MUNAFIK SI PEMAKAN DEDAK


Terbaca dalam banyak posting pro DSN berkenaan tindakan SPRM membekukan akaun UMNO kerana disyaki terlibat dengan penyelewengan dana 1MDB.

Malah masih ada sisa baki  “troll” (pengacau) dan laskar siber yang menikmati sisa-sisa serbuk dedak  sehingga sanggup menabur fitnah kepada SPRM.

Nampaknya tiada keinsafan langsung di dalam hati troll dalam kemelut jijik yang tercetus akibat kelemahan DSN dan UMNO, mereka lebih rela menjadikan SPRM dan kepimpinan agensi itu sebagai mangsa fitnah.

Mereka yang jujur, ikhlas dan benar-benar berkhidmat untuk negara serta tiada kepentingan peribadi atau terghairah dengan dedak, jika berada di kedudukan TS Abu Kassim, DS Shukri Abdull dan DS Azam Baki , pasti akan turut merasa kecewa.

Ia seolah-olah memperlihatkan usaha gigih dan kejujuran mereka terhadap negara langsung tidak diambil kira. Siang malam siasatan dijalankan.

Sudahlah  sebelum ini, ketika melakukan penyiasatan, tugas mereka diganggu (tahun 2015) oleh pihak berkuasa yang lain, hasil penyiasatan terhadap kes yang dianggap "straightforward" juga menjadi sia-sia akhirnya.

Hanya pemakan dedak yang tidak berasa apa-apa jika mereka diperlakukan seperti TS Abu Kassim, DS Shukri Abdull dan DS Azam Baki.

ABJ ingin bertanya kepada “troll2”, apakah untungnya bagi pegawai kerajaan seperti pegawai SPRM mempunyai niat jahat atau cuba menjatuhkan bekas Perdana Menteri dan UMNO sedangkan mereka bukan ahli politik?

Bukankah lebih baik dan selamat jika mereka berdiam diri dan awal-awal lagi tidak melakukan penyiasatan?

Bukankah kerana sayangkan negara, inginkan kebenaran serta takut kepada Tuhan saja, maka seseorang itu sangggup mengambil risiko menyiasat dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab pada negara?

Kepada SPRM, abaikan sahaja si pemakan dedak ada yang di mana-mana, di luar sana mahu pun di jabatan-jabatan kerajaan.

Syabas SPRM, rakyat tidak sabar untuk menanti langkah seterusnya.

ABJ:If the cap fits, wear it. Siapa makan banyak duit haram, dia lah yang susah berfikir.

Comments

Popular posts from this blog

21 SOALAN BUAT TAN SRI DZULKIFLI AHMAD

TAHNIAH DATUK SERI TUN ABD. MAJID

RASUAH POLITIK DAN POLITIKKAN RASUAH