BILA TERTUDUH MULA BERSUARA



DS Najib, bekas PM yang kini sedang bebas dengan ikat jamin mahkamah, kata penyelesaian hutang IPIC adalah lebih penting dari kejayaan membawa kapal mewah Equanimity ke Malaysia.

Hutang IPIC itu berbillion ringgit jumlahnya. Kapal yang Najib kata beliau tidak pernah jejak kaki kedalamnya itu juga harganya mencecah RM1 Billion. Duit itu dipercayai dari 'songlapan' keatas 1MDB.

1MDB itu pula adalah dana pelaburan Malaysia yang diilhamkan oleh Najib sewaktu dia menjadi perdana menteri. Dana itu telah mengalami kegagalan yang terlampau hingga tak pasal-pasal negara terpaksa menanggung hutang puluhan billion ringgit.

Sejumlah dari hutang berbillion ringgit itu adalah hutang pada IPIC itu lah.

Jadi sebenarnya biarpun kapal mewah itu, mahupun hutang IPIC itu, Najib ini nampaknya amat layak berkata yang mana satu yang perlu diselesaikan dahulu. Kerana semua keadaan bercelaru ini akar-umbinya terletak pada dana 1MDB yang diilhamkan oleh bekas PM yang kini bebas dengan ikat jamin itu lah.

ABJ: Najib kata tak pernah jejak kaki dalam Equanimity... why is he being extra informative? And this is not the 1st time…

Comments

Popular posts from this blog

21 SOALAN BUAT TAN SRI DZULKIFLI AHMAD

TAHNIAH DATUK SERI TUN ABD. MAJID

RASUAH POLITIK DAN POLITIKKAN RASUAH