RUU
Khabarnya RUU Anti Berita Tidak
Benar telah dibentangkan di Parlimen. Baguslah. Harapnya nanti tak ada lagi
berita tak benar yang disebarkan di negara ini. Harapnya nanti segala maklumat
yang keluar dari mulut rakyat negara ini atau yang mereka tulis atau post di
media konvensional atau media sosial hanyalah berita benar belaka.
ABJ nak cadangkan juga
dibentangkan nanti RUU Anti Bangang. Selain daripada berita tak benar,
kebangangan juga adalah gejala yang merosakkan masyarakat. Mereka yang bangang
dalam masyarakat akan menjangkitkan kebangangan mereka kepada ahli masyarakat
yang lain, khususnya yang sama bangang dengan mereka. Oleh itu jelaslah kepada
kita bahawa kebangangan adalah penyakit kronik yang merosakkan.
Kebangangan wujud di mana-mana
terutamanya dalam kalangan orang yang telah dewasa. Kalau budak2 buat bodoh,
nampak manis dan boleh diterima. Kalau orang dewasa, apatah lagi yang telah tua
nak mampus buat bodoh, terus nampak bangang dan menjengkelkan. Sedara ABJ
sendiri pun ada yang bangang ini. Dan bahaya sebab dia telah berjaya
menyebarkan kebangangan ini kepada beberapa sedara yang lain. ABJ yakin dia dan
anaknya baca posting ini, dan mereka sama-sama bangang.
Oleh itu ABJ ingin cadangkan agar
kerajaan jangan berlengah lagi untuk membentangkan malah melulus dan mewartakan
RUU Anti Bangang di negara tercinta ini.
ABJ: Hidup berkat tanpa
bangang!!!
Comments
Post a Comment