TAHNIAH TAN SRI APANDI
Keadilan menjelma jua akhirnya.
Pejabat Peguam Negara dilapor
sudah memfailkan rayuan terhadap hukuman ringan sekadar bon berkelakuan baik
selama 5 tahun dengan jaminan RM20 ribu yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen
Petaling Jaya terhadap Datin Rozita Mohamed Ali yang mengaku bersalah mendatangkan
kecederaan parah kepada pembantu rumahnya.
Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali
mengesahkan bahawa beliau telah mengarahkan rayuan difailkan terhadap keputusan
mahkamah yang mencetuskan kemarahan orangramai itu.
Saya difahamkan notis rayuan
sudah pun difailkan, kata beliau.
Sesungguhnya berita pemfailan
rayuan oleh Pejabat Peguam Negara ini tentu saja memberi kelegaan kepada
sesiapa juga yang cintakan keadilan dan membenci keganasan serta ketidakadilan.
Tidak kira siapa pun - orang
kaya, banyak harta dan bergelar Datin atau tinggal di kayangan sekali pun - ia
bukanlah lesen untuk mereka melakukan kezaliman, penderaan dan kekerasan
sehingga mendatangkan kecederaan kepada manusia yang lain.
Diharapkan dengan adanya rayuan
dan perbicaraan semula nanti, keadilan dapat
dikembalikan dan Datin berkenaan akan menerima hukuman yang sewajarnya,
sesuai dengan kesalahan yang dilakukannya.
Sudah tentu juga hakim Mahkamah
Tinggi yang mendengar perbicaraan nanti akan lebih berhati-hati dan meneliti
semua aspek sebelum menjatuhkan hukuman yang setimpal.
Sementara itu, sebuah petisyen
dalam talian turut diwujudkan untuk
mendesak hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap Datin berkenaan.
Sehingga ini hampir 20 ribu sudah
menandatangi petisyen tersebut dan dijangka jumlahnya akan terus meningkat dalam
tempoh beberapa jam lagi.
Kepada yang belum berbuat
demikian, petisyen juga boleh ditandatangani di sini https://www.change.org/p/dato-equal-justice
Dengan semua perkembangan ini,
tiada lain yang diharapkan selain keadilan, keadilan dan keadilan.
ABJ: Alhamdulillah... Semoga Tan Sri Apandi terus diberi kekuatan untuk mengarahkan rayuan difailkan terhadap kes seperti SRC international dan 1MDB dan siasatan kes bawa isteri orang ke luar negara. Arrr...
Comments
Post a Comment