SIAPA YANG MENABUR ANGIN DIALAH YANG AKAN MENUAI BADAI...



SPRM pada Rabu lepas menjelaskan pelepasan pembekuan akaun bank milik bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia tiada kaitan dengan siasatan SRC International Sdn Bhd (SRC International)  dan juga 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM juga dengan jelas berkata, akaun-akaun bank lain milik Najib yang didakwa terlibat dengan SRC International dan 1MDB tidak dibekukan kerana akaun-akaun tersebut telah ditutup sebelum siasatan bermula pada Julai 2015.

Ini bermakna, pembekuan akaun bank Najib  berkaitan isu SRC International dan dana RM2.6 bilion ketika itu tidak dapat dilakukan kerana akaun berkenaan telah ditutup lebih awal sebelum siasatan dimulakan.

Sementara itu, SPRM menegaskan siasatan berhubung dana RM2.6 bilion masih diteruskan.

Ada pandangan dangkal daripada golongan otak udang mengatakan SPRM telah membersihkan Najib. Kepada mamat-mamat ini, ABJ bertanya: Adakah salah SPRM menjelaskan sesuatu perkara supaya rakyat tidak keliru seperti kamu?

Tidak timbul soal SPRM membersihkan Najib disini. Dengan jelas SPRM memberitahu siasatan masih dijalankan walaupun akaun-akaun yang sebenarnya terlibat telah ditutup lebih awal sebelum siasatan dijalankan.

Kerajaan baru hari ini telah menjanjikan ruang bahas dan hak bersuara yang lebih luas. Tolonglah jangan gunakan ruang yang lebih besar ini untuk membuat kenyataan dangkal dengan berselindung di sebalik agama dan kemanusiaan.

Daripada apa yang dilaporkan oleh media massa - khususnya media massa milik Umno - mengenai penarik balik pembekuan akaun Najib itu.

Adakah beliau bersyukur akaunnya tidak dibekukan lagi?

Kepada mamat-mamat berkenaan… Mustahil bagi sesiapa pun mempercayai bahawa wang tunai, jongkong emas, permata berlian, jam tangan mewah dan beg tangan mahal yang ditemui itu adalah kekayaan turun-temurun Najib dan isterinya, Rosmah Mansor.

Kalau dia takutkan undang-undang dan pembalasan, tentulah dia tidak menyimpan begitu banyak kekayaan peribadinya di tempat-tempat yang boleh dijumpai. Tetapi itulah yang berlaku.

Ini menimbulkan persoalan, adakah Najib percaya bulat-bulat kepada konco-konconya yang dengan angkuh mengatakan BN akan memang besar dalam pilihan raya umum (PRU) pada 9 Mei, maka dia tidak membuat persediaan untuk menyelamatkan dirinya?

Noh Omar berjanji akan merampas balik Selangor. Mahdzir Khalid kata BN akan kekalkan Kedah. Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah begitu yakin Dr Mahathir akan kalah di Langkawi sehingga dia naik pentas menari macam burung cenderawasih jantan ketika berkempen di pulau itu.

Daripada pemantauan kita ketika PRU dan sesi penyiasatan oleh Majlis Penasihat Kerajaan (Council of Elders), kita ketahui dan mengenal pasti ketua-ketua jabatan kerajaan, ketua-ketua eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan eksekutif perbadanan awam yang berkempen bagi pihak BN.

Mereka inilah yang memesong dan meyakinkan Najib yang dia tidak perlu berbuat apa-apa kerana BN akan memang besar.

Kita ucapkan terima kasih kepada mereka kerana atas maklumat palsu mereka itulah Najib terus menyimpan harta karun yang luar biasa banyaknya itu di dalam negara.

Apa yang akan terjadi kepada Najib seterusnya sudah boleh diagak.

Kecuali dia lari kerana kecuaian kita atau dijadikan “invisible man” oleh pawang buaya dan bomoh Sri Lanka.

Kepada mamat-mamat berkenaan ini baru permulaan saja. Jemputan ke Ibu Pejabat SPRM tempoh hari bukan berkaitan 1MDB tetapi hanyalah berkaitan SRC International Sdn Bhd. Berbanding 1MDB, skandal SRC lebih kecil.

Syarikat milik Kementerian Kewangan ini pinjam RM4.4 bilion duit pencen kakitangan awam daripada KWAP kononnya untuk melombong arang batu di Mongolia, negeri Antantuya Shaariibuu.

Soalnya sekarang ialah, kalau Najib mempunyai begitu banyak duit, jongkong emas dan intan permata di dalam negara, bayangkan banyak mana pula yang sudah pun dibawa keluar atau yang dibeli dan disimpan di luar negara.

Sebab itu amat penting kerajaan baru memulakan proses membawa balik harta curi 1MDB dengan meminta bantuan negara-negara yang sudah pun menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang terbabit menyamun duit 1MDB dan membersihkannya di luar negara.

Harap-harap dengan tindakan pantas SPRM itu, saga SRC dan 1MDB dapat ditamatkan, yang bersalah dihukum dan harta yang dicuri itu diperoleh semula.

ABJ: Siapa yang menabur angin dialah yang akan menuai badai. Ada faham?

Comments

Popular posts from this blog

21 SOALAN BUAT TAN SRI DZULKIFLI AHMAD

TAHNIAH DATUK SERI TUN ABD. MAJID

PEMIMPIN PENDUSTA YANG PALING DILAKNATI???