YB IMPIAN: LUASKAN IMAGINASI ANDA!



Siapakah individu yang bukan ahli politik tetapi mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang bagus dan elok diketengahkan sebagai calon wakil rakyat?

Ketika bahang pilihan raya semakin dirasai ketika ini, ramai yang mengimpikan seseorang yang mereka minat, suka mahupun harapkan dapat menjadi calon pilihan raya.

Kalau anda minat si 'dia' dan beliau menjadi calon pilihan raya, pasti anda sudah membuat keputusan siapa yang bakal anda pilih nanti.

Bagi ABJ, YB impian haruslah mempunyai ciri-ciri seorang yang boleh di pilih sebagai calon pilihanraya:-

  1. Berkelulusan pendidikan sekurang kelulusan diploma dan terbaik punya kelulusan Phd atau Master dan kelulusan profesional.. Doctor, Jurutera, Ahli Sains, Peguam dll. Relaven.. Tugas seorang Ahli Parlimen dan DUN ialah membuat undang-undang yang dibentangkan oleh Parti Pemerintah.
  2. Dimasa mudanya pernah terlibat dalam kerjasukarela saperti pemimpin Persatuan Belia, Persatuan Sukan dan NGO@pertubuhan bukan kerajaan yang lain khasnya dalam NGO bercorak kebajikan.
  3. Telah menunjukan seorang warganegara yang baik. Saman JPJ/Polis bawah dari 20 saman. Tiada pernah didakwa dalam mana-mana mahkamah. Seorang pembayar cukai pendapatan dan syarikat yang beterusan.
  4. Jika dia seorang Ketua atau pemimpin parti politik.. .telah menang dengan undi popular sekurangnya 55% jawatan itu dan diketahui tidak menggunakan wang dan melanggar etika parti.
  5. Dikalangan pengundi setempat sejak berapa tahun dahulu tidak menjadi rahasia dimana rumahnya, Jika boleh rumahnya dalam kawasan pilihanraya. apa pekerjaan dan juga jika dia seorang bisnesman. Ada pejabat ' dan punya kakitangan.
  6. Menunjukan sikap yang tidak rasis. Jika dia ada media sosial saperti facebook, twetter atau blog.. penulisannya tidak membangkit marah, persengketaan agama, bangsa dan berbezaan pendapat. Dan tidak menulis akan kisah kekayaannya, percutian atau apa dia makan, ringkasannya 'kemewahan' kehidupannya. Tidak datang keluarga yang bermasalah dan kesihatan didapati baik sejak 5 tahun yang lalu.
  7. Seorang yang diketahui mempunya hanya ada dua no telefon. Sejak dahulu akan mengambil panggilan walau nama tidak di set dalam hpnya atau akan menalipon balas. Menjawab setiap msg dalam whatsap dalam masa singkat. Jika lebih dari 24 jam makna telefon itu jarang digunakan.
  8. Jika seorang beragama apa pun.. Memang sudah diketahui umum dalam kawasan pilihanraya.. Selalu nampak di surau dan masjid, Pergi ke kuil dan temple, gereja dan sebagainya.
  9. Bagi calon Melayu, dimestikan tahu bercakap dan menulis sekurang dua bahasa ia itu Bahasa Melayu dan Inggeris. Bagi bukan Melayu dimestikan mempunyai pengetahuan tiga bahasa.
  10. Akhir sekali, calon mestilah mempunyai tahap integriti yang tinggi, serta tidak akan mudah terpengaruh dengan gejala rasuah. Percayalah hanya calon yang berintegriti dan bebas rasuah sahaja dapat dijadikan sebagai pemimpin yang mampu meminimumkan soal ketirisan, terutamanya dalam agenda pembangunan negara.


ABJ: Maka calon yang anda pilih.. Jika hanya dapat 6 point adalah 'lemah', Jika anda dapat sehingga 8 point adalah 'baik', jika dapat 10 point adalah terbaik. Jika dapat bawah 5 point., sudah pasti dia calon yang kalah..


Comments

Popular posts from this blog

21 SOALAN BUAT TAN SRI DZULKIFLI AHMAD

TAHNIAH DATUK SERI TUN ABD. MAJID

RASUAH POLITIK DAN POLITIKKAN RASUAH