JANGAN LAYAN ZAHID HAMIDI



Sebagaimana yang dilaporkan media, Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi meminta pihak polis memulangkan wang yang dirampas oleh pihak polis dari kondo mewah yang didiami oleh anak Najib Razak yang dikhabarkan berjumlah RM120 juta.

Alasan Zahid berbuat demikian ialah kerana mendakwa wang tersebut merupakan lebihan daripada sumbangan dana kempen pilihanraya umum yang lalu.

Kata beliau lagi, UMNO amat memerlukan wang tersebut bagi keperluan membina semula parti yang baru kalah dan hilang kuasa baru-baru ini.

Hello Zahid Hamidi, benarkah wang tersebut merupakan lebihan  dana kempen pilihanraya?

Jika ia merupakan dana pilihanraya, mengapakah wang itu tidak ditemui di kediaman peribadi Najib di Jalan Duta atau di Seri Perdana?

Mengapakah ia ditemui di kondo mewah anaknya?

Kalau ia dana pilihanraya juga, mengapa Najib tidak menyerahkan lebihan wang itu kepada Bendahari UMNO atau menyimpannya di ibu pejabat UMNO?

Persoalan juga, jika ia dana pilihanraya, mengapakah wang tersebut antaranya dalam bentuk 26 matawang asing?

Mengapakah wang itu ditemui bersama barangan kemas dan intan bernilai yang dianggarkan bernilai RM200 juta serta bersama 284 kotak berisi beg tangan mewah yang juga nilainya berjuta-juta di dua kondo milik anaknya?

Adakah ia sengaja disorokkan di situ atau mahu dibawa lari ke mana-mana benua lain, tetapi hajat itu tidak kesampaian berikutan Tun Mahathir Mohamad lebih cekap dengan dulu menyekat Najib dan Rosmah daripada meninggalkan negara?

Tak mahukah Zahid Hamidi menuntut sekali intan berlian dan beg tangan mewah yang turut dirampas polis itu?

Sebenarnya adalah memalukan apabila Zahid Hamidi mahu menuntut wang tersebut serta mendakwa ia merupakan lebihan dana pilihanraya, sedangkan Najib diketahui umum terpalit dengan skandal mega 1MDB yang menjadi buah mulut di seluruh dunia serta sedang disiasat berkaitan penggubahan wang haram.

Lagi pun, Najib sendiri hanya setelah beberapa hari wang tersebut dirampas oleh polis, barulah beliau mendakwa ia merupakan derma atau dana pilihanraya yang tidak digunakan.

Kenapa tidak awal-awal lagi mengatakan ia derma pilihanraya?

Bagaimana agaknya jika Najib dan Rosmah sempat meninggalkan negara dengan jet peribadi kenalannya yang dipercayai dari Indonesia beberapa hari setelah kehilangan kuasa tempoh hari, adakah mungkin masih ditemui wang berjuta-juta tersebut?

Dalam hal ini, adalah lebih terpuji jika Zahid Hamidi berdiam diri saja dan menyerahkan sepenuhnya kepada penyiasatan pihak polis untuk menentukan kedudukan sebenar wang tersebut.

Dengan meminta pihak polis memulangkan wang tersebut atas alasan ia merupakan derma pilihanraya, walhal siasatan polis belum berakhir lagi, Zahid Hamidi yang baru dilantik menerajui UMNO, dilihat tidak bebas serta masih terkongkong untuk membela serta mempertahankan Najib, bekas bossnya itu.

Cakap-cakap kedai kopi sudah mula kedengaran, jangan-jangan apabila wang itu dikembalikan nanti, ia akan diserahkan semula kepada Najib.

Oleh itu, lebih baik pihak polis jangan layan sama sekali permintaan Zahid Hamidi ini.

Lagi pun, mustahil Zahid Hamidi tidak mempunyai dana sendiri atau tidak mampu untuk menguruskan UMNO!!

ABJ: Sikit2 derma......sikit2 derrrrmaaaa....Ilmu apa yg dipakai sampai ramai sangat tengok jadi kesian asik bagi derrrrmaaa maanjaaanggg ajerrr....??

Comments

Popular posts from this blog

21 SOALAN BUAT TAN SRI DZULKIFLI AHMAD

TAHNIAH DATUK SERI TUN ABD. MAJID

RASUAH POLITIK DAN POLITIKKAN RASUAH