FAKTA HUTANG RM1 TRILION MALAYSIA
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng
membidas bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang dituduh menyamun
duit rakyat kerana cuba menyangkal pengumuman kerajaan bahawa hutang negara
sekarang berjumlah RM1 trilion.
Najib dilaporkan berkata kenyataan
itu “hanya akan menimbulkan keraguan terhadap pasaran kewangan, mengejutkan
agensi penarafan kredit dan menjejaskan keyakinan pelabur dalam institusi
negara seperti Bank Negara Malaysia.”
Kenyataan Lim Guan Eng
“Izinkan saya mengambil
kesempatan ini untuk menerangkan liabiliti bernilai RM1 trilion pada 31 Dis,
2017, seperti yang diumumkan sebelum ini.
“Pertamanya, hutang kerajaan
persekutuan adalah RM686.8 bilion iaitu 50.8 peratus daripada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK).
“Selain itu, kerajaan juga perlu
membayar jaminan kerajaan kepada pelbagai entiti yang gagal untuk membayar
hutangnya.
“Jumlah ini adalah sebanyak
RM199.1 bilion (14.6 peratus daripada KDNK).
“Antara jaminan itu melibatkan
entiti seperti Danainfra Nasional Bhd. (RM42.2 bilion), Govco Holdings Bhd.
(RM8.8 bilion), Prasarana Malaysia Bhd. (RM26.6 bilion), Malaysia Rail-link
Sdn. Bhd. (RM14.5 bilion) serta dianggarkan RM38 bilion untuk 1MDB.”
Menurut Lim, selain jumlah
berkenaan, kerajaan juga dikehendaki untuk menjelaskan pelbagai pajakan untuk
pelbagai projek awam swasta seperti pembinaan sekolah, balai polis, jalan raya
serta lain-lain yang berjumlah RM201.4 bilion (14.9 peratus daripada KDNK).
Meskipun tampuk kepemimpinan
kerajaan persekutuan sudah berubah, namun tanggungjawab dan komitmen terhadap
kewangan negara adalah masih sama.
“Dalam tempoh jangka pendek,
keputusan untuk memberi kebenaran mungkin menimbulkan ketidak selesaan kepada
(bekas perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak.
“Bagaimanapun, kita percaya
bahawa dalam tempoh sederhana, dengan mengakui situasi hutang hari ini,
kerajaan dapat mengambil langkah konkrit untuk mengawal selia dan mengukuhkan
kedudukan kewangan,” katanya.
Menurut Lim, kerajaan baru
Pakatan Harapan akan melaksanakan pentadbiran berdasarkan prinsip-prinsip
kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan (CAT).
“Kami mahu menubuhkan garis dasar
sebenar mengenai keadaan kewangan, mendiagnosis masalah dan kemudian mencadangkan
semua tindakan yang perlu diambil,” katanya.
ABJ: Semoga memberi manfaat.
Comments
Post a Comment