CUCUK-CUCUK PETA
Apa sebenarnya isu dengan tanah
di Ijok yang setakat ini menyebabkan 6 individu ditahan SPRM? Ia adalah tentang ketidak adilan yang berlaku
terhadap peneroka dimana sementara Azmin dilihat berjaya menyelesaikan masalah
tanah itu dengan peneroka menerima pampasan dalam bentuk wang tunai dan rumah,
dalam masa yang sama ada syarikat dan individu dapat berbelas hingga beratus
juta ringgit setiap satu hasil dari ‘penyelesaian’ tersebut.
Sebelum itu, kerajaan negeri
bersetuju menarik diri dalam kes saman dua syarikat yang diberi hak milik tanah
itu di Mahkamah Persekutuan sekalipun berpeluang untuk mendapat semula tanah
tersebut setelah menang di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Itu isunya, yang Azmin
cucuk-cucuk peta di persidangan DUN kenapa?
Peta tu takde kena mengena dengan syarikat yang dapat RM 46 juta, ada RM
40 juta malah ada individu dapat RM 15 juta seorang dia saja!! Peneroka dapatlah rumah dan tanah RM 500,000
itu pun baru dinaikkan setelah pendedahan dibuat.
Dengan apa cara mencucuk-cucuk
peta di sidang DUN boleh menjawab persoalan tersebut?
Tak sapa persoal tanah itu dah
berubah seperti dipeta atau tidak, yang dipersoalkan ialah, kenapa peneroka
dapat ‘kacang’, orang yang tak berkenaan pulak berjaya jadi jutawan hanya dalam
satu malam – perumpamaan la ni.
Beginilah cara orang politik bila
terhimpit dengan masalah, pertikai perkara yang tak sapa pun jadikan isu. Muka confident macam biasa sekalipun semua
orang tak nampak dimana yang kena mengenanya.
Masa menerangkan Selangor kononnya takde masalah air kerana empangan
penuh pun macam itu juga, muka confident sekalipun semua orang tahu yang
dipersoalkan bekalan air terawat bukan air mentah dari empangan.
Tak hairanlah sehingga artikel
ini ditulis, sudah lebih 500 orang peneroka dari keseluruhan lebih 900 orang
yang menyaman kerajaan negeri di Mahkamah sebab berasakan mereka tertipu.
ABJ: YB MB geram kat siapalah tu.Kesian peta dicucuk-cucuk.
Comments
Post a Comment