berbagai-bagai yang tujuannya untuk
menarik perhatian kemudian mengalih perhatian. Kepalsuan dalam konteks maklumat
sebenarnya lebih luas berbanding berita palsu.
Kepalsuan dalam menyalurkan
maklumat adalah bapa segala jembalang.
Inilah yang dikerjakan oleh tokoh propaganda agung dunia, Joseph
Goebbels. Ini satu seni yang menuntut kemahiran dan ketinggian pemikiran untuk
mengubah warna bulan menjadi biru dan biru itu dipercayai oleh rakyat sebagai
satu kebenaran.
ABJ banyak membaca tentang Joseph
Goebbels sejak lama dulu. Terpikat dengan pendekatan propagandanya dan tidak
hairanlah kalau Adolf Hitler memberi kepercayaan kepada Goebbels sebagai
Menteri Propaganda. Sebagai Menteri Propaganda tugas utamanya ialah menjadikan
berita atau maklumat palsu seolah-olah benar.
Kejayaan doktrin Nazi yang
dicetuskan oleh Hitler antaranya disumbangkan oleh Goebbels. Dia bergabung
secara rasminya dengan Nazi tahun 1924 dan dilantik sebagai Menteri Propaganda.
Dia seorang strategis yang cukup luar biasa untuk menjayakan matlamatnya.
Untuk menjadi seorang propagandis
yang hebat bukanlah mudah. Propagandis jangan disamakan dengan samseng, gedebe
atau cybertrooper yang tidak mengaplikasikan pengetahuan yang luas dalam perang
psikologi (psy-war).
Sebagai seorang propagandis,
Goebbels disegani oleh banyak kawan dan lawan, malah ilmuwan sejak dulu hingga
sekarang menyanjungi kepintarannya. Ini kerana Goebbels dianggap sebagai
pelopor dan pengembang teknik propaganda moden. Teknik pembohongan yang
dipelopori memberikan kejayaan besar apabila penafian yang palsu akhirnya
diterima sebagai kebenaran. Kebenaran pula dinafikan seolah-olah rekaan.
Sebagai Menteri Propaganda,
Goebbels menyebarluaskan propaganda melalui media. Perkara ini dilakukan
berulang-ulang hingga secara psikologinya kepercayaan rakyat berjaya diubah
daripada mempercayai suatu yang benar kepada yang direka.
Media utama Goebbels ketika itu
ialah radio gelombang pendek dan filem. Kesan sebaran radio gelombang pendek
sangat luar biasa hingga hampir separuh dari dunia mendapat propaganda doktrin
Nazi. Hanya dengan menggunakan radio dan filem sahaja Nazi sudah menakluki
separuh dari dunia.
ABJ: Senang cakap begini sajalah, oleh kerana politik dan propaganda
bagai saudara kembar, abang adik yang tidak dapat dipisahkan, berita palsu, maklumat tidak tepat tetap ada dalam sesuatu kelompok
politik. Mustahil ada pergerakan politik
yang tidak ada propaganda. Kalau ada propaganda, itulah elemen-elemennya; menyebar berita palsu.
Comments
Post a Comment