MISI SELAMATKAN TANAH IJOK!
Masih ingatkah bagaimana Menteri
Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menolak untuk menandatangani Ikrar Bebas
Rasuah (IBR) yang menyeru rakyat untuk bersama-sama Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) mencegah gejala rasuah. Ketika itu ramai pihak
terpinga-pinga dengan tindakan Azmin Ali tersebut.
Kini skandal tanah Ijok semakin
panas enam lagi individu direman empat hari untuk membantu siasatan berhubung
isu penjualan tanah milik kerajaan Selangor di Mukim Ijok. SPRM akan menyiasat
keenam-enam suspek itu sehingga Sabtu ini.
Peneroka tanah Ijok merupakan
pihak yang teraniaya dalam isu penjualan tanah seluas 880 hektar kepada
syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion itu. Mereka dapat menarik nafas
lega dengan campur tangan SPRM dalam skandal tersebut.
Peneroka tanah Ijok amat
mengalu-alukan tindakan SPRM menahan individu-individu yang disyaki terlibat
berkaitan kes penjualan tanah di kawasan tersebut. Bagi mereka, pihak SPRM juga
sepatutnya menahan serta membekukan harta dan akaun pihak-pihak lain yang ada
hubung kait dengan transaksi terbabit.
Para peneroka mahu agar pihak
SPRM turut menyiasat dan membekukan harta dan akaun Pemerbadanan Menteri Besar
(MBI) Selangor sebagai perantara yang turut sama dapat manafaat tanah 1,000
ekar yang asalnya hak peneroka.
Pasukan penyiasat sebenarnya
telah membeku sembilan akaun peribadi dan syarikat bernilai RM39 juta milik
semua suspek yang ditahan bagi membantu siasatan namun tidak pasti samada harta
dan akuan MBI turut sama dibekukan.
Siasatan pihak SPRM merangkumi
penerimaan bayaran menerusi transaksi wang kira-kira RM200 juta kepada lima
syarikat iaitu masing-masing menerima lebih kurang RM68 juta, RM62 juta, RM42
juta, RM16.5 juta dan RM8.5 juta.
SPRM turut merampas beberapa
dokumen penting daripada tiga syarikat berkaitan bagi membantu siasatan.
Seorang lagi pengarah syarikat bergelar Datuk, yang dipercayai berada di luar
negara sedang dalam radar SPRM. Menurut desas desus, Datuk tersebut merupakan
individu yang sentiasa mengitar semula isu 1MDB dan suami kepada seorang artis
tanahair.
Semoga nasib peneroka Ijok akan
mendapat pembelaan yang sepatutnya. Nasib peneroka Ijok bagaikan
jatuh ditimpa tangga. Ini memang menjadi pengajaran yang cukup mahal untuk
rakyat Ijok.
ABJ: Siasatlah SPRM, demi kepentingan rakyat dan bukan kepentingan
politik. SPRM badab bebas.
Comments
Post a Comment