SELEWENG DANA YAYASAN: NAKHODA BARU UMNO KENA MENGADAP SPRM?
Akhirnya UMNO mendapat nakhoda baru selepas kapal mereka
berlabuh akibat dibadai pengundi pada pilihan raya umum (PRU) lalu.
Keputusan itu sekali gus menjulang Ahli Parlimen Bagan Datuk
itu yang sebelum ini menjalankan tugas pemangku Presiden UMNO sebagai Presiden
UMNO kelapan.
Tetapi malangnya, hari ini juga SPRM telah mengesahkan akan
memanggil seorang pemimpin tertinggi UMNO, berkaitan kes penyelewengan wang
milik sebuah yayasan.
Dikatakan, pemimpin itu adalah antara yang menawarkan diri
untuk bertanding jawatan Presiden UMNO hari ini.
Malah siasatan dijalankan SPRM sejak awal tahun ini
mendapati pemimpin tinggi UMNO itu telah menyalahgunakan wang sebuah yayasan,
di mana beliau menjadi pengerusi.
Beliau disyaki menggunakan lebih RM800,000 dana yayasan
tersebut untuk membayar kad kredit miliknya dan isterinya.
SPRM dipercayai berjaya mengesan beberapa dokumen yang
mencatat maklumat transaksi pembayaran untuk diri dan isteri pemimpin itu.
Penyalahgunaan wang yayasan tersebut bermula pada 2014 lagi.
Pada 2014 dan 2015 beliau didakwa menyalah guna kira-kira
RM800,000 dan pada 2016 pula kira-kira RM55,000 untuk isterinya.
Adakah itu Tuan Presiden baru?Bukankah Tuan Presiden baru
adalah Pengerusi Yayasan Akal Budi?
Jika benar…maka malanglah UMNO…
Seingat ABJ, Zahid Hamidi juga pernah mengesahkan beliau
sudah pun bertemu dengan waris keluarga Diraja Arab Saudi yang memberikan derma
RM2.6bilion. Adakah kerana itu beliau dipanggil SPRM???
Jika Najib didakwa di mahkamah berkaitan wang tersebut, mahu
tidak mahu, Zahid Hamidi juga berkemungkinan akan turut dipanggil sebagai saksi
atau tidak mustahil bakal didakwa sama kerana berbohong dan melindungi salah
laku bekas Perdana Menteri.
Zahid Hamidi hanya mungkin terlepas daripada sebarang
pendakwaan jika beliau dapat membuktikan siapa waris keluarga Diraja Arab Saudi
yang ditemuinya itu dan wang yang diterima Najib adalah daripada sumber
keluarga tersebut.
Tetapi, mampukah Zahid Hamidi menampilkan waris keluarga
Diraja Arab Saudi yang ditemuinya itu, sedangkan bukti-bukti sahih daripada
penyiasat antarabangsa mengesahkan wang
yang dikatakan derma itu sebenarnya berpunca daripada 1MDB dan dimasukkan
oleh sebuah syarikat yang dipunyai Jho
Low?
Tidakkah dengan itu Zahid Hamidi juga berkemungkinan akan
didakwa sama kerana berbohong dan cuba melindungi jenayah yang dilakukan Najib?
Bagaimana jika ketika apa yang mungkin berlaku kepada Zahid
Hamidi itu nanti, beliau pada waktu itu adalah Presiden UMNO?
Tidakkah dengannya, selepas UMNO dimalu serta diaibkan
dengan skandal yang dicipta Najib, parti sekali lagi menerima nasib yang
malang.
Kalau dalam tempoh yang tidak terlalu lama, sampai dua Presiden
UMNO dihadapkan ke mahkamah, bagaimanakah parti mahu menang dalam PRU15 nanti?
Cakap-cakap juga bertiup kencang bahawa kunjungan Zahid
Hamidi bertemu Tun Mahathir pada penghujung Ramadan lalu sebelum pada petangnya
beliau pergi ke Mekah untuk menunaikan umrah adalah untuk meminta kepastian
namanya tidak disekat daripada meninggalkan negara, sama seperti yang dilakukan
kerajaan kepada Najib, Rosmah dan beberapa individu yang lain yang dikaitkan
dengan skandal 1MDB.
Bukankah dengan tindakan Zahid Hamidi itu menunjukkan beliau
sendiri sedar tentang kemungkinan perkara buruk juga bakal menimpanya?
ABJ: Adakah pisah
berbuah dua kali? Kalau sudah demikian keadaan dan kemungkinan yang ada
membazir lagi undi UMNO…
Comments
Post a Comment