ROSMAH DISAMAN PEMBORONG BARANG KEMAS LUBNAN
Syarikat pemborong barang kemas
dari Lubnan mengemukakan saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor yang menuntut
44 barang kemas dipulangkan semula atau membayar ganti rugi RM59.8 juta
(AS$14.8 juta).
Pejabat Peguam Negara akan mengemukakan
permohonan menjadi pencelah dalam kes saman berkenaan.
Peguam Kanan Persekutuan, S
Narkunavathy berkata demikian ketika ditemui selepas kes itu disebut semula di
hadapan Penolong Kanan Pendaftar Siti Faraziana Zainuddin, hari ini.
Katanya, mereka mengemukakan
permohonan itu atas alasan barang kemas berkenaan adalah milik kerajaan dan
dibeli menggunakan wang yang dicuri.
Mahkamah memerintahkan Datin Seri
Rosmah memfailkan pernyataan pembelaan pada 23 Julai ini dan menetapkan 27
Julai untuk pengurusan kes.
26 Jun lalu, Global Royalty
Trading Sal selaku plaintif memfailkan saman dengan menamakan Datin Seri Rosmah
sebagai defendan melalui Tetuan David Gurupatham dan Koay.
Plaintif adalah pemborong barang
kemas terkenal antarabangsa yang membekalkan barang kemas kepada kerabat diraja
serta pelanggan dari seluruh dunia.
Berdasarkan pernyataan
tuntutan, Datin Seri Rosmah didakwa
sebagai pelanggan tetap kepada plaintif dalam keadaan tertentu defendan ada
meminjam beberapa barang kemas dan memulangkan semula.
10 Februari lalu, melalui serahan
tangan, jurujual/agen Samer Halimeh dan Maen Shakhshir menyerahkan sebanyak 44
barang kemas kepada defendan.
Antara barang kemas termahal
adalah sebentuk cincin berlian 16.50 karat berharga AS$925,000 (RM3.7 juta).
Defendan ada mengesahkan dan
mengakui penerimaan barang itu melalui surat bertarikh 22 Mei lalu.
Plaintif mendakwa, defendan juga
mengesahkan secara bertulis bahawa barang itu tidak lagi dalam milikannya
tetapi sudah disita oleh pihak berkuasa Malaysia.
Berikut senarai barang kemas
Datin Seri Rosmah yang dituntut oleh Global Royalty Trading SAL:
Rantai leher berlian
Subang (Kedua-dua bernilai
AS$586,000)
(RM 2,351,746.08)
Rantai leher
Loket berlian empat segi
(Kedua-dua bernilai AS$626,800)
(RM 2,515,350.89)
Subang Zamrud
Cincin (Kedua-dua bernilai
AS$235,000)
(RM 942,969.76)
Subang berlian berbentuk pear
(AS$478,000)
(RM 1,917,969.55)
Cincin bertatahkan berlian dan
Zamrud (AS$555,000)
(RM 2,226,862.68)
Cincin bertatahkan berlian
berbentuk pear (AS$325,000)
(RM 1,304,156.55)
Subang berlian berbentuk pear (AS$544,000)
(RM 2,182,899.95)
Subang berlian berbentuk hati
(AS$180,000)
(RM 722,151.83)
Cincin berlian berbentuk lonjong
(AS$250,000)
(RM 1,003,126.44)
Cincin berlian berbentuk lonjong
(AS$125,000)
(RM 501,564.84)
Rantai leher berlian
Subang berlian (Kedua-duanya
bernilai AS$670,000)
(RM 2,688,518.60)
Rantai leher bertatahkan berlian
dan zamrud (AS$410,000)
(RM 1,645,175.12)
Subang berlian berbentuk pear
(AS$334,000)
(RM 1,340,272.60)
Rantai tangan berlian
(AS$444,000)
(RM 1,781,712.32)
Rantai leher berlian (AS$270,000)
(RM 1,083,137.71)
Cincin berlian berbentuk lonjong
(AS$155,000)
(RM 621,811.12)
Cincin berlian berbentuk hati
(AS$288,000)
(RM 1,155,423.53)
Subang berlian berbentuk pear
(AS$489,000)
(RM 1,961,700.07)
Rantai leher berlian (AS$505,000)
(RM 2,025,835.13)
Cincin berlian (AS$124,000)
(RM 497,429.44)
Rantai leher (AS$487,000)
(RM 1,953,682.82)
Subang berlian (AS$177,000)
(RM 710,120.52)
Cincin berlian berbentuk pear
(AS$190,000)
(RM 762,141.79)
Rantai leher berlian (AS$575,000)
(RM2,306,745.18)
Subang berlian (AS$141,570)
(RM 567,925.14)
Cincin berlian (AS$925,000)
(RM 3,711,776.1)
Rantai leher berlian (AS$357,000)
(RM 1,432,791.03)
Subang berlian (AS$265,000)
(RM 1,063,571.25)
Rantai leher berlian berbentuk
hati (AS$322,000)
(RM 1,292,424.39)
Subang berlian berbentuk pear
(AS$307,000)
(RM 1,232,285.02)
Rantai berlian (AS$525,000)
(RM 2,107,316.46)
Subang berlian (AS$230,000)
(RM923,205.31)
Cincin bertatah berlian dan
zamrud (AS$249,000)
(RM 999,539.16)
Rantai tangan berlian dan zamrud
(AS$220,500)
(RM 885,046.73)
Rantai leher berlian (AS$525,500)
(RM 2,109,261.04)
Subang berlian (AS$220,500)
(RM 885,070.69)
Rantai leher berlian (AS$586,600)
(RM 2,354,742.51)
Rantai berlian (AS$275,300)
(RM 1,105,115.26)
Subang berlian (AS$240,000)
(RM 963,459.21).
ABJ: Kini, selepas Najib, giliran Rosmah pula berdepan tuntutan saman
RM60 juta atas pembelian 44 jenis barangan kemas yang belum dibayar, tetapi
sudah dirampas oleh pihak polis?
Comments
Post a Comment