21 SOALAN BUAT TAN SRI DZULKIFLI AHMAD
Tidak ramai yang mengetahui apakah lagi
peranan dan tindakan Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebelum dan ketika memegang
jawatan KP SPRM yang boleh dipertikaikan?
Soalan-soalan di bawah ini akan membolehkan khalayak umum untuk menilai
sendiri sama ada beliau sememangnya layak, masih layak atau tidak layak lagi
menggalas jawatan sebagai KP SPRM.
21 soalan yang ditanya ini
melibatkan 5 soalan sebelum menjadi KP
SPRM dan baki 16 soalan lagi ketika beliau menjadi KP SPRM termasuklah 3 soalan berkaitan video Skandal Bali. Soalan-soalan ini tidak dikhususkan mengenai
isu moralnya sebagai KP SPRM berikutan pendedahan video Skandal Bali itu bahkah
turut menjurus kepada beberapa tindakannya sebelum dan semasa menjadi KP SPRM
yang diragui integritinya serta menjejaskan kredibilitinya sebagai KP
SPRM.
Penafian yang meyakinkan ke atas
semua soalan di bawah ini akan membuktikan keikhlasan dan integriti beliau
untuk terus memikul amanah dan tanggungjawab kepada agama, masyarakat dan
negara. Jawapan-jawapan yang diberikan itu akan memberi kesempatan kepada
masyarakat khususnya Pegawai SPRM untuk menilai sama ada beliau adalah mutiara
integriti yang diperlukan oleh negara ini atau beliau adalah KP BPR/SPRM yang
paling teruk dalam sejarah 50 tahun penubuhan BPR/SPRM. Soalan-soalan itu
adalah:
1.
YA
atau TIDAK sebelum menjadi KP SPRM, beliau pernah ke Indonesia menemui
Nik Faisal Ariff Kamil, Pengarah Urusan SRC International untuk memberikan
panduan dalam menghadapi soalan-soalan SPRM berkaitan kes siasatan SPRM
terhadap syarikat berkenaan? Adakah ini SOP baru Jabatan Peguam Negara untuk setiap
Timbalan Pendakwa Raya membantu suspek siasatan? Bukankah perbuatan sebegini umpama “gunting
dalam lipatan”?
2.
YA
atau TIDAK sebelum menjadi KP SPRM, beliau pernah pergi ke Bangkok untuk
menemui wakil PetroSaudi, Patrick Mahony? Adakah tujuan ke sana bagi
membincangkan kes 1MDB selepas Xavier Justo mendedahkan sesuatu yang
mengejutkan sebelum itu? Bukankah kes
IMDB disiasat oleh Polis manakala kes melibatkan SRC International pula telah
diarahkan tutup sebelum itu? Mengapa beliau masih perlu menemui wakil
PetroSaudi itu?
3.
YA
atau TIDAK sebelum menjadi KP SPRM, beliau melalui Datuk V (turut berada
di pentas semasa Majlis Perasmian Kompleks Ibu Pejabat SPRM Presint 7) pernah bersama-sama
“Dann Idris” menemui isteri MO1 bagi membincangkan kes melibatkan MO1? Bukankah
pertemuan ini merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi
1972?
4.
YA
atau TIDAK sebelum menjadi KP SPRM, beliaulah Timbalan Pendakwa Raya
yang mengkaji kes siasatan SPRM terhadap SRC International dan seterusnya
mengesyorkan “Tiada Kes” dalam kes tersebut?
Mengambil kira Soalan 1 dan 2 di atas, tidak menghairankan sekiranya
beliau memutuskan “Tiada Kes”’ terhadap Pegawai Kanan SRC International dan MO1
sedangkan Panel Penilaian Operasi SPRM yang terdiri dari kalangan profesional
dan mereka yang tidak berkepentingan serta dilantik pula oleh Perdana Menteri turut
bersetuju dengan hasil siasatan yang diperoleh SPRM.
5.
YA
atau TIDAK sebelum menjadi KP SPRM dan sebelum Peguam Negara membuat
sidang media mengumumkan siasatan SPRM terhadap SRC International itu “Tiada Kes” dan “Kes Ditutup”, beliau telah
terlebih dahulu menemui dan merujuk draf kenyataan media berkaitan kepada
isteri MO1 untuk persetujuan? Natijah daripada peranannya itu, satu “ganjaran”
penting menantinya di atas sumbangan besar yang telah diberikan... iaitu JAWATAN
KP SPRM.
Walau apa hujah dan
alasan beliau mempertahankan keputusan yang dibuat, satu dunia kini telah
mengetahui bahawa jumlah yang sebenarnya masuk ke dalam akaun peribadi MO1
bukan lagi RM42 juta sebagaimana diketahui umum sebelum itu, sebaliknya adalah RM69
juta berdasarkan carta yang ditunjukkan oleh Peguam Negara dalam sidang media.
Walaupun jumlah begitu besar telah dimasukkan dalam akaun peribadi MO1, adakah
itu masih lagi dianggap “Tiada Kes”?
Andai
kata KP SPRM dengan suci hati dan penuh yakin menjawab “TIDAK” bagi kesemua soalan 1 hingga 5 di atas, maka pelantikan
beliau sebagai KP SPRM TIDAK PERLU
DIRAGUI lagi. Namun, sekiranya
terdapat walaupun satu “YA” bagi
mana-mana soalan di atas, maka jelaslah bahawa beliau itu sebenarnya tidak
layak untuk memegang jawatan KP SPRM dan merupakan calon pilihan isteri MO1 untuk menggantikan KP
SPRM yang “secara sukarelanya terpaksa” memendekkan kontrak perkhidmatannya
lebih awal pada 31 Julai 2016. Bahkan
calon terbaik dan yang telah dipersetujui awal oleh MO1 juga telah ditolak
menjadi Ketua Pengarah Imigresen bagi memberi laluan kepada calon pilihan
isteri MO1 itu.
Ini
juga bermakna tidak perlu lagi bagi beliau untuk menjawab soalan-soalan
seterusnya kerana hakikatnya beliau dari mula lagi telah memiliki integriti
yang jelas diragui. Andai kata KP SPRM
dengan suci hati dan penuh yakin menjawab “TIDAK”,
maka dipersilakan untuk menjawab soalan-soalan berikutnya.
6.
YA
atau TIDAK semasa menjadi KP SPRM, beliau pernah berada di Riyadh untuk
menemui Jho Low seterusnya ke Jeddah untuk
menunaikan umrah dengan menaiki pesawat peribadi milik Jho Low? Bukankah ini satu bentuk suapan dan juga satu
kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Kesiksaan?
7.
YA
atau TIDAK semasa menjadi KP SPRM, beliau pernah pergi ke USA
bersama-sama dengan seorang peguam ternama untuk menemui beberapa pihak di
USA? Apa agaknya urusan di sana? Adakah untuk memohon agar siasatan IMDB dapat
“diperlahankan” sehingga selesai PRU ke-14? Patutlah perakuan SPPK sehingga ke
hari ini pun MO1 tak mahu persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Rupanya ada sebab mengapa KP SPRM ini
dipertahankan sedemikian rupa.
8.
YA
atau TIDAK semasa menjadi KP SPRM dan semasa hendak ke USA melalui
India, beliau keluar dari KLIA tanpa menggunakan autogate bagi mengelakkan pasportnya dikesan dan misi rahsianya
diketahui? Nampaknya beliau banyak
belajar dari kesilapan terdahulu semasa dalam misi rahsia di Bali.
KP SPRM janganlah risau
sangat. Individu yang gemar membuat pendedahan sensasi sebegini dengan
imaginasi yang sungguh luar biasa adalah RPK yang duduknya nun jauh di kota
London Walaupun duduk belasan ribu
kilometer dari Malaysia, kehebatan RPK dalam isu-isu SPRM cukup mengagumkan
sehingga mampu “nampak” dan pernah menulis bahawa Pengurusan Tertinggi SPRM
“perang besar” dengan salah seorang Pengarah SPRM yang pernah “ditukarkan
sementara” ke JPM.
RPK pasca selesainya
kes SRC International kini telah berubah dan menjadi “mesra SPRM” sejak berada
dalam senarai payroll Tan Sri HR.
Tidak pernah dalam sejarah SPRM, RPK memuji dan mengimaginasikan KP SPRM
sedemikian rupa kecuali KP SPRM yang ada sekarang. Kalau tak percaya, baca sahaja penulisan RPK
di blognya mengenai KP SPRM kebelakangan ini.
Sebelum terlupa, jadi tak RPK membuka akaun di Paris bersama-sama
Pengerusi LPPR SPRM bagi memudahkan dana disalurkan?
9.
YA
atau TIDAK semasa menjadi KP SPRM, beliau pernah menerima wang tunai sebanyak
RM300,000.00 daripada seorang Ahli Parlimen dari Kedah? Dimanakah duit itu dan untuk tujuan apa
diberikan; untuk Program Ziarah Kasih
atau digunakan untuk “memadu kasih”? Bukankah ini satu bentuk suapan
memandangkan Ahli Parlimen tersebut pernah disiasat SPRM? Sekurang-kurangnya MO1 berani membuat
pengumuman untuk “menderma” sebanyak RM5 juta kepada Yayasan Prihatin SPRM
berbanding Ahli Parlimen berkenaan.
10.
YA
atau TIDAK semasa menjadi KP SPRM, beliau telah mewujudkan Think Tank Operation (TTO) terdiri
daripada Pegawai-pegawai SPRM yang young,
ambitious and overzelous termasuk
“Dann Idris” bagi mencatur tindakan
operasi SPRM dalam mencapai impian “satu minggu satu tindakan, satu minggu satu
pertuduhan”? Setiap tindakan operasi
SPRM perlu mendapat clearance daripada
TTO hingga menyebabkan banyak kes lain
yang berkualiti terpaksa menunggu lama sebelum boleh diambil sebarang
tindakan. Bukankah beliau pernah
menyebut beberapa kali bahawa SPRM sekarang lebih hebat mengalahkan selebriti
kesan daripada tindakan-tindakan operasi yang dicatur oleh TTO ini? Kegilaan inilah yang menyebabkan SPRM kini
dipandang masyarakat sebagai agensi yang mengejar populariti dan bukannya lagi
agensi yang berjuang untuk integriti.
11.
YA
atau TIDAK semasa menjadi KP SPRM, beliau pernah membuat kenyataan media
bahawa SPRM tidak akan mengambil apa-apa tindakan yang melibatkan ahli-ahli
politik sebelum PRU ke-14 agar kelak tidak disalahtafsir atau dipolitikkan? Sebaliknya selepas kenyataan dibuat, semakin
galak pula SPRM mengambil tindakan di Pulau Pinang dan Selangor. Di Sabah pula, tindakan diambilnya kerana
kepemimpinan SPRM sebelum beliau telah “gagal” untuk bertindak dengan sepatutnya. Bukankah bekas Menteri Kabinet itu telah
“mula diekori” sejak beliau menubuhkan parti baru. Sepanjang menjadi KP SPRM
beliau kerap ke Sabah berbanding negeri lain.
Untuk apa agaknya dan berapa banyak pula kos penginapan bilik suite yang
sentiasa menjadi pilihannya.
Siakap Senohong Gelama
Ikan Duri, bercakap bohong...layakkah lagi jadi KP?
Apa khabar agaknya kes
siasatan melibatkan seorang Ahli Parlimen Kerajaan dari Sabah yang dikatakan
menerima lebih RM6 juta melalui akaun isteri selebritinya? Dengarnya lama
terperap sebagai “cabinet decision”.
Agak-agaknya boleh luluskah tapisan integriti ke atas Ahli Parlimen
berkenaan sebagaimana diumumkan oleh TPM baru-baru ini bagi membolehkannya bertanding
semula dalam PRU ke-14 nanti?
12.
YA
atau TIDAK semasa menjadi KP SPRM, beliau pernah terlibat dalam
mencaturkan perubahan kepemimpinan dalam PDRM sehingga KPN sedia ada ketika itu
terpaksa beralih bidang bagi “memastikan tiada ancaman keganasan dalam industri
rel”? Ikut kekananan, orang nombor 2
yang patut jadi KPN, tetapi akhirnya orang nombor 5 atau 6 dalam PDRM yang
menjadi KPN? “Dann Idris” perlu berhati-hati dan perlu bijak “menyimpan rahsia”
serta jangan terlalu berlagak bercakap sesedap hati.
13.
YA
atau TIDAK semasa menjadi KP SPRM, beliau telah mengarahkan agar “Dann
Idris” dibekalkan dengan bogus IC
walaupun ia bertentangan dengan SOP yang diguna pakai oleh SPRM selama
ini? Bogus
IC itu pula pernah digunakan oleh “Dann Idris” bagi mengelirukan anggota penguat kuasa agama
ketika beliau ditangkap khalwat oleh JAIS pada bulan Disember tahun lepas.
Bukankah penggunaan bogus IC yang
dibekalkan bagi tujuan operasi ini telah disalahgunakan dengan
sewenang-wenangnya bagi maksud peribadi “Dann Idris”?
Sehingga kini adakah
apa-apa tindakan yang telah diambil atau adakah Bahagian bertanggungjawab telah
menerima “arahan khusus” daripada KP SPRM untuk menutup isu itu? Jangan kerana
dek Jusa C yang masih belum confirm,
Pengarah Bahagian berkaitan takut untuk bertindak dan menjadikan alasan ‘surat
layang” tidak akan dilayan. Bukankah
selama ini, banyak maklumat SPRM bersumberkan dari surat layang?
14.
YA
atau TIDAK semasa menjadi KP SPRM, beliau telah membenarkan supaya dua kenderaan
bagi maksud operasi SPRM didaftarkan menggunakan bogus IC “Dann Idris”?
Peliknya, kenderaan itu tidak pernah digunakan untuk maksud operasi kerana
anak-anak buah “Dann Idris” pun tidak
tahu-menahu tentang kewujudan kenderaan operasi itu. Sebaliknya kenderaan operasi berkaitan banyak
digunakan untuk kegunaan peribadi “Dann Idris” dan pastinya turut dinikmati sama
oleh KP SPRM. Sudah barang pasti juga,
penggunaan minyak untuk semua urusan ditanggung sepenuhnya ihsan oleh Kerajaan
Malaysia.
15. YA
atau TIDAK semasa menjadi KP SPRM, beliau telah bertindak menukarkan
dengan serta-merta seorang Pegawai Kanan SPRM dan beberapa Pegawai lain kerana
telah membuat semakan rekod kewangan ke atas “Dann Idris” kesayangannya dan memberi keterangan yang benar kepada
pegawai penguat kuasa JAIS dalam kes khalwat melibatkan “Dann Idris”? Pastinya Pegawai Kanan SPRM tersebut tidak
akan berani membuat semakan rekod itu tanpa restu daripada Pegawai SPRM yang
lebih kanan. Pastinya juga mereka tidak
mahu dituduh memberikan kenyataan palsu kepada pegawai penguat kuasa agama itu
memandangkan “Dann Idris” bukanlah nama sebenar individu tersebut.
Tugas menyemak rekod
kewangan merupakan tugas biasa bagi mana-mana agensi penguatkuasaan asalkan
terdapat asas-asas yang sah disisi undang-undang untuk berbuat demikian. Namun,
“Dann Idris” ini pula mempunyai peranan berbeza kerana beliau juga dikhabarkan
turut membuat semakan rekod kewangan tanpa asas-asas yang kukuh ke atas mereka
yang dikategorikan sebagai Politically
Exposed Person (PEP) dengan menyelitkan permohonan melibatkan PEP itu
bersama-sama permohonan sah yang lain.
Tidak hairanlah “Dann Idris” ini mempunyai perhubungan secara langsung
dengan individu yang didaftarkan dalam telefon bimbitnya sebagai “Madam”.
16.
YA
atau TIDAK sepanjang menjadi KP SPRM, beliau kerap kali tidak hadir atau
menghantar wakil untuk menghadiri Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri yang
bertanggungjawab mengenai integriti?
Beliau juga enggan menemui Menteri serta mendabik dada mempersoalkan
“siapakah Menteri ini”? Akibat
kebongkakannya itu, Menteri akhirnya
memperkenalkan JITN dan akhirnya semua Pegawai SPRM yang mengetuai Unit
Integriti di Kementerian/Jabatan kini “menganggur” tanpa portfolio setelah
semua jawatan Ketua Unit Integriti di Kementerian/Jabatan bakal dipenuhi oleh
PTD.
17.
YA
atau TIDAK semasa menjadi KP SPRM, beliau pernah mengingatkan Pegawai
SPRM supaya jangan bermimpi beliau akan dikeluarkan dari SPRM kerana beliau
akan kekal memegang jawatan tersebut hingga tahun 2021? Begitu angkuh dan
bongkaknya peringatan tersebut hingga beliau lupa yang meletakkan atau yang
akan menurunkan beliau dari kerusi KP SPRM kelak bukannya MO1 atau isteri MOI
atau inner circle Pejabat MO1 yang
diketuai oleh Tan Sri HR atau Dato’ Seri AAAR.
Lupakah KP SPRM yang pernah
menerima pendidikan agama di Kolej Islam Klang dan UIA kepada Rukun Iman bahawasanya
yang telah menaikkan dan bakal menurunkan beliau kelak adalah ALLAH Yang Maha
Berkuasa? Adakah KP SPRM kini sudah lupa akan lafaz sumpah atas nama Allah yang
telah dibuat beliau di hadapan Yang Di-pertuan Agong pada bulan Ogos 2016 yang
lepas semasa mula-mula memegang jawatan sebagai KP SPRM?
Untuk pengetahuan KP
SPRM, majoriti Pegawai SPRM tidak sahaja termimpi-mimpi melihat beliau
dikeluarkan dari SPRM sebagaimana yang telah beliau peringatkan. Sebaliknya
mereka telah sampai tahap mengigau-igau menanti saat itu agar ia benar-benar
berlaku dengan segera. Kalau ada yang
menyokong sekalipun adalah “sokongan membawa rebah” oleh juak-juak yang telah
diberikan pangkat, penyambungan kontrak, keselesaan kewangan dan kebebasan dalam
melaksanakan program-program yang bersesuaian dengan cita rasa mereka sehingga
ada yang sanggup menghadap KSN dengan memuji “...inilah KP terbaik yang pernah
BPR atau SPRM ada”.
Bukankah juak-juak yang
menyokong itu seronok dengan keuntungan yang diperoleh hasil pelaburan sebanyak
RM30.00 dalam Yayasan Prihatin SPRM di mana setiap anak Pegawai SPRM layak
menerima Busari Pendidikan berjumlah antara RM200.00 hingga RM300.00 seorang? Bayangkanlah kalau seorang Pegawai SPRM mempunyai
lima orang anak yang masih bersekolah dan mempunyai kehidupan sederhana mewah
di Gred P52; mereka layak menerima hingga RM1,500.00, sama banyak dengan bonus
yang diumumkan dalam Bajet 2018. Difahamkan lebih ½ juta dihabiskan untuk
Busari Pendidikan ini sahaja. Siapakah
yang tidak akan kemaruk dengan keuntungan pelaburan sebegini?
Selepas ini tunggu pula
keistimewaan yang bakal diterima oleh Sahabat Gerah yang khabarnya telah
melebihi 100,000 keahliannya. Pastinya selepas ini Restoran Darussalam yang
terdapat hampir di kesemua Presint di Putrajaya akan lebih meriah dan maju
dengan kehadiran lebih ramai pengunjung khususnya dari kalangan Sahabat Gerah
yang bakal diberikan diskaun andai kata Restoran Darussalam diberikan status
Sahabat Gerah kelak. Keahlian Sahabat
Gerah akan menjadi “pisang goreng panas” dan bakal menyaingi keahlian Kad Ceria
yang diperkenalkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Tetapi, bilakah Kad Sahabat Gerah tersebut
boleh diedarkan kepada Sahabat-sahabat Gerah yang telah mendaftar? Dah lama sangat tunggu ni. Dikhuatiri datang KP SPRM yang baru,
dibatalnya pula program Mesra Rakyat hasil buah fikiran KP SPRM sedia ada.
18. YA
atau TIDAK sepanjang menjadi KP SPRM, beliau tidak pernah mengeluarkan
apa-apa kenyataan berhubung dengan siasatan ke atas 1MDB sedangkan di serata
ceruk dunia tindakan jenayah dan sivil telah dimulakan? Mengambil kira soalan 1 hingga 7, tidak
hairanlah mengapa beliau sehingga ke hari ini begitu “setia” dalam mendepani
kes 1MDB. Setiap kesetiaan sudah tentu ada
harganya. Ini terbukti ketika masih di
NRRET, beliau telah dinaikkan pangkat ke Jusa B seterusnya diberikan pula KUP
Jusa A, menjadi KP SPRM pada bulan Ogos 2016 di gred Turus III dan diberikan
KUP Turus II pada bulan Februari 2017 ketika berusia sekitar 50 tahun. Kesemua kenaikan ini adalah dalam tempoh
setahun serta wajar dicemburui dan menjadi
inspirasi kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam.
Tidak cukup dengan itu,
tidak sampai setahun menjadi KP SPRM, dianugerahi pula dengan gelaran Tan Sri. Untuk memastikan kesetiaan yang ada
berkekalan, jawatan Peguam Negara pula sedang menunggu. Peguam Negara yang ada
pun kontraknya akan tamat tahun depan.
Lagipun, bukankah beliau pernah berkata kepada Pegawai SPRM baru-baru
ini “...dengan gred jawatan yang ada, jawatan yang layak baginya selepas ini adalah
Peguam Negara”.
3
soalan terakhir ini akan memfokuskan kepada Video Skandal Bali sahaja.
19. YA atau TIDAK, beliau adalah individu yang dikaitkan
dengan percutian bersama-sama wanita berstatus isteri orang sebagaimana yang
terdapat dalam Video Skandal Bali?
20. YA atau TIDAK, beliau ada membuat permohonan
kepada KSN sebagaimana ditetapkan dalam Pekeliling bagi maksud percutian
persendirian tersebut?
21.
YA atau TIDAK, beliau menggunakan duit persendirian dan bukannya peruntukkan
jabatan bagi maksud percutian itu?
Kesemua 21 soalan di atas
sebenarnya begitu mudah untuk dijawab dan mengambil masa tidak sampai 1 minit
pun untuk menjawabnya. Jawapannya pun
cukup mudah hanya dengan menjawab “YA” atau “TIDAK” dan merupakan soalan-soalan
berbentuk objektif, tidak mengelirukan serta tidak memerlukan analisis yang
mendalam. Anak-anak di Tadika pun mampu menjawab
kesemua soalan ini dengan mudah sekiranya mereka tidak ada knowledge atau pengalaman tentang perkara-perkara yang
dibangkitkan.
Jika ada walau satu jawapan “YA” bagi mana-mana soalan, maka
bolehlah dirumuskan bahawa KP SPRM ini telah hilang moral standing to command MACC dan wajarlah beliau berundur dari memegang jawatan KP SPRM
serta menyerahkannya kepada mereka yang akan mampu untuk memikul amanah jawatan
dan menggalas tanggungjawab undang-undang dengan penuh keikhlasan, berintegriti
tinggi, penuh ketelusan, profesional serta penuh kebertanggungjawaban.
ABJ:
SELAMAT MENJAWAB DALAM KEGERAHAN BUKANNYA DENGAN KEGHAIRAHAN.
Alhamdulillah. Tentu tak lena tidur dia dengan bini baru tu.. Sentiasa mengigau..... Silap-silap kedalam dia...
ReplyDeletePastinya sekarang sedang meroyan ketakutan. Telur pun mungkin kecut habis dah tu
ReplyDeletePastinya sekarang sedang meroyan ketakutan. Telur pun mungkin kecut habis dah tu
ReplyDeleteMalaun ni dah letak jawatan KP SPRM pun. Kita tunggu apa yg seterusnya puloo!!
ReplyDelete