LUAHAN PEGAWAI KANAN PDRM..?? TENTANG SKANDAL IGP DAN PENGARAH2 PDRM..???
YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad
Perdana Menteri Malaysia
No. 1, Jalan P8H Precinct 8,
Putrajaya 62250 Malaysia
YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin
bin Haji Mohd. Yassin
Menteri Dalam Negeri
Kementerian Dalam Negeri,
Blok D1, D2 & D9, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran, Kerajaan
Persekutuan,
62546 Putrajaya
Assalammualaikum warahmatullahi
wabaraqatuh dan salam sejahtera Tun dan Tan Sri. Terdahulu saya ingin
mengucapkan ribuan tahniah ke atas kemenangan kerajaan Pakatan Harapan pimpinan
Tun pada pilihanraya ke 14 baru-baru ini dan kemenangan ini menunjukkan bahawa
suara rakyat adalah suara keramat. Saya juga mengambil kesempatan untuk
mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
kerana telah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru di dalam kerajaan
Pakatan Harapan (PH).
2. Saya percaya kerajaan PH ini akan
bertungkus lumus untuk menjalankan kewajipan mereka kepada rakyat dan berusaha
merealisasikan janji-janji dalam tempoh 100 hari yang pertama dan juga dalam
tempoh mandat yang telah diberikan kepercayaan oleh rakyat..
3. Saya sedia maklum dan Tun juga yang sebelum
ini yang pernah memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, bahawa untuk
memastikan semua janji janji ini dapat
dilaksanakan setiap kementerian dan agensi serta anggota perkhidmatan awam
menstilah memberikan komitmen 100% kepada kerajaan PH dan mereka mestilah mengikut
the Rule of Law dalam menjalankan tugas mereka.
4. Ajensi yang saya ingin utarakan kepada YAB
Tun adalah pasukan PDRM. Saya meminta maaf kerana saya sendiri adalah seorang
pegawai PDRM dan saya ingin utarakan kepada Tun bahawa PDRM juga tidak lari
dari gejala salah guna kuasa dan rasuah yang amat teruk sekali. Kata pepatah
Melayu, ikan busuk dari kepalanya dan dalam konteks ini terdapat pegawai kanan
di peringkat tertinggi yang telah menyalahguna kuasa dengan bantuan pimpinan
kerajaan BN dahulu. Mereka ini adalah titik hitam yang perlu dilupuskan.
Mereka-mereka ini mesti ditukarkan keluar ke jabatan kerajaan lain atau yang
mana disambungkan kontrak mereka, diberhentikan serta merta supaya PDRM dapat
menjalani transformasi mengikut Rule of Law, dan berpaksikan tanggugjawab
kepada parlimen. Di sini saya akan utarakan segelintir dari pucuk pimpinan PDRM
yang terpalit dengan skandal rasuah termasuk 1MDB dan juga salah guna kuasa dan
kenapa mereka perlu diberhentikan kontrak mereka atau ditukarkan keluar serta
merta dan juga segelintir permata yang bersinar tetapi telah dilenyapkan kerana
tidak mahu bersekongkol dengan perompak dan penyamun harta negara dan perlu
dinaikkan pangkat supaya tidak ada masalah dalam perjalanan operasi PDRM.
5. KETUA POLIS NEGARA, TAN SRI
FUZI BIN HARUN-
Bekas pengarah Cawangan Khas yang
telah memastikan kerajaan BN masih memerintah sehingga ditendang keluar minggu
lalu. Ya, seluruh tenaga SB atau Special Branch atau Cawangan Khas telah
digunakan untuk maksud ini. Bahagian SB
ini saya akan ceritakan kemudian. KPN ini dilantik oleh saudaranya iaitu bekas
Menteri KDN yang lama iaitu Zahid Hamidi. Beliau dilantik kerana beliau adalah
seorang yang terlalu baik sehingga tidak ada ketegasan dan boleh diarah-arah
begitu sahaja oleh pihak yang ada tujuan tertentu. Tidak ada command and
control dan dan tiada langsung leadership ability. Tujuan utamanya adalah untuk
digunakan oleh pihak BN. Beliau pernah berkata bahawa tujuan beliau dilantik
adalah supaya memastikan BN terus memerintah. Semasa dalam tempoh parlimen di
bubarkan, cuba semak berapa kalikah aset PDRM seperti keanggotaan, peralatan
dan kenderaan serta pesawat udara yang digunakan untuk kegunaan Zahid Hamidi di
kawasan parlimennya untuk meraih undi. Pesawat udara sahaja yang digunakan oleh
Zahid Hamidi dan staf kementeriannya yang sepatutnya bebas dari tujuan politik
telah digunakan yang menelan belanja berjuta juta ringgit. Ini telah
menyebabkan beberapa jumlah juruterbang PDRM yang telah menyampah sehingga
ingin berhenti dari pasukan kerana tidak tahan dengan melayan perompak harta
negara yang membazir masa penerbangan yang menelan beratus ribu ringgit. Audit
perlu dilakukan untuk mendapatkan kembali wang tersebut. Selain daripada itu,
beliau juga telah menerima arahan supaya menyiasat ahli pembangkang dengan
prejudis dan tanpa segan silu yang perbuatannya adalah selective investigation
dan semua repot polis tehadap ahli BN tidak dihiraukan langsung. Beliau juga
mengeluarkan kata-kata tidak puas hati yang kerajaan BN akan tumbang sekiranya
PDRM tidak berbuat apa-apa. Ini menunjukkan dia telah menggunakan aset PDRM
untuk memastikan kerajaan BN tidak tumbang dalam satu proses demokrasi yang sah
disisi perlembagaan.
Dia juga yang telah tamatkan
siasatan terhadap pengarah JSJ CP Wan Najmuddin yang yang penuh dengan skandal
rasuah di Australia semata-mata atas arahan Zahid Hamidi supaya dia dikekalkan
sebagai Pengarah CID secara kontrak walaupun telah bersara.
KPN ini juga bertanggujawab
kepada bekas KPN TS Khalid Abu Bakar dan Zahid Hamidi dan Najib supaya siasatan
1MDB akan selalu tidak selesai atau tidak dijalankan langsung supaya kedua-dua
bekas Menteri ini tidak akan disiasat sampai bila-bila kerana kedua-dua menteri
ini bertanggungjawab dalam wang yang RM2.6B yang masuk dalam akuan Najib dari
SRC dan Zahid Hamidi yang telah memberi alasan yang tidak munasabah untuk
bosnya kononnya ia adalah wang dermaan Pak Arab.Dia juga telah mengumumkan
bahawa Jho Low tidak terlibat dalam skandal 1MDB. Ini semua di buat untuk
mengambil hati Zahid Hamidi dan Najib. Dia juga enggan mengarahkan RED NOTICE
dipohon oleh pihak INTERPOL Malaysia walaupun didesak oleh pegawai kanan PDRM
yang lain (saya akan ceritakan siapa mereka yang masih sayangkan negara ini dan
sanggup tidak menjual maruah mereka kerana sayangkan PDRM dan negara sehingga
mereka diketepikan) Sebab itulah Fuzi Harun ini dilantik sehingga sekarang. Dia
juga enggan menyiasat MB Negri Sembilan dibawah sek 506 KK iaitu mengeluarkan
kata kata ugutan dalam ceramah pilihanraya kepada sesiapa yang menentang BN dan
akan pastikan mereka yang menyerang pihak PH sekiranya ditangkap akan dijamin
oleh bekas MB itu sendiri.
KPN ini juga bersuhabat dengan KP
ROS yang telah mengharamkan PBBM dan lain lain parti politik pimpinan Tun
dengan menukarkan seorang pegawai kanan PDRM yang bertugas dengan jabatan ROS
dengan serta merta kerana telah memberi maklumat kepada orang ramai tentang
kejahatan yang dilakukan oleh KP ROS.
Sudah tentu dengan kepincangan
dan ketidakcekapan seorang KPN yang
tercalit dengan berbagai skandal , Jamal Pak Tongkol pun boleh mempermainkan
PDRM ini.
6. TIM KETUA POLIS NEGARA- TAN
SRI RASHID
Beliau yang sepatutnya bersara
telah disambung perkhidmatannya adalah untuk memastikan juga kerajaan BN akan
terus memerintah. Tiada pendirian tentang apa yang betul dan salah. Semasa
dibawah pentadbiran bekas KPN Tan Sri Khalid , DIG ini telah bersekongkol dengan bekas KPN itu untuk
cover up kes 1MDB hanya semata mata untuk mempertahankan Najib dan Zahid
Hamidi. Semasa ditanya oleh pihak akhbar dalam press conference selalu menjawab
yang dia tidak tahu apakah status siasatan 1MDB padahal sebagai Tim Ketua Polis
Negara setiap siasatan yang menarik perhatian akan dimaklumkan kepadanya. Jelas
kedua-dua pucuk pimpinan PDRM dan bekas KPN telah bersuhabat untuk melindungi
pencuri dan pengkhianat negara yang telah melenyapkan berbilion billion RM dan
habuan mereka adalah jawatan tinggi dan penyambung perkhidmatan secara kontrak
setelah bersara atau mendapat jawatan lain setelah bersara seperti pengerusi
PRASANA seperti yang dikurniakan kepada bekas KPN Khalid Abu Bakar. DIG ini
juga mempunyai anak anak yang tak berkualiti. Semua tahu yang seorang daripada
anaknya adalah tokan dadah yang ganas di KL dan di Sabah. Pernah anggota yang
menahan kereta anak-anaknya ditahan telah diherdik oleh anak anaknya dan juga
oleh DIG ini sendiri. Sepatutnya bangkai hidup macam ini dibuang sahaja dan
sekiranya ada bukti kukuh melindungi Najib dan konco-konconya, disiasat dan
dituduh.
7. BEKAS PENGARAH CAWANGAN
KHAS MOKHTAR SHARIFF
Beliau dilantik sebagai Pengarah
Cawangan Khas walaupun telah bersara untuk tujuan yang sama iaitu mengekalkan
BN dalam kuasanya. Semasa baru mengambil jawatan PCK, dia telah memanggil semua
KCK Ketua Cawangan Khas Negeri dan telah arahkan mereka dalam mesyuarat bahawa
tujuan utama dia dialntik adalah untuk mengkekalkan BN dalam kuasa. Arahan
supaya mendapatkan semua kesilapan parti pembangkang perlu diperbesarkan
sehingga semua rakyat faham atau mengada- adakan kes yang tidak benar contohnya
adalah kononya salah laku KM Pulau Pinang adalah satu contoh. Mereka juga tidak
teragak-agak untuk mencipta skandal yang lain siap dengan bukti yang
seakan-akan betul terhadap pemimpin pembangkang lain supaya rakyat benci
pembangkang dan sekarang kerajaan PH. Arahan telah dikeluarkan untuk membuat
operasi pengekoran terhadap semua ahli politik pembangkang serta keluarga
mereka dan merakamkan perbuatan mereka dan upload dalam social media untuk
memalukan mereka. Menutup semua kesalahan parti memerintah supaya mereka
dilihat perfect. Ini tugas utama SB dibawah kawalan Mokhtar Sharif. Selain
daripada itu untuk memastiakan semua ahli pembangkang yang keluar negeri
disiasat dan diekori dan dirakam dengan menggunakan SBLO yang terdapat di semua
negara. Sepatutnya SBLO ini digunakan untuk menyiasat rancangan jahat kerajaan
asing terhadap negara kita tetapi telah disalah gunakan untuk mengekori
pembangkang yang keluar negara, mengekori pelajar Malaysia diluar negara
lebih-lebih lagi yang menerima tajaan kerajaan dan juga orang awam yang berada
disana, Untuk lawatan Najib ke USA yang mana dikatakan di atas jemputan
Presiden USA Donald Trump,2 orang SBLO yang bertugas sepenuh masa telah
memastikan setiap laporan yang disiarkan adalah positif dan menunjukan bahawa
ianya adalah atas inisiatif Trumph dan Najib akan kelihatan sebagai hero. Sila
semak dengan mereka berdua berapa kalikah bekas KPN itu telah dihantar ke USA
di atas arahan Najib untuk berusaha supaya DOJ tidak mengambil tindakan drastik
terhadap Najib Razak. Usaha ini telah dibantu oleh Duta Malaysia ke USA yang
mana adalah lantikan politik Najib.
Untuk pilihanraya pulak pihak SB
telah digunakan untuk membawa penyokong kerajaan dengan kereta sendiri untuk
mengundi dan setiap KCKD Ketua Cawangan Khas daerah diarahkan memastikan semua
MP atau ADUN Kerajaan di Kawasan masing masing dipertahankan agar mereka
menang. Selain itu pihak SB ini pula menerima banyak wang dari calun-calun BN
yang akan diketengahkan kepada BN pusat dengan memberikan laporan-laporan calun
yang baik. Semuanya untuk habuan. Oleh kerana itulah ramai calun BN yang kalah
kerana pada peringkat akar umbi tidak diterima tetapi dengan memberi habuan
kepada SB diperingkat daerah maka nama mereka tetap akan diangkatkan. Ini lah
tugas SB.
Untuk Pilihanraya Kecil pulak,
mereka akan buat perang saraf. Ya Tun,
perang saraf yang digunakan untuk mengalahkan gerila kominis ini
digunakan untuk menukar pandangan
masyarakat setempat semasa PRK untuk menyokong parti BN dan mengalahkan parti
pembangkang. Yang paling ketara semasa PRK mereka akan gunakan wang yang
berjuta-juta diagihkan dengan cara pergi rumah ke rumah dan berkempen bagi
pihak BN. Inilah masalah kenapa poltik wang sukar dihapuskan kerana SB PDRM
sendiri yang menggunakan untuk menangkan pihak BN.
Semasa siasatan 1MBD bekas KPN
Khalid Abu Bakar telah menggunakan mereka untuk mengekori setiap ahli siasatan
1 MDB dari SPRM ke Gabenor BNM dan juga telah bertanggungjawab mengekori bekas
Peguam Negara dan akhirnya telah melakukan serbun ke pejabat beliau di atas
arahan saspek no 1 iaitu MO1 atau lebih dikenali sebagai Najib.
Pengarah SB ini juga pernah
diserbu rumahnya kerana berjuta juta wang telah dijumpai dalam rumahnya di
Johor Bahru semasa beliau menjadi KP Johor. Penyiasatan terhadap akaun
peribadinya dan bagaimana beliau menjalani kehidupan seharian dengan wang
berjuta juta dalam simpananya perlu dijalankan.
Selain daripada itu mereka juga
adalah penyelaras propaganda BN supaya setiap laporan yang disiarkan oleh
akhbar akan mendapat kelulusan mereka. Contoh yang paling ketara adalah setiap
kehadiran penyokong dalam perhimpunan BERSIH dan setiap kehadiran untuk ceramah
Tun perlulah dirujuk kepada SB untuk mendapatkan jumlah yang sepatutnya
ditulis. Ini adalah supaya jumlah yang rendah disiarkan disemua akhbar perlu
diselaraskan supaya orang ramai akan percaya. Mereka juga digunakan untuk
meramaikan semua acara Najib diseluruh pelusuk negara dan memastikan kehadiran
yang dilaporkan adalah sentiasa tinggi.
Jabatan Cawangan Khas perlu
dikeluarkan dari PDRM dan tugas mereka perlu di selaraskan daripada menyiasat
dan mengumpul risikan terhadap ahli politik kepada menukar mindset untuk
mendapatkan risikan keselamatan dari ancaman kegananasn terrorism dan jenayah
yang makin meningkat. Keanggotaan mereka perlu dikurangkan dan dihantar kepada
jabatan lain seperti CID yang memerlukan kepakaran mereka dan juga dalam
bidang anti terrorism.
8. PENGARAH JABATAN SIASATAN
JENAYAH NARKOTIK- DATO SRI MOHAMMAD SALLEH
Beliau adalah sebelum ini adalah
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah. Apabila skandal Gopi meletup iaitu skandal
menjalankan perjudian dan pelacuran haram di Melaka dan seluruh negara oleh
SPRM, namanya dan nama KPN lama telah dipampang di rekod telepon mobil si Gopi
diseluruh negara dan media sosial.Panggilan berpuluh kali terhadap kedua dua
saspek, ya kedua-dua ini adalah saspek kerana pihak SPRM telah menamakan
kedua-dua mereka sebagai saspek kerana mereka adalah orang yang yang telah
menerima suapan berjuta juta ringgit dari sindikit Gopi ini. Mereka terlibat
dalam penukaran pegawai kanan yang enggan terlibat dengan Tauke Gopi ini dan
telah ditukarkan dengan pegawai kanan yang boleh dirasuah oleh Gopi. Dengan ini
semua mereka akan dapat menikmati habuan wang rasuah yang akan diterima oleh
mereka ini. Semua ini terhenti apabila bekas KPN telah menemui Zahid Hamidi
yang jadi Menteri KDN pada masa itu dan meminta tolong. Dia telah hubungi DS
Najib yang mana telah memaklumkan kepadanya bahawa sekiranya mereka kedua-dua ini
ditangkap, maka mereka akan membongkar semua siasatan 1MDB. Apabila Najib
mendengar ini terus dia telah arahkan SPRM yang mana ketuanya adalah konco
Najib no 1 untuk memberhentikan siasatan terhadap mereka dengan memberikan
sebab yang munasabah. Maka untuk menyelamatakan Najib, Zahid dan kedua dua
pegawai ini iaitu DS Mohamhad Salleh dan bekas KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar,
SPRM telah memberhentikan siasatan dengan memberikan alasan bahawa saspek utama
dan saksi skandal ini telah melarikan diri. Cuba bayangkan sekiranya saspek
utama ini hilang kenapa tidak dipohon PDRM untuk masukkan mereka dalam WANTED
LIST tetapi dibiarkan mereka hilang begitu sahaja. Pihak Peguam Negara iaitu
Apandi telah menghalalkan semua ini supaya mereka sendiri juga terselamat sekiranya
skandal ini meletup. DS Salleh ini masih mempunyai sebuah restoren India di
Bukit Bintang yang dikongsi bersama Gopi sehingga hari ini. Selain itu pihak D7
dibawahnya telah menerima jutaan ribu RM untuk menyediakan kes fail untuk
sesetengah saspek dan kemudian membebaskan mereka dengan pembayaran yang
sesuai. SPRM dibawah pimpinan yang baru
perlu menyiasat mereka ini sehingga akar umbi sehingga ke lubang cacing.
9. DATO SRI ACRYL SANI-
PENGARAH LOGISTIK DAN BEKAS PENGARAH JABATAN SIASATAN JENYAH KOMERSIL
Dia ni telah bersekongkol dengam
pentadbiran Najib supaya siasatan 1MDB tidak akan diselesaikan siasatannya
sampai bila bila. Dia juga telah menjadi Ahli Suruhanjaya Diraja menyiasat
kehilangan wang dalam pasaran matawang semasa Tun dan telah bersuhabat dengan
Khalid, Zahid Hamidi dan Najib untuk melenyapkan siastan 1MDB dan lain lain
skandal BN semasa menjadi pengarah Jabatan Siasatan Komersil.
10. DATO SRI WAN AHMAD
NAJMUDIN-PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH
Pegawai ini walaupun telah bersara
telah disambung perkhidmatannya kerana diarahkan oleh KPN TS Fuzi untuk
membantunya menutup kes 1MDB dan juga telah bersekongkol menutup semua kes ahli
BN dan juga memastikan sekiranya siasatan dijalankan ianya akan menemui jalan
buntu dan terpaksa dibebaskan. Bersekongkol dengan KPN untuk tidak menjalankan
siasatan terhadap bekas MB NS yang telah mengugut sesiapa yang menyokong BN
dengan menyerang mereka di kedai kedai kopi dan juga memberi jaminan akan
menolong mereka untuk dijamin sekiranya mereka ditangkap. Yang terbaharu telah
menjatuhkan imej diseluruh negara dan dunia apabila terkantoi terlibat dengan
pengubahan wang haram. Peliknya siasatan dijalankan oleh pihak Australian
Federal Police menunjukkan wang yang dimasukan adalah dari individu berlainan
di seluruh Australia. Bagaimana pihak tatatertib PDRM dapat menyelesaikan kes
tersebut dan di atas arahan siapa? Dia juga telah bersekongkol dengan KPN serta
KP Kuala Lumpur untuk menyiasat Tun M secara terburu buru dibawah Akta Berita
Palsu tanpa seorang pegawai penyiasat pun yang pergi menjalankan siasatan untuk
mengenalpasti punca kerosakan pada pesawat itu. Ini adalah selective
investigation.
11. DATO MAZLAN- KETUA POLIS
KUALA LUMPUR
Beliau telah menggunakan pengaruh
istana untuk mendapat posisinya sekarang dengan cara paksaan kepada pucuk
pimpinan. Mempunyai perniagaan bernilai jutaan ribu ringgit dengan pihak istana
dan telah gunakan campurtangn istana untuk mendapatkan jawatan sekarang.
Terlibat dengan siasatan 1MDB dan enggan membantu dalam apa apa serbuan atau
siasatan di Kuala Lumpur. Bertungkus lumus ingin menangkap pihak pembangkang
kerana telah dijanjikan jawatan salah satu Pengarah dengan pangkat CP oleh
Zahid Hamidi. Selalu mengarahkan semua repot terhadap pihak pembangkang
disiasat dengan cepat dan semua repot terhadap BN contohnya di NFA dan tiada
siasatan dilakukan.
12. Ini lah Tun, diantara pucuk pimpinan PDRM
yang telah menjalan tugas semata mata untuk diri sendiri dan bersekongkol
dengan pemimpin yang tugasnya hanya berasuah siang dan malam. Kes 1MDB yang
dicanang oleh DOJ USA dan beberapa negara diluar tidak sedikit pun mereka
terasa untuk menyiasat. Tidak kah mereka
terasa sedikit pun tergerak hati mereka untuk membuat yang benar. Setiap pagi
mereka sembahyang subuh dan kemudian memakai uniform. Ada 6 butang besar yang
mereka pakai dan setiap butang itu ada lambang keramat PDRM dan mahkota diraja
yang ditulis Allah Muhammad. Tidakkah mereka pernah terasa apa-apa bila jari
lembut mereka terkena tulisan tersebut yang mereka perlu berbuat yang terbaik
atau membetulkan keadaan yang salah atau sebenarnya mereka terasa tetapi oleh
kerana tamak kuasa dan kekayaan dunia mereka hanya berbuat tidak menahu sahaja.
Dan apabila mengenakan topi keramat mereka, dan melihat cermin untuk memeriksa
kesegakan mereka, tidak kah lambang harimau yang berpusat ditengah lambang itu
memberikan mereka semangat untuk berani sekiranya lambang mahkota yang
bertahtakan Allah Muhammad itu tidak dapat menggerakan hati naluri mereka.
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa tamak haloba yang berada dalam hati mereka.
13. PDRM mempunyai 12 orang di pucuk pimpinan
yang tertinggi termasuk 6 orang penyamun yang bertopengkan manusia seperti yang
diatas, YAB Tun Perdana Menteri Malaysia dan YAB Menteri dalam KDN mesti
berbuat sesuatu dengan cepat bukan dalam tempoh 100 hari tetapi dalam tempoh 10
hari secepat mungkin supaya mereka-mereka ini ditahan kerja dan siasatan yang
penuh dilakukan terhadap mereka. Mereka-mereka yang tidak terpalit adalah yang
tidak mahu bersekongkol dengan gerembolan yang mencuri harta negara. Mereka ini
perlulah diberi perhatian dan pangkat untuk menerajui PDRM kerana masih
sayangkan negara dan mahu mengikut the RULE OF LAW seperti yang diwarwarkan
oleh Kerajaan PAKATAN HARAPAN. Ianya juga akan memberikan impak kepada seluruh
warga PDRM untuk bekerja mengikut rule of law dan bukan telunjuk pengkhianat
negara. Saya juga cadangkan supaya “ COUNCIL OF EMINENT PERSON” mengganggotai
Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja Malaysia seperti artikel 140(3) Perlembagaan
Malaysia dan bukan penyamun dan pencuri yang terpaksa membuat atau bersekongkol
dengan mereka untuk kenaikan pangkat dalam PDRM. Selain daripada itu budaya
memberikan atau penyambungan tugas selepas mereka bersara mesti dihentikan
kerana ini juga dapat dilihat sebagai habuan rasuah untuk sesuatu pertolongan
yang diberikan kepada pihak yang berkuasa.
14. Sekian sahaja expose kali ini terhadap
pucuk pimpinan PDRM yang telah mewarisi satu budaya kerja pengampu kepada
sebuah kerajaan kleptocracy dan telah bertindak bukan dengan cara RULE of Law.
Mereka ini perlu diambil tindakan segera supaya kerosakan yang telah dibuat itu
boleh dibaiki dengan segera.
15. Saya juga mengakihiri surat ini dengan
memohon ribuan kemaafan kepada Tun, kerana tidak dapat menandatagani sebagai
penulis maklumat yang sah sebab di Malaysia ini seorang ‘WHISTEL BLOWER” masih
di lihat sebagai penjenayah serta perlu dihapuskan dan orang yang di laporkan
sebagai peyalahguna kuasa itu di lihat sebagai hero. Saya berharap satu
tindakan yang drastic dan siaasatan yang menyeluruh dijalankan. Selain dari itu
Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) perlulah di adakan secara
cepat mungkin supaya senaraio sebegini tidak akan kembali lagi dan desakan mana
mana pimpinan PDRM yang baru atau lama yang menghalang ianya diperkuatkuasakan
perlulah dilihat sebagai serius dan mereka mereka ini perlulah di siasat.
Akhirnya saya juga berharap Tan Sri Menteri KDN memberhentikan dengan serta
merta pegawai kanan polis yang disambung perkhidmatan walaupun terdapat ramai
lagi pegawai kanan yang lebih berwibawa dalam PDRM. Untuk memastikan pegawai
kanan ini adalah berkualiti serta berintegriti, setiap calun KPN, TKPN, PEGARAH
PENGARAH PDRM serta Ketua Polis dan Tim Ketua Polis Negeri ini perlu membuat
pengistaharan harta khas terus kepada SPRM dan Menteri Dalam Negeri sendiri
sebelum menerima lantikan tersebut. Saya boleh sahkan ramai pegawai kanan polis
ini akan berhenti tugas kerena jumlah harta mereka tidak dapat di nyatakan dari
mana datangnya sumber mereka. Percaya lah Tun dan Tan Sri ini adalah salah satu
cara bagaimana mengembalikan integrity pada pucuk pimpinan PDRM di Pusat dan
Negeri.
Terima kasih Tun dan kami menaruh
harapan yang sangat besar kepada Tun supaya PDRM ini boleh bersinar kembali dan
menjadi sebuah organisasi yang disegani semula setelah tindakan pembersihan
secara drastik di ambil. Sekian terimakasih.
SEORANG PEGAWAI KANAN PDRM YANG
TAKUTKAN ALLAH.
ABJ: Jika benar…cantaslah sebelum merebak.
Comments
Post a Comment