FITNAH AKHIR ZAMAN





Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai” (HR Ibnu Majah)

Allahu.. Takutnya bila tengok manusia zaman sekarang gunakan media all out untuk memanipulasi pemikiran manusia menyampaikan berita separa benar atau viral dengan isu kontroversi. Hingga masyarakat keliru mana yang benar mana yang batil. Walhal apa yang kita lihat pada zahir, tak semestinya benar pada hakikatnya.. Fitnah, adu domba, dah jadi seakan makanan harian.. Dan yang memberi komen pula senang hati menghukum walaupun dia bukan dari kalangan ahli dalam bidangnya.. Kembali lah pada Allah.. Islam itu bukan sekadar ritual ibadat sahaja. Firman Allah:

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al Hujurat: 6)

ABJ: Bila dah taksub, walau akal berjalan, tapi hati jadi buta...turut simpati kepada dua pegawsi kanan SPRM yang difitnah...

Comments

Popular posts from this blog

21 SOALAN BUAT TAN SRI DZULKIFLI AHMAD

TAHNIAH DATUK SERI TUN ABD. MAJID

RASUAH POLITIK DAN POLITIKKAN RASUAH